MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, March 4, 2012

Jegela




Menteri Besar Perak yang aku temui. Di Chenderong Kelubi. Seawal 8.30 pagi. Memakai kostum ala pelangi. Kanak-kanak mengelilingi. Dapat belon mereka pergi. Kemudian datang lagi. Minta satu lagi. Dia beri. Sambil menampakkan gigi. Ori. Dia badut yang kutemui. Tapi Yang Berhormat Dato' Seri belum sampai lagi. Dah tengah hari........selamat tengah hari Dato' Seri Di Raja Dr Zambry.

Dia kata...duduk kat bawah khemah ni gelap...bimbang pengunjung tak nampak.

Badut memang lucu, tapi Dato' Seri tak kurang jegela.





Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, February 28, 2012

MANISNYA SEBUAH KEMENANGAN


SK Chenderong Kelubi (SKCK) telah melakar sejarah gemilang apabila muncul sebagai JUARA KESELURUHAN dalam Kejohanan Olahraga dan Balapan Zon PKG Kampong Gajah yang telah berlangsung pada 25 Februari 2012, Sabtu yang lalu di padang SK Sungai Galah.

Image

Tuan Guru Besar SK Chenderong Kelubi, Encik Mohammad Aimaduddin telah menerima secara rasmi trofi Kejohanan di Majlis Perhimpunan Rasmi Sekolah. Beliau yang amat bangga dengan pencapaian sekolah telah mengadakan Majlis Kesyukuran bersama para atlet di kantin sekolah sejajar dengan aspirasi Guru Penyayang.

Image

Image

Apa yang sangat membanggakan sekolah ialah, walau hanya menghantar kontigen yang kecil, sekolah berjaya muncul sebagai juara keseluruhan menewaskan sepuluh buah sekolah dalan Zon dengan pungutan 8 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa. Atlet lelaki dan perempuan dari sekolah ini turut dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati Kejohanan.

Lebih manis, SKCK berjaya menewaskan sekolah yang lebih besar di Zon ini. Syabas dan tahniah SKCK! Terus mengorak langkah ke arah kecemerlangan!!!

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, February 25, 2012

NOSTALGIA PASIR SALAK



pengawal peribadi JWW Birch (berbangsa Sikh)

pendekar kampong

salah satu diorama di terowong masa Kompleks Sejarah Pasir Salak
(awas...kamera tidak dibenarkan...ini hanya untuk publisiti!)


Skrip yang sudah lama.
Diberi nafas baru.
Prop dan kostum yang ditaja.
Menyerlahkan kesan.

Dipersembahkan di hadapan PM.
Di malam perhimpunan rakyat tempohari.

Mencetus bangga diri...
(menguji prestij iman)

......daripada murid-murid Sekolah Agama Rakyat AsSaadiah Sg Galah(mewakili kaum Melayu) yang tidak kalah dengan persembahan etnik Cina dan India.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, January 14, 2012

KHAS

...buat rakan taulan yang sudah begitu lama tak bersua...

kita 1Malaysia.....

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, December 24, 2011

sakit ferut

Saya keliru.
Bibir terketar-ketar bukan berkata. Saya mimpikan diri sendiri.
Terjoget-joget tapi bibir masih bergetar.
Air liur tumpah. Malunya.

Confused.
Malam itu saya makan ABC, tapi rasa telur.
Saya minum susu, rasa telur jugak.
Habislah. Sakit perut saya. Ketawa.
Telurnya enggak ada.
Selesai makan baru saya terfikir.

......korang ketawa sama ek?

....salji masih turun.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, December 12, 2011

JANJI PRU 13

Ditakdirkan Alah, aku jadi terpinga-pinga, terkebil-kebil. Terjaga dek alunan muzik yang sungguh sedap. Sumpah. Sungguh teramat sedap. Di syurga logakah aku? Aku bertanya. Aku jawab sendiri. Aku masih di sini.

Cadangnya nak ambil angin sepoi-sepoi berbahasa yang nazak bersyair. Bersama awan hitam yang menurunkan salji. Sebutir-sebutir. Bulat-bulat. Buat aku tidak lagi alergik pada matahari. Sejuknya terasa.

Tak apalah. Ada paracetamol penenang dua butir. Aku teruskan bernyanyi. Bersama angin yang nazak dibawa sandal asadi ke bawah sepohon pokok. Ahh...lega punggung kerana dapat duduk.

Sambil duduk, memandang salji yang turun yang menjanjikan kesejukan nyaman selesa. Benarkah kau salji atau hanya tinggal janji.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP