MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, January 31, 2010

TERUS BERSERU


tika ini
ketika ada
jangan dimakan
telah habis
maka dimakan

saat ini
dengar dengarkan
dari jauh
fikir fikirkan
bila berbisik

dengarkanlah
tika dan saat ini
azan terus menyeru
sambung menyambung
mari bersembahyang
mari menuju kejayaan

13 comments:

sahromnasrudin January 31, 2010 at 8:13 PM  

sesungguhnya di setiap kesusahan ada kesenangan..di setiap kesenangan ada juga kesusahan..dan kepada tuhan kamu berserah..

ahmad humairi January 31, 2010 at 8:18 PM  

sahromnasrudin,
jika kita mendengar,
saat ini tiba waktu solat bagi sesuatu kawasan di dunia ini...dan muazzin melaungkan azan.

Begitulah seterusnya dalam ulangan 9 jam...setiap detik....waktu solat tiba semula di tempat pertamanya dalam putarannya....azan sentiasa berkumandang di dunia ini.

Dr.Araz February 1, 2010 at 4:00 AM  

Sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan....

ahmad humairi February 1, 2010 at 4:35 AM  

Dr.Araz,

..kita disembahyangkan,
damai berkapan,
bersama sembahyang dilakukan.

ustaz eds February 1, 2010 at 7:50 AM  

Salam Cikgu...Alangkah indahnya hidup, jika semua kita menjadi umat yang prihatin tentang laungan azan yang memanggil kita untuk bertemu Sang Pencipta. Azan ini juga akan membezakan insan yang segera menyahut dan insan yang lebih cintakan dunia. wallahu'alam...

ahmad humairi February 1, 2010 at 4:47 PM  

segalanya indah ustaz.
subhanallah! sungguh berseni.
lihatlah kesemuanya dari perspektif seni...maka tiada keangkuhan diri...insyaAllah.

yangbaik February 1, 2010 at 5:05 PM  

seruan yang tak kan padam

ahmad humairi February 1, 2010 at 6:02 PM  

yangbaik,
jom naik ke langit,
mendengarkan azan yang tak kunjung padam itu...

izakhairi February 2, 2010 at 9:27 AM  

salam cikgu myri,
rindunya dengan bait2 bahasa puitis yang membawa seribu pengertian dari cikgu...

moga kita sentiasa berterusan menuju kejayaan dunia dan akhirat

ahmad humairi February 2, 2010 at 4:25 PM  

salam sis iza,
kehadiran cikgu memeriahkan serta bertambah seri lagi laman ini..juga maya ini...

terima kasih dan datang selalu..

insan pendidik February 6, 2010 at 7:06 AM  

salam,

moga kite semua mendapat kejayaan duniawi dan ukhrawi

ahmad humairi February 6, 2010 at 8:55 PM  

insyaAllah IP,
mari kita menyahut seruan yang tak kunjung padam itu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP