MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, June 19, 2011

Tidak Terus Lena

Dalam suasana yang cacamarba serta menyesakkan, saya pejamkan mata.Saya cuba tidur. Lalu tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi saya terjaga. Sedar-sedar, semua teman, semua rakan saya lenyap. Ghaib. Diminished. Daripada segenap penjuru ingatan saya. Tinggal saya. Cuma bulan di dakapan sebagai adiwira saya.



Telefon tidak, sms tidak. Facebook tidak, blog tidak. E-mel tidak. Berbisik tidak. Apapun tidak. Sekurang kurangnya, khabarkan dahulu. Biarkan saya tidak sakit dada sebegini. Aduhai.



Datang tak beritahu dulu. Berkunjung tidak diawali alamat. Ya betul. Sememangnya yang normal, ramai orang suka akan kejutan. Lagi lagi bila kejutan itu diserikan dengan hadiah dan senyum gelak tawa kegembiraan. Tambah lagi dengan kejutan itu ialah, satu kesenangan dalam dada yang akan mengukir satu senyuman. Tapi saya lain. Saya kerap hilang bila terkejut. Lenyap. Senyap. Sunyi…..Lost.



Kejutan pertama, bila kau datang tanpa sepatah kata. Sepi seribu bahasa. Hanya body langguage yang hampir menukarkan watak sebenar dirimu seperi bukan orang lagi. Saya terkejut kali kedua bila seterusnya kau berubah, berjambang, bersuara garau dengan lengan berotot. Berbicara kasar. Saya dihadiahi buku lima buah. Terkejut pada kali ketiga bila nada suaramu menjadi asap. Perlahan bertukar api lalu membakar segalanya. Legam bagai arang.



Kejutan keempat kelima keenam hingga kesepuluh, bermacam macam objek hidup dan pegun kau menjadi dan bertukar. Dan akhir sekali, sudahnya, saya ajak kau ke ruang tamu (awalnya di dapur).



Saya tekan suis on pada leptop dan pasang lagu lagu Salem Iklim, dan saya suruh dia tidur. Tidurlah. Saya beri bantal berkekabu asli. Sungguh selesa. Semata mata mahu dia lena. Lena lah.



Subuh menggeliat macam bayi. Menandakan Tuhan masih mencerahkan mentarinya untuk saya menikmatinya pelan pelan esok pagi. Saya semakin pulih. Terima kasih Tuhan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, June 7, 2011

Set Induksi

Kelas KEDAP
(Klik pautan di atas untuk sekuel mengenai KEDAP SKSG)

Cikgu Myri : Tok Ketua, siapa tak hadir hari ini?

Tok Ketua : Siapa tak datang hari ini, angkat tangan.....
Tak ada siapa-siapa cikgu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, June 1, 2011

Aku Nak Cuti Lagi...Boss Call Pulak



Aku hanya mahu cuti. Cuti dari memikirkan hal yang tidak berkaitan. Masih ada masa untuk aku bertindak. Jangan pedulikan ombak di lautan. Gelora belantara. Tenang-tenang air di tasik mahupun di lopak. Let it be..... Hanya lihat air di takungan sendiri. Yang teramat tenang. Seakan mati. Namun ada berpasang tangan bersedia mengocakkannya.

Aku lihat tivi. Dengar alunan irama mendayu di tetuang udara. Baca paper. Layari maya. Sekejap lagi mewah masa sudah tiada. Zero. Boss masih cuti. Telefon aku suruh datang sekolah. Ada rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri nak datang buat pemantauan. Isyyyhhhh...cuti-cuti ni diaorang sibuk nak datang pulak.

Cuti-cuti Malaysia tidaklah menjanjikan kemewahan untuk cikgu seperti aku. Banyak masa. Dia buat aku rasa tersepit. Aku bergerak. Aku berjalan dengan lurus. Namun pada hakikatnya aku terhoyong-hayang. Mewah masa. Aku terhantuk di sana sini. Yang membenjolkan. Buat aku duduk diam. Minum ABC. Habis semangkuk. Panas tetap panas. Siang masih panjang. Aku kena terus berjalan. Besendirian. Walau beriringan keluarga serta saudara mara.

Aku sering berbual kosong bersendiri dengan psiko diri. Kadang-kadang sampai tak cukup masa aku berorak dengannya. Hingga asar atau mencapai maghrib. Terkadang bersambung sampai imsak. Dia pandai melayan kalau bercakap. Dia tahu siapa dirinya. Dia tahu siapa diri aku. Jadi, apabila berbual dengannya, tidak lain dan tidak bukan, semua idea dan jalan penyelesaiannya, matang. Tidak perlu aku berselindung. Tidak perlu berdalih dan tidak perlu berlapik ketika berkata-kata. Kerana dia psiko diriku. Dia hidup sehidup-hidupnya dan menjadi dia sedia-dianya. Walaupun stress, dalam dadanya, dia rileks. Cool dan katanya pada aku, "sentiasa ingat Allah."

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, May 26, 2011

KEMBANG


kembang
dia datang
tak mahu pulang
walau tak diundang
berbulu hitam tanpa belang
laksana harimau kumbang
buat nen terbang
melayang
hilang




terkadang
kaki bersilang
bila mula meradang
sambil pandang-pandang
marah anak di padang
dirayu pulang
pulanglah sayang


terkadang
waktu petang
tidur terlentang
siling dipandang
fikiran melayang
menerawang


anak dibelai sayang
membersihkan sesawang
dibawa dari bendang
yang ditandang
di kandang

hati jadi senang
walau berang
keletah kembang
buat jiwa tenang

selamat bercuti. cuti-cuti ni mengupdate blog jadi jarang-jarang

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, May 24, 2011

SAYONARA

Tirai MSSM 2011 telah berlabuh dengan rasminya semalam. Olahragawan dan olahragawati kejohanan telah dinobatkan kepada :




Pungutan pingat adalah seperti berikut :

Tahniah kepada semua pemenang.

Jumpa lagi pada Tahun 2012.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, May 20, 2011

MISI BERJAYA DILAKSANAKAN

10 ribu cahaya perpaduan 1Malaysia beransur-ansur menerangi Stadium Perak.



Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP