Khabar 9 Julai 2011
apa khabar sogo
masihkah pedih
masihkah basah
masihkah bingung
masihkah panas
pedih cemar kimia
basah legum meriam
bingung tempik suara
panas bahang manusia
apa khabar sogo
burung terbang hinggap
berselubung manusia
langsung gugur dedaun
Gema laung tak didengar sang ketua
Sogo apa khabarmu
moga baik-baik saja
dilipatan sejarah
negara kita Malaysia
Malaysia yang kita cintai
jadi nukilan
sojar dari segenap pelusuk
keluar bersama tempik teriak
tanyakan khabar kepada sogo
apa khabar sogo
apa khabar 9 Julai
masihkah pedih
masihkah basah
masihkah bingung
masihkah panas
pedih cemar kimia
basah legum meriam
bingung tempik suara
panas bahang manusia
apa khabar sogo
burung terbang hinggap
berselubung manusia
langsung gugur dedaun
Gema laung tak didengar sang ketua
Sogo apa khabarmu
moga baik-baik saja
dilipatan sejarah
negara kita Malaysia
Malaysia yang kita cintai
jadi nukilan
sojar dari segenap pelusuk
keluar bersama tempik teriak
tanyakan khabar kepada sogo
apa khabar sogo
apa khabar 9 Julai
36 comments:
Sogo masih begitu juga
'sale'nya sepanjang masa
tetap penuh dengan manusia
yang mungkin datng untuk melihat sahaja
sogo bisu menjadi saksi
pekak dan buta tanpa mengerti
melihat manusia dalam acuan sendiri
berlari dengan niat yang tak pasti...
Kakcik,
harapnya begitulah...
moga aman....itu yang nak dipastikan.
Sogo bersama kawan-kawan.
Pasti bergenang airmata melihat kecelaruan.
Jiwa dan minda kalian.
Yang tak pasti apa yang mahu di tawan.
Adakah keadilan?
Atau hak melayu itu yang patut dipertahankan?
Kasihan....
Mommy Fara,
Oh kasihan,
Oh kasihan.
Aduh kasihan...
Aduh kasihan....
(Baca dengan melodi 'Ayam di kejar musang' - lagu KBSR Tahun 3 - pada bait akhir lagu)
salam cikgu,
sogo tetap utuh
menaranya tak pernah tempang
menjadi saksi
kecelaruan sang sojar
mencari atau menegak
SATU kebenaran
SogO tak pernah gentar
pada sang putih
pada sang kuning
pada sang merah
Jiwanya tetap MERDEKA
sogo masih begitu
menggapai hati2 yg rakus 'bersedekah' kepadanya
jgn dipalitkan amuk didalam hati
kelak sogo tak 'bersih' lagi
w/salam ainhany,
Jiwa merdeka SOGO pada aksaranya dari belakang ke hadapan.
MDT,
Terima kasih pada SOGO kerana padanya ada sedekah, ada nukilan dan aneka kisah dan pengajaran.
wahai kau SOGO..
kenapa kau diSOGOKKAN dengan keBERSIHAN...
bukankah kau sememangnya BERSIH..
tapi telah dikotorkan oleh orang di sekelilingmu..
sang lelaki..yang diSOGOKkan dengan 'sopping'
di hari jumaat sehingga lupa
sudah zohorkah aku walhal ia jumaat..
semoga SOGOKKan mu ini SOGO..
tidak menyebabkan wajahmu terpampang di CNN, bloomberg ataupun Al- Jazeera..
kerana mereka akan menampakkan akan keHITAMan pada wajahmu...
Assalamualaikum...
Bolehlah singgah beli pakaian BERSIH jab..:)
bersediakah kita untuk sebarang kemungkinan
kalau tak sayang
marilah kita kesana
kalau sayang
usahlah mencari bala.
pastikah
ianya akan membersihkan
atau
ianya memulakan tompok kehitaman
orang kita jugak kan?
p/s: sehari selepas birthday saya..hehe
salam..
belum mula dah provokasi
yang saya takutkan SB?
baju kuning mudah di beli
ingatkan orang sendiri?
sukar meramal dengan provokasi yang luar biasa...
gua harap sogo aman, senang gua nak jumpe makwe kih kih kih
Aslmkm.
Selama ini, sogo kan teguh!
Pasti terus begitu, jika tidak ada yang merusuh.
sahrom,
Harap BERSIH tetap bersih dan harap pihak lawannya juga bertanggungjawab pada nama "bersih".
Jangan sogok,
korup tu.
w/salam Abd Razak,
You are welcome.
sayangsayang ibu,
saya amat bersetuju dengan anda - bala jangan ditempah.
ibuintan,
nampak keduanya - bersih dan hitam, tak pasti mana satu domain.
naman,
Happy birthday to you. Moga kejadian memberikan hadiah terbaik buat anda sebagai kenang-kenangan...yang buruk tu jadikan sempadan.
w/salam zulkbo,
saya pun ada baju kuning....saya pakai nanti jangan SB tangkap sudah.
mohamadazahan,
kita boleh saja meramal, cuma ketepatan ramalan menjadi persoalan.
jari terbarai,
aman atau tidak, kita yang menempahnya...moga amanlah hendaknya.
w/salam Kak G,
Sogo teguh,
Kita sepatutnya utuh.
Dari pakai baju kotor baik pakai baju bersih; kerana bersih jugalah kakak yg jauh beribu-ribu km dari sogo pun hari-hari ada road-block - jem gila memanjang macam nak pengsan!!
Kakzakie,
Memang tak tahan kalo jem...jadi jangan menempah jem...haru biru jadinya.
...kalo tak jem, okla.
Sogo tetap perkasa.
Walau negara semakin caca marba.
Sogo tetap perkasa.
walau dibungkus gegak gempita.
p/s: sogolah tempat sya lepak2 tika bekerja sbagai operator kilang tika tunggu result spm.
As'salam..
Sogo akan terus teguh! akan tetap di kerumuni orang dengan sale2 yang hebat.Pasti terus begitu, jika tidak ada yang merusuh.
Silalah dengar suara rakyat...
Mesin ATM Untuk Ikan Di Pulau Tioman
Shameel,
Suka duka sogo kan tetap menjadi sejarah.
w/salam amy,
di tempat yang begitu, waspada bom manusia.
miecyber,
setuju - dengar suara rakyat, membuktikan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
SOGO tak kata, "So, Come!". Bunyinya macam dia kata, "So, Go! Go! Go home!"
Namun, kemudian dia berkata "So, Come!" juga. Tapi rupa-rupanya khas kepada para pembeli barangannya yang setia!
Abang Temuk,
SOGO tempat beli-belah (lepas beli, belah la, apa ditunggu lagi), jadi sesuai sangat rasanya 'so, come - so, go'.
Alhamdulillah, keadaan tekawal nampaknya. Khabar baiklah gamaknya 9 Julai.
Post a Comment