MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, June 1, 2011

Aku Nak Cuti Lagi...Boss Call Pulak



Aku hanya mahu cuti. Cuti dari memikirkan hal yang tidak berkaitan. Masih ada masa untuk aku bertindak. Jangan pedulikan ombak di lautan. Gelora belantara. Tenang-tenang air di tasik mahupun di lopak. Let it be..... Hanya lihat air di takungan sendiri. Yang teramat tenang. Seakan mati. Namun ada berpasang tangan bersedia mengocakkannya.

Aku lihat tivi. Dengar alunan irama mendayu di tetuang udara. Baca paper. Layari maya. Sekejap lagi mewah masa sudah tiada. Zero. Boss masih cuti. Telefon aku suruh datang sekolah. Ada rombongan dari Jabatan Pelajaran Negeri nak datang buat pemantauan. Isyyyhhhh...cuti-cuti ni diaorang sibuk nak datang pulak.

Cuti-cuti Malaysia tidaklah menjanjikan kemewahan untuk cikgu seperti aku. Banyak masa. Dia buat aku rasa tersepit. Aku bergerak. Aku berjalan dengan lurus. Namun pada hakikatnya aku terhoyong-hayang. Mewah masa. Aku terhantuk di sana sini. Yang membenjolkan. Buat aku duduk diam. Minum ABC. Habis semangkuk. Panas tetap panas. Siang masih panjang. Aku kena terus berjalan. Besendirian. Walau beriringan keluarga serta saudara mara.

Aku sering berbual kosong bersendiri dengan psiko diri. Kadang-kadang sampai tak cukup masa aku berorak dengannya. Hingga asar atau mencapai maghrib. Terkadang bersambung sampai imsak. Dia pandai melayan kalau bercakap. Dia tahu siapa dirinya. Dia tahu siapa diri aku. Jadi, apabila berbual dengannya, tidak lain dan tidak bukan, semua idea dan jalan penyelesaiannya, matang. Tidak perlu aku berselindung. Tidak perlu berdalih dan tidak perlu berlapik ketika berkata-kata. Kerana dia psiko diriku. Dia hidup sehidup-hidupnya dan menjadi dia sedia-dianya. Walaupun stress, dalam dadanya, dia rileks. Cool dan katanya pada aku, "sentiasa ingat Allah."

41 comments:

Kakzakie Purvit June 1, 2011 at 10:12 PM  

Ibarat perjalanan hidup kita juga cikgu ingatkan masih lama lagi boleh menghirup udara tup-tup esok ada org gali liang lahad....

ahmad humairi June 1, 2011 at 10:32 PM  

Kakzakie,

Oh tuhan! Aku ingin hidup seribu tahun lagi.

Matikanlah aku, andai itu lebih baik buatku.....matikan aku dalam iman....amin

ingatan kakzakie buat saya rasa masanya sudah semakin hampir!

Mutiara Bernilai June 1, 2011 at 10:55 PM  

hu..

betul,,kadang kita perlu kan sedikit masa untuk 'bebaskan' sekejap akal n fikiran dr hal2 kerja..

hu~

nak bercuti juga la..

sob2

ahmad humairi June 1, 2011 at 11:07 PM  

mutira,

cutila...

amik mc...klinik kerajaanke...swastake...

ibuintan June 1, 2011 at 11:32 PM  

saya juga bertugas hari ni, taklah cuti sepenuhnya... kan

ahmad humairi June 1, 2011 at 11:36 PM  

ibuintan,

ermmmm....saya yang menurut perintah la katakan....mane membuatnye.

sahromnasrudin June 1, 2011 at 11:53 PM  

assalamualaikum cikgu..

cuti hanyalah istilah..
hanyalah nama.
hanyalah gelaran..
tapi tidak bermakna..

jika telefon masih berdering..
twitter masih bertwit..
buku muka masih bermuka-muka..
SMS masih mahu dibalas..

kerja bukan bermakna sibuk..
jika hati tenang..
jika minda dilayang..
jika kita seronok mengerjakannya...

Adinda Amy Sensei June 2, 2011 at 12:13 AM  

hai cikgu myri...

apa khabar..
best cuti?
hehe..

ahmad humairi June 2, 2011 at 12:26 AM  

w/salam sahrom,

di persemadian abadi,
kita juga tidak bercuti..
siselidiki,
ke akar umbi.

ahmad humairi June 2, 2011 at 12:27 AM  

amy sensei,

ermmm... best dan tak best...2 - 2 sekali...

sitinaminah02 June 2, 2011 at 12:29 AM  

kacau je kan org nak rilek2 masa cuti sekolah.. tapi tabik kt cikgu2, komitmen dgn kerja mmg tip top

ahmad humairi June 2, 2011 at 2:02 AM  

GC,

biasala....saya selalu kena kacau pun...huu

ahmad humairi June 2, 2011 at 2:03 AM  

mommy fara,

dah fitrah manusia begitu kan?
selalu tidak cukup.

Ann Huda (Ate) June 2, 2011 at 2:47 AM  

Sesungguhnya dalam kehidupan ini percutian hanyalah suatu kerehatan sebentar bagi pemulihan tenaga tuk terus bergerak dan bekerja lagi di dunia yang menjadi ladang akhirat.

CIKGU NAMAN June 2, 2011 at 7:30 AM  

orang penting memang macam tu..hehe

dulu kat sekolah lama buat jadual waktu, memang takde maknanya cuti..time cuti tu lah pulun buat jadual

atuk June 2, 2011 at 9:29 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi

selamat bercuti

Insyaallah sabtu nanti teman balik kampung

Wassalam

Anonymous,  June 2, 2011 at 10:23 AM  

Aslmkm Cikgu.
Selagi bernyawa, teman rapat adalah diri kita sendiri. Jika dikhianati, terkhianatlah diri; tetapi jika terbelai tulus beriman, akan mengarah terbaik & beriman jadinya. Insya Allah.
Selepas pencen pun tak ada istilah cuti sepenuhnya Cikgu. Sekadar dapat berlari masa & cuba buat agenda ikut citarasa sendiri - pasti tak berhasil 100% juga! Tapi kalau duduk rehat saja pun naik buntu pula! :)

zue June 2, 2011 at 6:58 PM  

bila tgh bcuti tiba2 ada yg mencari kita..dah jadi x bestlah percutian kita ni.
sy ni jenis x akan angkat tel...klu ada sms masuk dah perkara itu mustahak barulah kita jwb :)

ahmad humairi June 2, 2011 at 7:52 PM  

mohamadazahan,

insyaAllah, kita sentiasa perlukan rahmatNya. Terima kasih.

ahmad humairi June 2, 2011 at 7:53 PM  

ate,

ya, rehat hari ini...esok kembali dengan jiwa yang segar bugar, berkobar-kobar.

ahmad humairi June 2, 2011 at 7:55 PM  

n@m@n,

buat jadual waktu pakai program apa? boleh kongsi...saya guna acTimeTables...agak mudah kerana sistem di jana automasi....leh google dan crack sendiri...percuma je.

ahmad humairi June 2, 2011 at 7:57 PM  

w/salam rozali,

balik kampong...leh cari sate 25 sen tu. Dewan kat umah mike kat kg tu dah hampir siap...leh buat entri mengenainya nanti.....kg kita...membangun weh!

ahmad humairi June 2, 2011 at 7:58 PM  

w/salam kak g,

benar. Hari-hari bagaikan berlari....tiada henti....tiada cuti, selagi hayat ada.

ahmad humairi June 2, 2011 at 8:00 PM  

zue,

bila ada orang interrupt....kita terganggu.....tapi saya jenis tak tahu menolak, apa lagi untuk mereka alasan.

ahmad humairi June 3, 2011 at 8:29 AM  

jari terbarai,

terima kasih sudi singgah....ada yang best. Yang tak best turut ikut serta.

ahmad humairi June 3, 2011 at 8:30 AM  

miecyber,

xpe, xpe....
saya sudah balik....

hentian June 3, 2011 at 11:10 AM  

bercakap sendirian adalah ubat tress yang berkesan. bernyanyi juga sama.

IM kekadang bergendang dengan stering dan bermain gitar dengan angin tatkala tunggu lampu merah lama sangat..

aby June 3, 2011 at 4:29 PM  

salam AH,
selagi kita ada majikan,
maka kita tetap terikat dgn peraturan2 kerja. dipanggil balik ketika bercuti adalah lumrah ..

begitu juga majikan kita yg satu,
yg kita adalah hamba kpd nya,
yg peraturan hidup kita telah diaturkan ..
pun boleh memanggil balik bila dalam cuti cuti ..

cume yg ni anda tk berpeluang utk mendengus ...
sebaliknya, satu tidor yg panjanggggggggggggggg

ahmad humairi June 3, 2011 at 9:16 PM  

IM,

berhati-hati ketika memandu. Beri tumpuan pada trafik. Nak sembang dengan stress biar waktu senggang.

ahmad humairi June 3, 2011 at 9:19 PM  

w/salam aby,

lenakah tidur yang pannnjjjaannngggg itu. Hasrat inginkan cuti, tidur lena yang panjang mungkin tidak kesampaian. Hanya doa agar Allah menerima amal dan ibadah kita.

Admin P@P June 4, 2011 at 11:41 PM  

Salam.
Selamat bercuti, walau hanya seketika.
Kerana murid bercuti, maka cikgu juga bercuti... ehsan kerajaan. Takkan nak mengajar halimunan. Begitu kata-kata semangat dari rakan-rakan saya.

Lepas pemantauan nanti, agaknya boleh sambung semula bercuti tu cikgu?

Salam ceria.

TQ

Temuk June 5, 2011 at 7:49 AM  

As-Salam

Di persemadian abadi
kerja tidak, cuti apa lagi
+ - x & bahagi
jumlahnya tolak, itu dikuatiri
tapi nak sempat buat apa lagi?

Walau cuti dipanggil kerja
insya-Allah banyak dapat +nya.

ahmad humairi June 6, 2011 at 5:35 AM  

w/salam admin P&P,

hajatnya begitulah...tapiiii...

ahmad humairi June 6, 2011 at 5:39 AM  

w/salam Abang Temuk,

Persemadian abadi,
hanya perhentian jasmani,
bukan perhentian rohani.

...setelah di x, - dan /, tak banyak dapat + nya.

ahmad humairi June 6, 2011 at 5:39 AM  

zuwairi aiman,

terima kasih atas kunjungan, saya pasti akan ke sana.

MOH KEMBARA June 7, 2011 at 7:47 AM  

Assalamualaikum Cikgu Humairi, saya makan, tido, masak...ya ada masak2 kat kampong masa bercuti baru ni. Badan naik 1 kilo kot, isyyy! Dalam sehari dua nanti saya pos oregano tu ya cikgu, InsyaAllah!

pecinta_Islam June 7, 2011 at 11:37 PM  

wah..setelah sekian lama,sy lihat blog cikgu makin hari makin ramai pembacanya..teruskan menulis..telah lama tidak saya menulis..entah la kenapa.mungkin krna sibuk dengan hal2 lain...semoga cikgu sihat sentiasa hendaknya.amin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP