MUTIARA KATA HARI INI

Friday, June 24, 2011

Anak Istimewa


Ralit melayan sekawan berudu dalam urusannya meneruskan kemandirian hidup. Ikan-ikan sudah tidak laju renangnya kerana keruhnya air. Ikan berenang perlahan. Berudu berpusu-pusu laju. Dia pintas ikan laju-laju dan berpatah balik. Berulang-ulang. Rupa-rupanya dia main kejar-kejar dengan berpuluh, beratus mungkin dengan adik beradiknya yang lain. Siapa abang, siapa adik, siapa kakak kita tak boleh persoal kerana ibunya sendiri pun tak berapa pasti. Di atas batu, aku perhatikan ikan yang berenang perlahan tadi, berenang semakin perlahan. Akhirnya terbalik. Terapung.



Sisiknya yang hijau berkilat di sentuh cahaya rawi bertukar putih dan memucat. Insangnya tak menapis lagi antara air dan oksigen. Dia lemas dalam keruhnya air. Matanya putih semuanya. Dia sudah mati.



Berudu terus berpusu beradu laju. Beratus sudah hilang kerana sesat jalan. Ada yang ditelan burung lapar. Ada yang tinggal kepala sahaja, secarik ekor masih mengeletik. Ada yang terhantuk batu kerana terlalu laju berenang. Ada juga yang terlupa yang ianya berudu dan berlagak ikan, lalu berenang dalam komuniti ikan dan dimakan. Ada yang tak sabar menjadi katak, menyambar serangga tapi disambar pemangsa. Di air keruh ini tampaknya seperti medan perang tempat berudu dan ikan berlumba siapa mati dahulu.



Ada seekor berudu, tinggal dia yang selamat. Dia berenang slow melepasi arwah ikan bersisik hijau berkilau. Dia menangis di tepi batu. Aku tanya kenapa. Dia kata, "Aku tak layak menjadi seekor katak." Aku bertanya lagi, "Kenapa?". Kata dia, kerana dia tak reti melompat lagi.



Aku senyum dan mencedoknya. Dia terkapai dan bertanya ke mana aku mahu bawa dia. Aku kata, "Engkau istimewa. Tempat kau bukan bersama yang lain. Engkau aku akan bela sehingga pandai melompat setinggi pohon nyiur." Aku angkat punggung, dan pergi meninggalkan medan di air keruh.



Dia kata, "Alhamdulillah." Sikit-sikit, dada dia nampak lapang.

36 comments:

Kakzakie Purvit June 24, 2011 at 6:39 PM  

Mujur masih ada tangan suci yg menghulur memberikan satu semangat utk dia terus melayari kehidupan yg entah bila akan berakhir....

ahmad humairi June 24, 2011 at 6:47 PM  

Kakzakie,

Saya kasihankanya...

monalea June 24, 2011 at 7:16 PM  

assalammualaikum cikgu.saya tak paham sebenarnya entry ni. tapi saya print, saya baca berulang kali. ini kisah seekor katak ke?

ahmad humairi June 24, 2011 at 7:28 PM  

monlea,

Haah. Katak. Ada kat lam kelas saya.

ahmad humairi June 24, 2011 at 8:36 PM  

miecyber,

macam ada magnet plak iyea..

atuk June 24, 2011 at 10:00 PM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

moga tangan yg suci itu terus menyelamatkan benda2 yg suci

Wassalam

Abd Razak June 25, 2011 at 12:59 AM  

Assalamualaikum...

Bimbinglah sehingga ia mampu menyampaikan hasrat cikgu..

Mohamadazhan.com June 25, 2011 at 2:29 AM  

yang tercicir tak selamanya gagal...bangkit terus hidup untuk masa depan yang lebih cerah..

ahmad humairi June 25, 2011 at 4:00 AM  

w/salam Rozali,

Moga begitu hendaknya, tq

ahmad humairi June 25, 2011 at 4:01 AM  

w/salam Abd Razak,

Moga kejayaan miliknya, insyaAllah.

ahmad humairi June 25, 2011 at 4:02 AM  

Mohamadazahan,

Cerah masa depannya, insyaAllah.

Kak Amy June 25, 2011 at 7:01 AM  

perghhh!!! entri ini mempunyai maksud yang sangat mendalam..

ibuintan June 25, 2011 at 7:05 AM  

mendalam sungguh..

dengan sedikit kebaktian, moga yang dibantu akan dapat meneruskan kehidupan di dunia yang mencabar ini dengan jayanya

shameel Iskandar June 25, 2011 at 7:13 AM  

Assalamualaikum cikgu.

pada tafsiran saya, berudu tu merujuk kepada murid2 yg sedang berjuang dlm pelajaran. ada yg lupa asal usul lalu tewas awal dan ada yg sedar kelemahan diri, hingga merasa hilang keyakinan. maaf kalau tafsiran saya tersasar. Seronak juga mencari2 frasa2 maknawi disebalik aksara yg terususun ni.

p/s: kalau tak keberatan, izinkan saya share entry ni kt Fb saya dg nmenyertakan sumber rujukannya blog cikgu

sonata anak kancil June 25, 2011 at 8:24 AM  

masing2 ada keistemewaannya...semoga jadi katak bukan di bawah tempurung lagi !

Anonymous,  June 25, 2011 at 10:43 AM  

Aslmkm Cikgu.
Maaf ya. Beralih hari, baru la Kak G dapat singgah di sini. Sehari dua ni terkejar waktu; sistem asyik main aci pula tu!
Pandai juga berbahasa dengan makhluk lain ya. :)
Bertuah berudu yang satu ni, mendapat pertolongan tulus dari Cikgu Humairi. Insya Allah keduanya dirahmati.

aby June 25, 2011 at 4:33 PM  

salam AH,
menarik..
tengok berudu pun boleh timbul idea utk crita yer!!!!
berudu pun makhluk allah swt yg d cipta utk melengkapi kehidupan alam ..
spt biasa..
membaca tafsiran dari komen2 yg banyak tuh ...

ahmad humairi June 26, 2011 at 12:10 AM  

Amy Syaquena,

Benar, berudu dalam air walau tak dalam.

ahmad humairi June 26, 2011 at 12:16 AM  

ibuintan,

insyaAllah, dengan pertolongan Allah jua.

ahmad humairi June 26, 2011 at 12:18 AM  

w/salam shameel,

itulah yang saya maksudkan.

sebenarnya semua bukan milik saya. ianya sudah ada dalam alam ini. saya hanya meminjam. ambillah mana yang baik, saya amat menghargainya.

ahmad humairi June 26, 2011 at 12:20 AM  

w/salam kak G,

Alhamdulillah, dapat main aci lagi.

Kita semua mengharap pertolongan Allah jua.

ahmad humairi June 26, 2011 at 12:21 AM  

sonata,

masihkah ada katak di bawah tempurung tika ini?

ahmad humairi June 26, 2011 at 12:22 AM  

w/salam aby,

tengok dan cepat tangkap...catat dalam buku, nanti lupa...hehe

zulkbo June 26, 2011 at 2:17 AM  

salam..
kalau duduk di Kuala Lumpur ni memang lama sangat dah tak jumpa dan tengok berudu katak..entah ingat atau lupa je..he he

Admin P@P June 26, 2011 at 7:00 AM  

Assalamualaikum.
Angkara manusia yang hanya mentingkan kekayaan dan keuntungan peribadi, tidak menghiraukan kemusnahan alam dan habitatnya...
sayu.

TQ

ahmad humairi June 26, 2011 at 5:17 PM  

w/salam zulkbo,

Nanti ada pengusha menjual berudu plak...bela dalam akuarium....hehe

ahmad humairi June 26, 2011 at 5:18 PM  

w/salam Admin P&P,

Benar, keruh air angkara manusia dan ikan-ikan mati...berudu turut musnah.

sahromnasrudin June 26, 2011 at 6:12 PM  

assalamualaikum cikgu...

wahai kau berudu..
mungkin kau bukan dijadikan untuk berkatak..
mahupun melompat sana sini..
bersama "geng" bas sekolahmu..

tetapi mungkin kau dijadikan..
untuk memberi manfaat kepada hidupan lain..
yang hanya Allah SWT Yang MengetahuiNYA

ahmad humairi June 26, 2011 at 6:48 PM  

w/salam sahrom,

redho bila diri dapat dimanfaatkan oleh pihak lain kerana Allah.

ahmad humairi June 26, 2011 at 9:22 PM  

mommy fara,

penerbit susah nak publish....blog senang....tah hape-hape pun dia publish....huuu

shameel Iskandar June 27, 2011 at 1:09 AM  

Terima kasih cikgu sebab izinkan saya share entry ni ke dlm FB saya. moga Allah memberkati.

Kak Amy June 27, 2011 at 7:09 AM  

salam cikgu..

Amy berkunjung di malam hari.Isnin yang sangat sibuk sampaikan malam baru boleh buka blog dan singgah di sini

ahmad humairi June 27, 2011 at 6:17 PM  

Shameel,

Jutaan terima kasih jua buat anda.

ahmad humairi June 27, 2011 at 6:19 PM  

w/salam Amy,

Jangan susah-susahkan badan....datang je secara santai dan masa terluang...terima kasih.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP