Panas

**Foto hasil karya Daddy Cool
(Klik pautan untuk cerita selanjutnya)
panaskah panas
sejukkah sejuk
kotorkah kotor
bersihkah bersih
alami
sejuk di sahara
panas di artik
ubat pada tinja
haram pada bersih
...Bulan Jatuh Ke Riba...

Jenjalan ke Blog Kakcik Seroja, lalu terpandang kontes ini. Berbalas pantun...ermmm minat gak lalu terus menderaf. Tak berapa sempat rasanya memblog sebab ada beberapa perkara yang perlu dibereskan dahulu. Tapi kan, kalau dibiarkan aje masa berlalu, pasti ia akan berlalu.
Ayuh kengkawan, jangan biarkannya berlalu begitu sahaja. Klik banner di bawah agar sama-sama kita dapat memeriahkannya.
Kesiannnn AL....
Dah dapat gading bertuah....diusung pula ke sana ke mari....sampai tak tahu nak letak kat mana tanduknya......Jangan sampai hanyut dibawa arus dah la ye....

apa khabar sogoRalit melayan sekawan berudu dalam urusannya meneruskan kemandirian hidup. Ikan-ikan sudah tidak laju renangnya kerana keruhnya air. Ikan berenang perlahan. Berudu berpusu-pusu laju. Dia pintas ikan laju-laju dan berpatah balik. Berulang-ulang. Rupa-rupanya dia main kejar-kejar dengan berpuluh, beratus mungkin dengan adik beradiknya yang lain. Siapa abang, siapa adik, siapa kakak kita tak boleh persoal kerana ibunya sendiri pun tak berapa pasti. Di atas batu, aku perhatikan ikan yang berenang perlahan tadi, berenang semakin perlahan. Akhirnya terbalik. Terapung.
Sisiknya yang hijau berkilat di sentuh cahaya rawi bertukar putih dan memucat. Insangnya tak menapis lagi antara air dan oksigen. Dia lemas dalam keruhnya air. Matanya putih semuanya. Dia sudah mati.
Berudu terus berpusu beradu laju. Beratus sudah hilang kerana sesat jalan. Ada yang ditelan burung lapar. Ada yang tinggal kepala sahaja, secarik ekor masih mengeletik. Ada yang terhantuk batu kerana terlalu laju berenang. Ada juga yang terlupa yang ianya berudu dan berlagak ikan, lalu berenang dalam komuniti ikan dan dimakan. Ada yang tak sabar menjadi katak, menyambar serangga tapi disambar pemangsa. Di air keruh ini tampaknya seperti medan perang tempat berudu dan ikan berlumba siapa mati dahulu.
Ada seekor berudu, tinggal dia yang selamat. Dia berenang slow melepasi arwah ikan bersisik hijau berkilau. Dia menangis di tepi batu. Aku tanya kenapa. Dia kata, "Aku tak layak menjadi seekor katak." Aku bertanya lagi, "Kenapa?". Kata dia, kerana dia tak reti melompat lagi.
Aku senyum dan mencedoknya. Dia terkapai dan bertanya ke mana aku mahu bawa dia. Aku kata, "Engkau istimewa. Tempat kau bukan bersama yang lain. Engkau aku akan bela sehingga pandai melompat setinggi pohon nyiur." Aku angkat punggung, dan pergi meninggalkan medan di air keruh.
Dia kata, "Alhamdulillah." Sikit-sikit, dada dia nampak lapang.
Baca selanjutnya Kisahku...
© Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP