BALA
Saya masih ingat lagi...ayah menuliskan ayat al Quran / Doa pada sehelai kertas lalu direndam di dalam kolah. Kami kemudian diarahkan mandi sekeluarga. Saya tidak faham ketika itu kerana ayah kata ianya mandi tolak bala.
Alhamdulillah, ianya semakin hilang dan kini tidak diendahkan langsung oleh majoriti besar masyarakat kampung sekarang. Apa yang saya lihat ialah peranan ibubapa serta masyarakat dalam mentarbiahkan generasi muda. Mungkin cara ini sesuai untuk membendung gejala merokok dalam masyarakat. Mandi Safar hanya tinggal nostalgia..mungkin ada segelintir lagi yang masih mengamalkannya.
Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambut pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut.
Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.
Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang pekerjaan.
Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan.
Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah di Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.
Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting. Pemilik kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka. Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan dan disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti biola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.
Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dan gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akan menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun.
Ingat lagi lagu 'Kereta Lembu' nyanyian Helen Velu? Mungkin ada pantun dari pengunjung bagi menceriakan lagi laman ini.
Selamat tinggal kenangan di bulan Safar..
12 comments:
mmg kalo org dulu byk tul petua.. tp ada yg bleh diguna pakai akan keberkesanannya.. hehe betul ke bahasa ni.. bapak sy dulu pernah sruh sy mndi bunga heheh tolak bala gak katanya
ye maiyah,
banyak petua...ada yang boleh dipakai dan ada yang tak boleh dipakai...mandi safar lagi tak???? tak kot??
salam cikgu
Teman baru je tadi ngajo murid tajuk perkara yang membatalkan iman. salah satunya ialah khurafat...iaitu kepercayaan karut yang dikatakan ada hubungan dengan ajaran Islam. Termasuk dalam kategori ni ialah mandi safar ni lah..
dikatakan mandi ni nak tolak bala, rupanya mencari bala...berat tu boleh terbatal iman. Moga amalan khurafat seumpama ini dah tak de lagi sekarang...
salam cikgu~
wah...dh lama xkemari...
bru pertama kali sy mendengar mandi safar nih...mybe mak ayah sy tau tpi xnk bgtau sbbnya ia boleh membatalkan iman...
info yg menarik, cikgu..tp, mmg sy tak png dgr mandi safar nie..mandi bunga pernah la dgr tp tak amik tahu pun..apepun, bende nie boleh mendatangkan khurafat kan??
IP ade dengar dulu tang mandi safar. tapi tak pernah nengok lagi amalannya. tapi bersyukur sgt sebab perkara khurafat yang merosak akidah ni tak lagi jadi amalan.
salam ustaz,
sebaik Malaysia merdeka, banyak amalan yang merosakkan iman dan akidah. Minum minuman keras menjadi kebanggan. Muzik (kugiran) dimainkan tak kira masa oleh anak-anak muda. Joget lambak memang biasa dan tak sah majlis kenduri kahwin jika ketiadaannya. Saya sempat merasa sedikit kehidupan di zaman tersebutdi zaman anak-anak.
Alhamdulillah...kini dah hampir tiada lagi amalan seumpamanya.
benar white rose. Jangan pedulikan lagi tentangnya..marilah kita bersama mempertingkatkan iman kita..
sahromnasrudin,
mandi bunga sebagai terapi takpe..jangan mandi bunga nak buang sial atau nak jadi kebal dahla..
Alhandulillah IP...jom berperang ngan amalan merokok plak..
Salam,
Satu ketika dulu memang sibuklah di Melaka kerana temasya mandi safar. Ramainya manusia, lokal dan luar negeri. Selalunya pada hari Selasa malam Rabu (tak tau Rabu minggu keberapa)mereka berkumpul di Tanjung Kling, untuk bertemasya. Esok paginya, pergi pula ke atas Bukit Gedung (ada keramat). Bukit ini pula betul-betul di hadapan rumah saya. Waktu itu saya di sekolah menengah. Adalah juga join, bukan nak bayar niat atau nak mandi tolak bala (seperti yang dipercaya) tetapi saje suka-suka, join the crowd. Di Tanjung Kling ada juga saya pergi, waktu itu sekolah rendah. Seingat saya ada jumpa Rosnani Jamil (hitam manis), ada joget lambak, tengok kereta lembu berhias. Meriahlah tua dan muda. Syukur sekarang tiada lagi, pesta lain pula yang ada.
salam kembali Kak Nora,
Terima kasih sudi datang ke teratak hamba. Sudi apalah kiranya bercerita lagi...kita berkongsi cerita. Banyak yang saya tak tahu di zaman Kak Nora dulu-dulu...maaf jika ada info yang salah kat entri saya kali ini...malu saya...bercerita kisah di depan mata Kak Nora..kot ada yang silap..
Datang lagi..saya dah jadik follower Kak Nora ni..
Post a Comment