2010 - TAHUN HARIMAU
Ramalan mengatakan Tahun Harimau yang berelemenkan logam akan mengundang suasana 'keras' dan sukar untuk menghadapinya.
Dari 12 ikon haiwan yang ada, harimau yang terkenal ganas, mudah marah dan tiada rasa takut terhadap lawan. Ia sering melakukan serangan yang membabi-buta demi melampiaskan hasratnya.
Peramal menyatakan, Tahun Harimau merupakan tahun yang mengalami berbagai masalah besar dan banyak terjadi persaingan yang tidak sihat, baik di bidang ekonomi, politik dan hukum alam. Siapa pandai, dia selamat.
Di bidang ekonomi, manusia akan mengejar wang, walau dengan cara curang. Berhati-hatilah kerana segalanya seperti tiada kepastian kerana ia didorong atas dasar mengejar nikmat semata. Dinasihatkan agar tidak melakukan bisnes yang banyak spekulasi, sebaliknya sentiasa bersyukur. Kesulitan ekonomi akan semakin terasa. Jenayah berleluasa.
Dikhabarkan, pada Tahun Harimau ini juga keadaan politik semakin panas. Cantas mencantas menjadi amalan. Bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tanah runtuh serta kemalangan pengangkutan menelan korban yang ramai.
Adalah diharapkan agar di tahun 2010 ini, kita banyak melakukan kegiatan kerohanian dan keagmaan kerana Allah satu-satunya pelindung kita dan segalanya ditentukan olehNya. Allah menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan. Jika ada kecelakaan, ada juga nikmat di sebaliknya.
Selamat menelusuri Tahun Harimau.
16 comments:
salam,
moga kite semua beringat sepanjang mase...
huh...takutnya, cikgu..harap ngauman pak harimau ini akan menstabilkan keadaan ekonomi dan politik semasa negara kita la nie..maklumla, kita sbg rakyat marhaen nie, sering terhimpit dgn pelbagai kenaikan harga barangan walhal pendapatan tang tue gak..hrp2 ada la bonus ujung tahun nie kan
moga Allah melindungi umat Islam seluruh dunia.. risau gak kalo isu nama Allah tu akan jadi huru hara huuuu
salam cikgu...
Yang penting kita sentiasa beringat dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah S W T telah kurniakan kepada kita...Allah berfirman.."jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu dan jika kamu kufur (tidak bersyukur) ingatlah azab Ku sangat pedih"..
moga negara kita terus stabil, makmur dan aman sentiasa.
p/s: nak tanya cikgu...saya nak tukar theme blog agar rakan mudah komen...tapi follower akan hilang...camana ekkk?
salam IP,
itulah yang sebaiknya...sentiasa waspada...yang baik juga boleh mendatangkan mudarat..
sahromnasrudin,
bonus ada, insyaAllah...nak tarik pengundi...
maiyah,
isu tu rasanya lom selesai lagi... sekarang ni nama bakar leh mengundang kontroversi
Ustas Eds,
beringat dan sentiasa bersyukur pada Allah..insyaAllah dilipatgandakanNya...
...Nanti bila nak add blog list tu,
add ajer la blog yang di follow, automatik ada balik...
salam...harap sepanjang tahun aman damai...semoga kita sentiasa dalam keadaan tenteram...nasib baik saya bukan tahun harimau...kalau tak....mengaum tahun ni!
sonata,
xpe...xpe...x kira taun apepun...
mengaum..memanglah rimau..
berkokok...ayam...
mengembek..kambing
...katak, ular..helang..sume ada cara memasing..lagaklah seperti diri sendiri...
Pinjam yer
desperado,
amikle...
copy, paste...sebarkan..pahala mencurah-curah, insyaAllah.
harimau lambang gagah berani..hehe..
Byk kaum, sekolah, pertubuhan dn lain2 menjadikan lambang dorang..hehe. Semangat harimau!! huhu..
Kalo ikut kalendar tahun cina..sy lahir tahun arnab..ngee..chumilnya..haha
arnab..makanan si rimau..abes!!!
CintamaniszLite
semangat 1 Malaysia kann..
kita tak kira kaum..
tiada diskriminasi..
arnab jangan takut pada rimau yang xde gigi...
ini tahun aku...tahun harimau...
aummmm....
kiki lala,
harimau ek?
hariharimau...tak kot...
Post a Comment