BAYAR PERLAHAN-LAHAN
Perlahan-lahan dia mengeja. Sambil mengalirkan air mata. Lalu banjir menjadi tasik. Dibalingnya pensel. Perlahan ia tenggelam dalam tasik air mata. Jatuh jauh ke dasar. Kini tahu betapa dalam air matanya.
Dengan nada perlahan dia terus membaca. Tangan melakar perlahan juga dengan kepayahan membentuk aksara. Seperti cakaran ayam, berjaya juga membentuk huruf.
Dia kagum dengan perlahan yang menjadikan dia pandai. Membesar penuh pengalaman.
Perlahan tak sama dengan lengah. Jangan berlengah.
28 comments:
Menggali tanah sedikit demi sedikit lama-lama akan diperolehi juga airnya.
ye la perlahan tidak sama dengan berlengah.. biar perlahan asalkan tidak berlengah.. setuju sekali
السلم عليكم ورحمة الله
Perlahan lebih baik daripada tidak bergerak langsung
salam..
anak murid biasa ke
atau yang luar biasa cikgu?
assalamualaikum....
kita...
jika tidak disuruh, tidak akan bergerak...
kita...
jika tidak dihukum, tidak akan serik..
kita...
jika tidak diarah, tidak akan dibuat...
apakah kita suka menunggu..
sehingga ke lentingan jarum terakhir????
Kakzakie,
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit...tentu kita tak nak duit kita jadi bukit kann???
Amy Syaquena,
ayuh mulakannya sekarang juga!!!
W/salam Abd Razak,
Biar lambat asalkan tidak berhenti, tidur dan akhirnya tewas seperti arnab yang sombong.
zulkbo,
biasa sahaja...
w/salam Sahrom,
kita....
adalah segalanya
menjadi seperti kita...
ada-ada,
walau sudah tiada.
tak suka dengan org yg berlengah2 ni...
perlahan akhirnya sampai juga ke tujuannya
perlu kesabaran yang tinggi supaya anak yang perlahan ini tidak terus tercicir... kan cikgu
meskipun perlahan ia jauh lebih baik drp langsung tidak berubah.
yg ptg langkah kejayaan terus atur dan jejak kejayaan terus disusun.
anak-anak yg lembam or perlahan pencernaan ilmu, perlu digerakkan slalu.
cikgu.
Dulu, saya ada tulis cerpen Tentang ketabahan guru yang mengajar pelajar2 yg lembam dan oku.
http://www.bicaradariaku.com/2010/01/dalam-hati-seorang-guru.html
assalamualaikum..baru berjinak2 dengan kata2 cikgu ...
assalamualaikum...
haaaaaaa...tu laa...bawak lagi laju2...
kan dah kena saman...
tu laaa, baru nak bayar...
kalau stakat 20sen tuh, tak kesah...
ni sampai beratus2 mmg la kena pelan2...
miahahaha...
salam AH,
malas nak lengah2 atau pelan2..
Living on a fast lane ..
pelan sangat mendapatkan disebalik maksud AH tu ... memori lembab kot.
hu..hu..
zue,
Allah memang tidak suka jika seseorang itu melengah-lengahkan.
ibuintan,
betul tu, perlahan adalah halaju yang maha hebat!
shameel,
perlahan dikaitkan dengan lembam...namun punya halaju tersendiri yang mengesankan.
shameel,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....cerpen yang sangat menarik.
Sememangnya guru perlu kreatif mereka cerita bagi menarik pembelajaran muridnya. Tahniah shameel.
diaumaininaz,
dah jinak....datanglah selalu, insyaAllah.
w/salam white rose,
haaa....tula,
tapi orang lain buat, aku kena tanggung.....eh! ko tengok aku bawak laju ke???
w/salam aby,
biar perlahan asalkan jangan berhenti.
perlahan dan sabar ;)
amboi kalau orang bahasa...berbunga-bunga...napela aku tak pandai bahasa...?
maiyah,
sabar dan pelan-pelanlah....insyaAllah beres.
sham,
tak pandai bahasa tamil ek?, tahniah sham, itu tandanya nak berjaya!
Post a Comment