MUTIARA KATA HARI INI

Monday, January 11, 2010

BANDAR KAMPONG GAJAH


Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km. Jika anda dari Teluk Intan hendak ke Pulau Pangkor dan Lumut melalui jalan lama, anda akan temui Kampung Gajah.


Nama Kampung Gajah


Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga.

Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.

* Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.

* Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.

* Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

* Kini Kampong Gajah dah membangun. Nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain kerana perkataan 'kampung' tidak sesuai lagi. Hal ini timbul semasa Dr Mahathir bin Mohamad datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak pada tahun 1986. Namun begitu ramai yang membantah dan tidak ada nama yang sesuai.

Ada cadangan Nama Baru Kampong Gajah?

18 comments:

ZaridaIshak January 11, 2010 at 8:01 PM  

salam, menarik citer tu...
aye cadangkan nama baru "Seri Gading"... okey tak... ada kaitan dengan gajah jugak kan... actually dah lama dah terpikir nama ni...
hanya mencadang... tak der apa-apa

ahmad humairi January 11, 2010 at 8:06 PM  

Seri Gading..ermmm..menarik tu..Bandar Baru Seri Gading..best gak tuh..

Kakcik Seroja January 11, 2010 at 8:13 PM  

Salam cikgu...

nak nampak global kena letak nama Elephant Village, kot! :)

sahromnasrudin January 11, 2010 at 8:21 PM  

salam cikgu..sy cume tahu Batu Gajah..itupun sebab Ahli Parlimennya begitu celupar sekali mulutnya di dewan Rakyat..pas tue, bile lalu hi-way nak ke utara, ada nmpak exit Batu Gajah..yg pasti, baik Kmpg Gajah, Batu Gajah, kedua-duanya saya tak smpi lagi.. Hanya yang Alor Gajah je sy dh smpi..
Cadangan nama Bandar Baru Kg Gajah..

ahmad humairi January 11, 2010 at 10:59 PM  

kak cik,
masih ada perkataan village...

ahmad humairi January 11, 2010 at 11:00 PM  

sahromnasrudin,
sekali sekala singgahle...x sesatnye. pasti anda x sangka..bukan 'kampong' lagi dah...

ummu January 11, 2010 at 11:38 PM  

Salam Cikgu
entry ni mengimbau memori semasa saya praktikum di Bagan Datoh kena bawa student ke Kem papan Pusing,kemudian ke Lumut dan Pangkor. Entah bila lagi akan melalui Kampung Gajah..
p/s Seri Gading nama salah satu tempat di negeri saya.

ahmad humairi January 12, 2010 at 1:04 AM  

um.masyitah,
berkelah kat air terjun, papan ek?
...tak jadiklah amik nana Seri Gading tuh...

Maiyah January 12, 2010 at 1:10 AM  

arwah bapak org alor gajah

ahmad humairi January 12, 2010 at 1:12 AM  

maiyah,
adik beradik gajahle tuh.....

ustaz eds January 12, 2010 at 7:11 AM  

salam cikgu..
saya cadang tak payah diubah nama tu...baru nampak unik...walaupun kampong tetapi membangun dengan pesat...bandar dalam kampong gitu. lagipun kampong gajah ini melambangkan kekuatan, kemegahan dan kehebatan orang disana... (kerana orang sanggup duduk dalam kampong gajah...ka ka ka)

insan pendidik January 12, 2010 at 7:12 AM  

salam,

emm sebut Alor Gajah, Melaka IP berasal dari situ...terasa pulak nak balik kg.

ahmad humairi January 12, 2010 at 5:42 PM  

itule ustaz,
orang suruh ubah nama...tapi orang kg gajah ni kepalanye keras...kalo naik moto x yah pakai topi keledar...x nak ubah...

ahmad humairi January 12, 2010 at 7:23 PM  

IP,
kalau dah teringat tu...balikjele,
nanti mengganggu pelajaran plak..

Temuk January 13, 2010 at 8:50 PM  

Salam Cikgu Humairi
Paparan cikgu menarik & informatif! Teringat pula, di KL pula, ada Kg Baru. Kot nak dikira, 'kg' ni pun dah tak baru. Dah mula juga naik bangunan2 tinggi. Tak tukar juga nama. Ada pula Kg Pandan, Kg Datuk Keramat ... semua dah maju & dikira sebhg dari KL. Oghang Peghak pun mungkin kate tak ngape kot kalo tak tuko name Kg Gajah tu.

ahmad humairi January 14, 2010 at 1:23 AM  

Salam Temuk,
Otai-otai kampung memang cakap camtu. Mereka bergelumang dengan nostalgia silam.... Mungkin semangat patriotik terasa hilang bersama hilangnya nama asal kampung.

pecinta_Islam January 15, 2010 at 4:59 AM  

elok dikekalkan..sbb mempunyai sejarah yg terasendiri disebalik nama tersebut..

namun ada jgk nama2 sesetengah tempat harus diubah kerana mungkin namanya kurang menyenangkan apabila didengar..

sebagai contoh pantai cinta berahi di kota bharu kelantan..kini telah pun ditukar kepada nama pantai cahaya bulan..lebih menyenangkan bunyinya..

hmm..mungkin jg sy berpendapat nama tempat "batang berjuntai" patut diubah kut..apa pendapat cikgu?hehe

:)

ahmad humairi January 18, 2010 at 4:34 AM  

sokong syah,

kuih tahi itik...x elok nama tu..patut tukar jugak.
yang elok boleh dikekalkan..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP