MUTIARA KATA HARI INI

Friday, January 29, 2010

PRACTICE MAKES PERFECT

anda sudah membacanya
sudahpun maklum dan memahami
sengaja nak suruh baca dan faham lagi sekali
untuk diri sendiri
moga sentiasa sedar
mudah-mudahan terus mengamalkannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar,
maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu
ada jalan keluar
dan pada setiap kesempitan
ada cara mengatasinya
serta memberikan rezeki kepadanya
daripada sumber yang tidak disangka-sangka."(Hadis riwayat Abu Daud).

selalulah beristihgfar dan bertaubat
kerana kita hanyalah manusia biasa
yang tidak sunyi dari melakukan dosa
Rasulullah sentiasa beristighfar
lebih 70 kali sehari
kenapa tidak kita...

dengan beristighfar
insyaAllah
kita sentiasa tenang dan yakin
serta tidak mudah berputus asa

dosa adalah penyakit
ubatnya ialah istighfar
kita tidak tahu
bilakah masanya
keampunan daripada Allah akan berlaku..

wallahualam bissawab, wailaihimarjiuu wal maab...

6 comments:

Temuk January 30, 2010 at 5:58 AM  

Salam Cikgu Humairi
Mengingati & mengingatkan perkara baik = amalan murni. Terima kasih. Semoga kita semua tak lupa beristighfar saban waktu & semoga kasih Allah kepada kita berpanjangan.

ustaz eds January 30, 2010 at 7:30 AM  

salam cikgu...manusia ini sifatnya pelupa. Dengan adanya tazkirah atau peringatan seumpama ini moga kita akan bergerak ke arah yang lebih baik dari sehari kesehari.
apa yang harus kita sedar, jika Rasulullah yang tiada dosa beristighfar lebih 70 kali sehari, kita yang sentiasa dibayangi dan bergelumang dengan dosa ini sepatutnya lebih-lebih lagi la...pendekata, hari- harimau istighfar...

ahmad humairi January 30, 2010 at 5:35 PM  

InsyaAllah Abang Temuk,
Yang pertama ialah ingatan untuk diri sendiri. Moga yang lain juga mendapat keberkatannya. Allah selamatkan kita semua!

Abang Temuk bertambah hensem bila bersongkok..nampak hebat!!!

ahmad humairi January 30, 2010 at 5:37 PM  

Moga kita dijauhkan dari sifaf alpa dan putus asa. Sentiasa mengharapkan reda Ilahi. Terima kasih ustaz eds.

sahromnasrudin January 31, 2010 at 5:06 PM  

salam cikgu..
saya sentiasa menunggu posting cikgu coz sy tahu semua posting cikgu adalah info yang berguna serta menyumbang sesuatu kpd sy..tq

ahmad humairi January 31, 2010 at 5:40 PM  

terima kasih sahrom,
samalah kita..
banya yang saya belajar daripada tips yang sahrom berikan..

terima kasih sekali lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP