Lagu Thema Hari Guru 2011
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan
Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia
Lagu & Lirik : Rosman Adam
Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Pendidik berinovasi menghasilkan kreativiti
Bersedia hadapi cabaran
Arus tanpa sempadan
Pendidik yang berkualiti
Membentuk akhlak terpuji
Mengimbangkan rohani
Jati diri dan jasmani
Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni Satu Malaysia
Satu Malaysia... Satu Malaysia
Lagu & Lirik : Rosman Adam
32 comments:
Assalamualaikum Cikgu.
Aapapun, lagu Guru Malaysia juga yang best dan bersemnagat bila didengar. mungkin disebabkan saya sudah sebati dgn lagu Guru Malaysia sejak darjah satu lagi.
Selamat hari guru..
Burung Walit
eh..dah nak dekat hari guru dah ek?hehe
Assalamualaikum Cikgu.
saya juga setuju dengan Shameel..lagu GM juga yg best
wah..cikgu dah mula menghafal ke?
Assalamualaikum Cikgu Humairi
guru insan mulia
Insyaallah
Wassalam
w/salam shameel,
Bila dah sebati,
menjadi semakin serasi.
Yang baru, perlukan penghayatan. Kalau tidak memang tak jadi.
Selamat hari guru buat shameel.
Miecyber,
Terima kasih daun keladi....
naman,
...iyalah naman...tuptup dah sampai...ermmmmhari syok kira sendiri kat sekolah...yetak? Saya pasti naman tekong dalam acara persembahan, betul tak?
Selamat hari guru buat naman.
w/salam ibuintan,
Udah portfolio saya...mane membuatnya. Kengkawan dah tanye...mane lagu tema...sayapun usahakan.
....xsedap ye? xpe2. Nyanyi dan ulang-ulang sampai penat...syoknye datang sendiri.
Selamat hari guru buat ibuintan.
w/salam Rozali,
Guru adalah insan biasa, cuma kerjayanya sangat mulia, namun kita mahkluk Allah yang amat lemah.
Terima kasih.
Assalamualaikum cikgu,
Dulu masa jadi cikgu kakak pernah sama menyanyi lagu Guru Malaysia.
....Kami guru Malaysia
berikrar dan berjanji....
semangat masa tu....
assalamualaikum..
saya rasa lagu Kami Guru Malaysia tetap yang terbaik..Ia telah melekat kedalam setiap sanubari anak murid kerana telah didendangkan sejak di tadika lagi..lirik yang ini kurng umpphh la hehehheee
Cikgu Kakzakie,
owh!, terima kasih cikgu, jasamu dikenang, moga kan terus bersemangat lagi sekarang...ermmm...tolong kami, jadi AJK PIBG?...Kakzakie menolak pulak, huuu.
w/salam sahrom,
Guru Malaysia - lagu perayaan Hari Guru (Lagu tetap) dan lagu tema mengikut tema yang bertukar setiap kali perayaan kecuali jika tema tidak ditukar.
ni kena minum teh Cameron Highland ni baru ada ummmphhh, betui tak?
Assalamualaikum cikgu,
16hb mei hari guru..17 mei hari wesak..wow anak murid bercuti sakan ni..:)
selamat hari guru.
salam Cikgu..
berlagu begini okey
asal jangan di tarikan dengan
tarian poco-poco pula..
haru..he he
Aslmkm.
Minggu depan kan Cikgu?
Tak apa beri ucapan dulu -
SELAMAT HARI GURU.
Jasa guru yang baik & dedikasi yang selalu dikenang & dihargai anak2 muridnya. Ya kan?
Kak G ada lima orang guru yang sentiasa dekat di hati:
- Uztazah semasa sekolah rendah - Melayu, Islam.
- Guru kelas semasa SMC - Cina, Buddhist.
- Guru BM semasa sekolah menengah - Melayu, Islam.
- Guru BI semasa sekolah menengah - Cina, Taoist.
- Guru kelas semasa Form 6 - India, Hindu.
Memang warna2 1Malaysia sejak berdekad-dekad yang lalu. Tak gitu?
w/salam zue,
16 Mei tak cuti zue....huu
w/salam zulkbo,
Nyanyi sekadar menjiwai semangat patriotik sudahla ye...
Mufti dah kata haram poco-poco....elakkan shaja!
w/salam Kak G,
Terima kasih Kak G.
Memang 1Malaysia tuh!
Dah ucapkan ucapan sama pada mereka?
Assalamualaikum...
Moga cikgu sihat hendaknya..
Apa program hari guru ni cikgu, mesti dah ada yang dirancangkan..
salam kepada semua,
selamat hari guru kepada semua guru2 yang telah byk mendidik saya selama ni
yang best lagu tu lirik yang last tu...semangat.hehe
w/salam Abd Razak,
Alhamdulillah, moga saudara juga sihat walafiat.
Memang dah dirancang dan disusun. Bagi kami di sekolah rendah ni, ianya adalah hari syok sendiri kerana kami merancang, mengatur dan menyambutnya yang sepatutnya dilakukan oleh pihak lain.....huuuu
w/salam mohamadazhan,
Itu satu contoh. Apabila kita dapat memahami, menangkap rentak dan mengalunkan irama baru yang belum pernah didengar, kita menjadi semangat - tegak bulu tengkok!, bila dihayati.
....nyanyi berulang-ulang sambil hayati, insyaAllah patriotik.
Selamat hari guru buatmu jua.
sy suka kami guru malaysia tu. melodi pun best
paling suka sambutan hari guru kat sekolah dulu2 sbb dpt tgk cikgu menyanyi..hehe!
GC,
suka ek....x lenguss asik nyanyi?
makdara,
sama macam murid-murid saya katakan...deme suka tengok cikgu nyanyi
salam AH,
semoga terus menjadi pendidik yg baik dalam melahirkan anak2 bangsa yg bermaruah dan dihormati ..
w/salam aby,
InsyaAllah aby dan doakan saya.
Selamat Hari Guru buat semua warga guru/pendidik.
Bersama membentuk modal insan yang seimbang dunia dan akhirat, agar negara kita kekal aman sejahtera.
TQ
Admin P&P,
Selamat Hari Guru dari saya juga buat anda, terima kasih.
Post a Comment