1M1S
aksi murid SK Sg Galah dalam Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon yang Lalu
(Baca selanjutnya di Blog Daddy Cool) SKSG layak ke Peringkat Daerah.
"Ketua Pengarah Pelajaran melalui surat bertarikh 22 Februari 2010 telah mengarahkan semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai tahun 2011"(Baca selanjutnya di Blog Daddy Cool) SKSG layak ke Peringkat Daerah.
Satu Murid Satu Sukan - itulah yang dimaksudkan dengan 1M1S.
Dasar 1M1S ialah mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru, setiap murid dikehendaki melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah secara aktif sepanjang tahun.
18 comments:
Assalamualaikum cikgu,
Bila dah 1M1S mereka yg aktif tahun lepas kena bagikan kawan mereka pulak dah. Bagus juga at least tak adalah lari 100mtr dia, 200mtr dia, berganti-ganti dia, cakra dia. Tapi yg nyata sabtu lepas sekolah anak kakak merentas desa semua telibat. Masuklah ibu-bapa sekali....
assalamualaikum cikgu..
saya sokong dasar ini.dan kesinambungannya jelas, apabila mereka cemerlang di sukan itu, mereka perlu ditempatkan di sekolah sukan agar kecemrlangan mereka berterusan..
majoriti pemain dalam harimau malaya, datangnya dari sekolah sukan.maka, amat tepat dasar ini
Assalamualaikum Cikgu Humairi
niatkan ikut sunah
riadah sambil dapat pahala
Insyaallah
Wassalam
w/salam kakzakie,
bagus tu....kena tambah jadi 1M1IB1S...baru kena gayanya....mak bapak terlibat sukan sama...betui tak???
w/salam sahrom,
yang baik tu kita sokong....
yang penin kepalanya...cekcikgu nilaha....ada yang mintak nak maim bowling....pening...pening...!
w/salam rozali,
apapun.....niatkan kerana Allah...baru jadi ibadah, insyaAllah.
salam AH,
sebagai org lama yg pernah bergiat sampai kepringkat negeri, bagus diwujudkan program mcm tu,
sekurangnye cogan kata Majulah sukan utk Negara boleh tercapai ..
dewasa ni ramai studen pilih cogan cogan kata Melodi, tingkatkan prestasi jauhkan kontrovesi ..
pilih jadi artis.. hu..hu..
bagus IMIS
kalau tidak, kesian anak anak yg tak berpeluang untuk masuk acara
sekurang kurangnya mereka akan memeriahkan jugak..
السلم عليكم ورحمة الله
Ya bagus program tu sekurang-kurangnya ada juga riadah pelajar luar rumah
w/salam aby,
owh...! tahniah aby. Tentu masih ada koleksi pingat peribadi dalam simpanan aby. Moga program sebegini dapat menarik minat murid yang berkecenderungan berbeza.
syangsayangibu,
murid boleh pilih apa sahaja sukan yang diminati oleh mereka yang ada di sekolah....kami di sekolah sedia membimbing mereka.
w/salam Abd Razak,
....kerajaan punya pandangan jauh demi membimbing rakyatnya supaya menjadi insan yang berwawasan, insyaAllah.
As-Salam Cikgu HUMAIRI
Fikiran yg sihat datang dari badan yg sihat. Rasanya amat bernilailah program 1M1S itu untuk para pelajar sekolah masa ini.
assalamualaikum cikgu,
nampak gayanya sepanjang tahun lah kita bersukan
assalamualaikum cikgu humairi
sukan juga sudah dikira penting sebagai slaah satu markah ko-ku untuk masuk u selepas SPM dan STPM,kan cikgu.
selamat maulidur rasul
wasaalam
W/salam Abang Temuk,
Benar, otak yang cerdas datang dari badan yang sihat. Kesihatan dan kecergasan datang dari riadah dan sukan. Peluang dan ruang kini dibukakan seluas-luasnya bagi setiap murid untuk merebutnya.
...otak yang sentiasa berfikir juga datang dari kuiz-kuiz yang beraneka....bila lagi nak buka kedai teka-teka tu?
w/salam ibuintan,
....sepanjang tahun....membawa kepada sepanjang hayat, insyaAllah.
w/salam ummu,
Ya, 10% markah koku diambilkira. Walau jumlahnya sedikit, peluang cerah berbanding tiada langsung markah koku tersebut.
Post a Comment