MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, June 19, 2011

Tidak Terus Lena

Dalam suasana yang cacamarba serta menyesakkan, saya pejamkan mata.Saya cuba tidur. Lalu tertidur dan bermimpi. Dalam mimpi saya terjaga. Sedar-sedar, semua teman, semua rakan saya lenyap. Ghaib. Diminished. Daripada segenap penjuru ingatan saya. Tinggal saya. Cuma bulan di dakapan sebagai adiwira saya.



Telefon tidak, sms tidak. Facebook tidak, blog tidak. E-mel tidak. Berbisik tidak. Apapun tidak. Sekurang kurangnya, khabarkan dahulu. Biarkan saya tidak sakit dada sebegini. Aduhai.



Datang tak beritahu dulu. Berkunjung tidak diawali alamat. Ya betul. Sememangnya yang normal, ramai orang suka akan kejutan. Lagi lagi bila kejutan itu diserikan dengan hadiah dan senyum gelak tawa kegembiraan. Tambah lagi dengan kejutan itu ialah, satu kesenangan dalam dada yang akan mengukir satu senyuman. Tapi saya lain. Saya kerap hilang bila terkejut. Lenyap. Senyap. Sunyi…..Lost.



Kejutan pertama, bila kau datang tanpa sepatah kata. Sepi seribu bahasa. Hanya body langguage yang hampir menukarkan watak sebenar dirimu seperi bukan orang lagi. Saya terkejut kali kedua bila seterusnya kau berubah, berjambang, bersuara garau dengan lengan berotot. Berbicara kasar. Saya dihadiahi buku lima buah. Terkejut pada kali ketiga bila nada suaramu menjadi asap. Perlahan bertukar api lalu membakar segalanya. Legam bagai arang.



Kejutan keempat kelima keenam hingga kesepuluh, bermacam macam objek hidup dan pegun kau menjadi dan bertukar. Dan akhir sekali, sudahnya, saya ajak kau ke ruang tamu (awalnya di dapur).



Saya tekan suis on pada leptop dan pasang lagu lagu Salem Iklim, dan saya suruh dia tidur. Tidurlah. Saya beri bantal berkekabu asli. Sungguh selesa. Semata mata mahu dia lena. Lena lah.



Subuh menggeliat macam bayi. Menandakan Tuhan masih mencerahkan mentarinya untuk saya menikmatinya pelan pelan esok pagi. Saya semakin pulih. Terima kasih Tuhan.

55 comments:

aby June 19, 2011 at 9:41 PM  

salam AH,
agak blur utk memahami ..
nanti bila baca posting2 yg lain baru faham kot.

apapun selamat kembali ..

apa hadiah Hari Bapa semalam!!!!

Kakcik Seroja June 19, 2011 at 9:44 PM  

Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk segala-galanya. :)

ibuintan June 19, 2011 at 10:54 PM  

assalamualaikum cikgu,

cikgu tak sihat ke yang menyebabkan cikgu 'menghilang' seketika dan dengan tiba2

ahmad humairi June 19, 2011 at 11:12 PM  

w/salam aby,

Hanya ucapan dan doa dari anak-anak. Nampak gayanya xde pape hadiah setakat ini....hujungn minggu ini mereka balik...harap tiada kejutan, nanti saya hilang lagi...hehe.

ahmad humairi June 19, 2011 at 11:13 PM  

Kakcik,

Alhamdulillah, syukur kepad Allah atas segala kurniaannya.

Anonymous,  June 19, 2011 at 11:15 PM  

Assalamualaikum cikgu..
ingat cikgu dah merajuk menitipkan utusan disini.. :)

ahmad humairi June 19, 2011 at 11:15 PM  

w/salam ibuintan,

Blog saya demam, ala-ala demam campak..berbintit-bintit merah di sana sini...malu saya...haihhh.

ahmad humairi June 19, 2011 at 11:18 PM  

w/salam makdara,

dalam pada saya menghilang, saya melawat jugak kengkawan maya, cuma tak berapa dapat meninggalkan komen...jangan marah ye...termasuk blog mak juga.

sahromnasrudin June 19, 2011 at 11:41 PM  

assalamualaikum cikgu..

syukur cikgu sudah kembali menitipkan warkah untuk ditatapi oleh saya...

terima kasih kerana sudah mengetuk pintu semula..
semoga ketukan itu kan membuat orang didalamnya kan terjaga dari lena yang panjang...

Cikgu Ma June 20, 2011 at 1:23 AM  

assalamualaikum cikgu humairi
apa khabar?
semoga tuan sihat sejahtera selalu di sana.
bantal kekabu jualah yang dicari oleh anak2 saya bila mereka kehilangan saya seketika.

Mohamadazhan.com June 20, 2011 at 4:57 AM  

Alhamdulillah kerana masih diberikan nafas untuk terus melata di bumi...

ahmad humairi June 20, 2011 at 6:06 PM  

w/salam sahrom,

Lena yang panjang, pasti kan bangun juga....

Terima kasih buat sahrom memaparkan edisi khas buat saya tempohari.

ahmad humairi June 20, 2011 at 6:07 PM  

w/salam cikgu Ma,

...itu bantal bucuk kot?

ermmm...bantal kekabu memangh sungguh selesa!

ahmad humairi June 20, 2011 at 6:09 PM  

Mohamadazahan,

syukur kerana terus diizinkan kita membuka mata dan di beri masa, walau seketika cuma.

zulkbo June 20, 2011 at 7:18 PM  

salam..
selamat kembali berblog
moga sihat selalu hendaknya
cikgu...
:)

ahmad humairi June 20, 2011 at 8:14 PM  

w/salam zulkbo,

Alhamdulillah, saya sihat, cuma blog ada sikit demam tempohari...nasib baik masih boleh di kawal.

faraherda.razalan June 21, 2011 at 1:31 AM  

pergi tanpa pesan, kembali tanpa dicanang....

Mutiara Bernilai June 21, 2011 at 1:58 AM  

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya bukak blog cikgu,,

risau di buatnya..

saya siap tulis dekat dua entri saya bertanya perihal cikgu humairi,,

alhamdulillah..

Hjh Noralenna Abbas June 21, 2011 at 3:16 AM  

Bahasa kiasan yang sangat baik untuk menggambarkan blog atau komputer 'demam'. Ha, ha.

sonata anak kancil June 21, 2011 at 3:49 AM  

aku cuba nak faham apa yang disampaikan...yg aku tahu ko masih ada lagi !

shameel Iskandar June 21, 2011 at 6:09 AM  

selamat kembali cikgu. tertanya2 juga ke manalah cikgu menghilang beberapa ketika yg sudah.

Anonymous,  June 21, 2011 at 10:48 AM  

Aslmkm Cikgu.
Gitu ceritanya ya. Sebenarnya, antara faham dengan agak2 blur ni! :)
Mungkin itu ke sebabnya Kak G langsung tak dapat masuk tempuhari?
Semoga semuanya segera kembali OK ya. Amin.

ahmad humairi June 21, 2011 at 5:02 PM  

Mommy Fara,

usah bimbang,
saya dah datang.

ahmad humairi June 21, 2011 at 5:13 PM  

Mutiara,

Alhamdulillah...Allah masih mengizinkan saya untuk menikmati sinar rawinya.

ahmad humairi June 21, 2011 at 5:15 PM  

Kak Nora,

Demam dan malas berjumpa doktor....lambatlah baiknya...hhehe

ahmad humairi June 21, 2011 at 5:16 PM  

sonata,

ye, lebih kurang itulah maksudnya.

ahmad humairi June 21, 2011 at 5:17 PM  

shameel,

terima kasih sudi terus terusan singgah.

ahmad humairi June 21, 2011 at 5:20 PM  

w/salam Kak G,

Begitulah al kisahnya. Moga kita terus sabar dengan segala dugaan yang datang.

Temuk June 21, 2011 at 7:00 PM  

As-Salam CIKGU HUMAIRI
Dah berumo ni memang tak gemo kalo ade bende-bende yg ngejutkan. Yg ngejut-ngejut ni asyik naikkan BP kite pulak. Wehenye takut BP naik, dah pantang (hi ghuginye) ikan masin! Ape le gamaknye nak gune buat pendinding bio tak mudah tekejut? Walo ape pun, seghonok cikgu dah sego balik!

ahmad humairi June 21, 2011 at 8:17 PM  

W/salam Abang Temuk,

Mane membuatnye. Bile tekejut, nyirap daghah, trus BP naik..walo telan ubat...nasib tak tumbang.

emmmph..sego-sego oghang tue cam teman ni laen kot...ikan masin bantai gak....pantang dijamu, sapu....nanti sendiri tanggung. Itu yang oghang ghumah tak lalu tu.

ubat tekejut dan riso...teman bawak tido je...itupun nanti ada oang yang ngejutkan - suruh bangun

Kakzakie Purvit June 21, 2011 at 8:47 PM  

Berkali-kali menjenguk dan cuba diketuk rumah tapi hampa. Entah mengapa tiba-tiba bila ada tanda dirumah kakak baru kakak sedar kakak pula yg tertinggal.

Syukur yg carca-marba sudah kembali tenang....

ahmad humairi June 21, 2011 at 9:30 PM  

Kakzakie,

Bila diketuk...bagi salam had 3x, tak berjawab...tandanya tak de orang di rumah.

Saya kunci umah saya jap...segan. berselerak photobucket...jenuh nyapu...sibbaek ok. Alhamdulillah.

Nik Thoha June 21, 2011 at 11:44 PM  

Salam kenalan. semoga terus ceria hendaknya..

ainhany June 22, 2011 at 12:26 AM  

salm cikgu,

jaga diri yer...mudahan kembali sihat dan sembuh..
sakit itu tanda sayang ALLAH dan mngingtkan kita tentang nikmat yang ditinggalkan..muga kita mnsyukuri.dan mnghargai..

selamat bersiar cikgu

ainhany June 22, 2011 at 12:27 AM  

salm cikgu,

jaga diri yer...mudahan kembali sihat dan sembuh..
sakit itu tanda sayang ALLAH dan mngingtkan kita tentang nikmat yang ditinggalkan..muga kita mnsyukuri.dan mnghargai..

selamat bersiar cikgu

Kak Amy June 22, 2011 at 1:57 AM  

Rasanya dah lame tidak kelihatan nama cikgu , cikgu x sihat ke atau ada tugas sehingga terpaksa menyepikan diri

Maiyah June 22, 2011 at 3:04 AM  

assalam..

mimpi, terkejut dan msih ada kesempatan ;)

Sham June 22, 2011 at 5:12 AM  

ni payah bersahabat dengan orang bahasa ni...kena pulak kita ni agak2 kureng gitu... ;)

Admin P@P June 22, 2011 at 7:12 AM  

assalamualaikum.
semoga dikurniakan kesihatan berpanjangan dan keceriaan hidup.

TQ

Miecyber June 22, 2011 at 7:45 AM  

Semuga kesihatan sentiasa baik dan di lindungi Allah...

SMS provokasi
Fenomena langit merah

insan marhaen June 22, 2011 at 9:34 AM  

Sesungguhnya Allah masih mengasihani. Matahari masih milik kita lagi.

Bomentera masih ada angin dan bumi masih ada air yang mengalir.

ahmad humairi June 22, 2011 at 7:54 PM  

Jari Terbarai,

Alhamdulillah...saya mungkin tak seaktif dulu lagi.

ahmad humairi June 22, 2011 at 7:55 PM  

Nik Toha,

Terima kasih sudi singgah...salam perkenalan dari saya juga.

ahmad humairi June 22, 2011 at 7:57 PM  

w/salam ainhany,

Terima kasih atas ingatan...ujian Allah bukan pada hal-hal negatif sahaja...namun pada yang positif dan nikmat juga.

ahmad humairi June 22, 2011 at 7:59 PM  

Amy Syaquena,

.....ermmmm, sibuk la tu, kalau tak sakit...dan saya mungkin jarang-jarang mengupdate blog.

ahmad humairi June 22, 2011 at 8:00 PM  

w/salam maiyah,

Jantung masih berdegup. Kengkadang kencang, kengkadang stabil, Alhamdulillah.

ahmad humairi June 22, 2011 at 8:01 PM  

sham,

ikut aje kefahaman sendiri, tentu lebih seronok.

ahmad humairi June 22, 2011 at 8:02 PM  

Admin P&P,

Terima kasih atas doa anda.

ahmad humairi June 22, 2011 at 8:02 PM  

miecyber,

....dan doa anda juga, Alhamdulillah.,

ahmad humairi June 22, 2011 at 8:04 PM  

IM,

Mentari, angin dan air...sumber kehidupan. Alhamdulillah kita masih mampu menikmatinya.

Abd Razak June 23, 2011 at 1:02 AM  

Assalamualaikum cikgu...

Moga Allah kurniakan cikgu kesihatan yang baik..

Alhamdulillah cikgu dah kembali..

ahmad humairi June 23, 2011 at 6:30 PM  

w/salam Abd Razak,

Alhamdulillah, Tuhan Maha Pemurah.

ZaridaIshak June 23, 2011 at 9:55 PM  

nak kemas blog jap... heheh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP