CABARAN KAKCIK
Klik header ini untuk maklumat selanjutnya.
MEDITASI ANEKA KUIH
Kuih talam milik siapakah,
Karipap-karipap di dalam balang,
Apam cawan merah merekah,
Lepat ketayap berbatang-batang.
Idea sampai tak kunjung padam,
Bergurau sampai naik mual,
Pabila semuanya bergurindam,
kuih mengundang gangguan seksual.
Apa sahaja boleh difikirkan,
Makna kembiri pun menjadi ilham
Jangan difikir yang bukan-bukan
Fikir permata hati sebagai saham.
Kalau nak makan halwa maskat,
Kakcik seroja boleh sediakan,
Gurau senda sakat menyakat,
Jangan sampai hati termakan.
Siap pakaian untuk mendaki,
Sajak ulang tahun kelahiran dideklamasi,
Di puncak gunung bergema sepi,
Aneka kuih turut bermeditasi.
Di puncak gunung asyik bertafakur,
Zombi kampong pisang pula menjelma,
Karipap, apam, kelapa kukur,
Di sentap zombi yang dah jeling lama.
Jika terdengar suara azan,
Bergema sayup menjelang pagi,
Bangunlah wahai kawan,
Mentafsir mimpi sambil gosok gigi.