MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, January 7, 2010

MAKLUMAT BIAR TEPAT

Dalam suatu majlis ilmu, seorang bertanya,

"Ustaz...apa hukumnya seorang yang bersembahyang memakai tali leher?"

"Sah sembahyangnya asalkan kebersihannya terpelihara"

"Boleh ustaz berikan maksud hadis atau al-quran yang menyatakan boleh atau sah sembahyang seseorang itu jika memakai tali leher?"

"Secara tepat...tiada.."

"Kalau tak ada... bermakna tidak boleh!!"

"Boleh.... apsal lak tak boleh???"

"Mana boleh ustaz.....kalau dia pakai tali ler jer, yang lain tak pakai!!!"

.....maaf, bukan mempermainkan majlis ilmu, tapi itulah yang saya dengar, terkadang kita gelak....lucu sahaja yang kita dapat jika ilmu tidak dicerap sebaiknya.

28 comments:

ZaridaIshak January 7, 2010 at 5:58 PM  

salam,
tu la... kalau tanya tu biar jelas... jangan ada niat nak permainkan agama plak...

sahromnasrudin January 7, 2010 at 6:16 PM  

KAH..KAH..kah..ada lg org a.k.a spesis lurus bendul mcm tue, cikgu..agaknya tak pnh pakai tie kot heheheh..apepun, mmg ia melucukan kan..(teringat watak dira dlm citer cik ah cik nin kat astro) lurus bendul betul..

ummu January 7, 2010 at 7:05 PM  

yang jadi ustaz tu kena sabarlah jawabnya...

insan pendidik January 7, 2010 at 8:00 PM  

yg bertanye tu loyar buruk kerane seawlnya die tak kate pkai tali leher saje...

ustaz eds January 7, 2010 at 8:01 PM  

tu termasuk dalam kategori mana tu...soalan lurus atau soalan perangkap...apapun dalam usaha kita nak mendapat ilmu, tanyalah dengan hati yang ikhlas untuk tahu...bukan untuk mempermain atau menduga keilmuan guru.Guru pula...dalam usaha menyebarkan ilmu, kenalah banyak bersabo.thanks, cikgu...cerita yang menarik untuk dikongsi

SM January 8, 2010 at 1:02 AM  

bagus tu...sebenarnya ianya berkait rapat dengan ilmu mantik atau logik akal. sebab itulah bila nak berdakwah kita kena ada hikmah atau boleh dikategorikan sebagai bijak...boleh mengjangka dan boleh menepis apa jua persoalan. Bagi saya tak ada salahnya soalan itu dan seharusnya ustaz itu lebih kreatif danbijak bila menjawab.Sebab itu islam mengaggalakkan kita berfikir sebelum bertindak atau membuat keputusan.

Temuk January 8, 2010 at 6:55 AM  

Salam. Setuju dgn respon SM. Cuma bhg 'tak ada salahnya soalan itu' kurang saya setujui. Macam ustaz eds kata, soalan itu memang macam ada tujuan memerangkap. Kalau pengajar tahu tujuan nakal si penyoal, mungkin dia akan kata, sah sembahyang jika tali lehernya menutupi aurat.

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:00 AM  

yangbaik,
dia nak try test ustaz tu kot?

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:03 AM  

sahromnasrudin,
hadirin semuanya ketawa...tapi saya x dapat agak...lurus bendul atau tidak.

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:04 AM  

um.masyitah,
berpeluh gak ustaz tu melayannya...

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:05 AM  

IP,
xpela IP...ianya menjadi teladan buat kita semua...

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:10 AM  

ustaz eds,
sukar menyelami maksud yang bertanya...rasanya bukan menduga keilmuan guru, atau lurus bendul, tapi saya dapat rasakan keikhlasannya sebab ketika itu ramai jemaah yang dah semakin 'kusyuk'....ngantuk...

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:13 AM  

maiyah,
betul...tak tipu...tapi kalo ada oang yang sembahyang macam tu bolehle kita kategorinnya sebagai terlepas kandang..

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:15 AM  

SM,
fikir pelita hati,
yang bertanya memang nakal..
tapi majlis ilmu jadi aktif kembali.

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:18 AM  

Che'Pa,
dalam kes ini, bagaimana agaknya untuk 'tidak menyalahkan orang lain'?...salahkan diri sendiri tu...?

ahmad humairi January 8, 2010 at 7:22 AM  

Temuk,
memang ada udang di sebalik batu, niat murninya itu dia yang tahu. Tidak sempat pulak saya bertanya. Respon saya sama untuk komen ustaz eds.

Batara Guru January 8, 2010 at 7:36 PM  

kah..kah...kah.....
kadangkala masa majlis ilmu pun kena wat joke nak tarik perhatian mereka yang bosan......agaknya!

ahmad humairi January 8, 2010 at 10:11 PM  

Batara Guru,
begitulah adanya..

izakhairi January 8, 2010 at 11:58 PM  

apa2 pun yang bertanya tu saje yang tahu apa niat sebenarnya...

ahmad humairi January 9, 2010 at 12:09 AM  

sis iza,
kali ni you x jadi yang pertma...

kura-kura,  January 9, 2010 at 10:52 AM  

enggang tak sama dengan pipit
pungguk tetap pungguk
bulan tetap di atas
...hmmm
bulan tak kan jatuh ke riba

ahmad humairi January 9, 2010 at 5:41 PM  

salam kura-kura,

enggang tak sama dengan pipit - benar,
pungguk tetap pungguk - pun benar,
bulan tetap di atas - juga benar,
bulan takkan jatuh keriba - benar.
Anda benar, ianya cuma kisan untuk kita meneladaninya.

...namun ianya tidak mustahil jika dengan keizinan Allah jua, wallahualam.

terima kasih mampir dan memberi pandangan.

Precious January 10, 2010 at 5:21 PM  

Tu lah. Ayat tak habis mana boleh pakai ...

ahmad humairi January 10, 2010 at 6:42 PM  

Precious,
boleh pakai...ayat kena abes...

kura-kura,  January 12, 2010 at 7:20 PM  

macam al quran juga,
tak pernah berubah,
as sunnah juga,
apa yang rasulullah saw buat,
itulah sunnah,
tapi mengapa terlalu banyak tafsiran,
banyak pendapat, banyak imam,
nak ikut al quran dan sunnah,
atau....
nak ikut kata hati

ahmad humairi January 19, 2010 at 5:24 AM  

salam kura-kura,

ikut kata hati...mati,
ikut rasa...binasa,
ikutlah kedua-duanya berpandukan al Quran dan Sunnah...selamat dunia akhirat!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP