KASIH BERBALAS
Bangun pagi kali ini, tidak begitu ceria. Seperti butir pasir di tepian pantai. Berteman. Namun tiada harapan. Tenggelam. Timbul. Dipukul ombak laut. Kering, dek panas pagi. Dibawa pergi sang belibis yang mendarat atas perintah Tuhan. Aku terbang jauh.
Di kesejukan pagi, aku masih bernafas. Dengan kebenaranNya. Diberikan kasih. Maka carilah agar kasih berbalas. Benarkanlah.
41 comments:
KasihNya sentiasa kemas mendakap kita. Namun kita sering tidak merasakannya.....
assalamualaikum cikgu..
di kesejukan pagi..
aku terkejut..
tuala ditala, pancuran dijana..
wuduk disempurnakan..
subuh memanggil untuk ku bersujud...
selesai bersujud Ilahi..
uniform digapai..untuk mencari sesuap nasi..
semoga diberkati
Allah SWT...
setelah 4 hari tidak ke laut..
kerana berpergian...
Salam cikgu,
Tuntuan hidup perlu diteruskan. Telah terlalu banyak kasih tertumpah melimpah-ruah hingga tidak dapat dinilai. Syukur nikmatNya....
Aslmkm Cikgu.
Selagi nafas ada, makhluk mendamba kasih, sayang & cinta untuk mengisi hati & ruang hidup yang tujuan objektif semuanya berbeza-beza.
Bila terbalas, terubat jiwa; jika terabai, berkecai rasa.
Tapi kasih cinta abadi jelas ada: Allah SWT bersama kita selamanya kita memilih untuk bersamaNYA.
Benarkanlah kasih berbalas
Setulus hati nan ikhlas....Belibis siggahlah.....terbang hingga
kekaki horizon.....kutiplah
kepulan awan....kutiplah
keingsafan....
السلم عليكم ورحمة الله
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia.
Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang berlainan-lainan menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,
tumbuhlah oleh kerana embun itu
kedurjanaan, kedustaan,
penipu, langkah serong
dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur,
di sana akan tumbuh
kesucian hati,
keikhlasan,
setia,
budi pekerti yang tinggi
dan lain-lain perangai yang terpuji.
~Pak Hamka~
kasih tu kekuatan bleh buat cikgu tersnyum apalg kasih dariNya ;)
syukur... masih lagi gagah untuk mengharap kasih di sini.... hehehhe
kakcik,
itule....kita makhluk yang lemah serta mudah alpa..
w/salam sahrom,
berpergian
mencari rezeki...sesuap nasi...
ko taklah susah sangat nak dapat sesuap nasi tu....
...nanti updatelah gambo ko dalam uniform tu...tentu segak sekali.
w/salam kakzakie,
Rahman dan Rahim Allah tidak terhitung banyaknya....ayuh berkasih-sayang kerana Aallah.
w/salam Kak G,
Ya kak G.....terus berdoa serta mengharap kasih sayang Ilahi agar terpilih bersamaNYA.
zul permatang badak,
benarlah,
kutiplah kepulan awan,
pintallah menjadi titian,
yang membawa ke syurga.
w/salam Abd Razak,
wahhh
hebatnya saudara berperi...
benarlah seperti kata pepatah :
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
maiyah,
saya tengah senyumla nii...
kasih berbalas,
berani menyamar???
bak ic.
hehe....
Salam...
cikgu, jgn lupa baca doa bangun tido eh.
:-)
w/salam AA,
insyaAllah tidak dilupakan...terima kasih atas ingatan.
heheheh.... datang menjengah.... keh3
kita ingin memegang kasih itu,,,tetapi adakah kita melihatnya...lampaknya...tidak....kadang kita rindu terhadap kasih itu...tapi apa kita nak buat????
salam cikgu,
semoga kita sentiasa mendpt kasih yg brbalas..insyallah.
kasih tu selalu datang tanpa kite sedar...
assalamuaikum...
nak kawin...
carikan calon ustaz yg single untuk saya...
boleh???
miahahaha... :p
aye ni,
terima kasih sudi datang berkali-kali walau dengan nama yang berlainan...
saya pun selalu datang ke sana setiap kali bila carta update naik ke atas... tapi tak tau nak komen ape...
farhan zulhusmi,
kita mudah lupa daratan, lantas tenggelamlah!
zue,
insyaAllah....moga diberkati
republikn9,
Sedarlah kasih Allah tiada batasan...
white rose,
tahniah atas pertunangan itu....
nanti saya pos....ko pilih je mana bekenan.
macam Maher Zain kata:Dia sentiasa dekat dengan kita, walaupun kita sering menjauhiNya...
kita makan durian dulu cikgu!!haha
komen lari dari tajuk
Tuhan sentiasa dekat dengan kita.
Cuma kekadang kita terlalu jauh dariNya.
Sejauh langit dari bumi dan sejauh timur dari barat. Begitulah hebatnya jarak yg kita bina.
sham,
...semakin jauh menuju matahari....semakin kita hilang arah tuju...
imanshah,
makan durian atas nikmat dan kasih sayangNya..
shameel,
jauh di mata, tapi dekat di hati, insyaAllah.
salam AH ..
bila pagi,
cari tarik tarik dan nasik lemak ikan bilis ..
errhhhhh ... alhamdullillah ..
kenyang dah ...
mengisi perut utk menjalankan ibdat wajib ....
cari makan ...bagi menyara tanggungan dirumah ....
assalam cikgu
di sini, pagi-pagi sudah panas,
mungkin saja, setelah hujan dan mendung tanpa henti,
kini mentari bersinar kembali
alhamdulillah, kasihNya tak pernah bertepi..
kan cikgu Humairi?
ops saya datang lagi,
sepuluh jari disusun mohon dimaafi,
saya dah add link cikgu di blogspot peribadi saya,maaf tak add link di educational blog saya .
terima ksih sudi follw blog saya.
sekian,wassalam
w/salam aby,
bila kenyang, dia lapar semula....episod yang tiada akhirnya...
w/salam ummu,
benar...Rahmanirrahim Allah yang tak bertepi..
terima kasih jugak dari saya, insan yang lemah ini...sering berkunjung namun jarang meninggalkan jejak...maafkan saya.
selagi kita memberi dengan ikhlas, kita akan mendapat balasannya, jadi terima jugalah dengan ikhlas
selamat petag cikgu
selamat pagi ibuintan,
benarlah....ikhlaskan hati kerana Allah.
Post a Comment