NEGARAKU
Khas Buat Anak-Anak Didikku....moga sedikit sebanyak memberikan informasi buatmu....
Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957.Tune asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan (Sebenarnya,tune lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moon berasal dari Island of Mahe di Seychelles. Tempat tinggal Sultan Perak satu masa dulu. French band selalu membuat persembahan dengan tune ni. Sejarahwan percaya lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger dengan mendapat idea daripada French Poet pada abad ke-19), sebuah lagu yang popular pada masa tu (the state anthem of Perak).
Pada masa itu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai. Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil komposer terkenal.Komposer yang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia.
Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan.
12 comments:
Assalamualaikum...
Dah lama saya tak nyanyi lagu negaraku...terima kasih atas info ini..
Salam.
Ooo mcmtu citernye. Jazakallah cikgu atas infonya. Tringat dulu2 masa nyanyi lagu negaraku smua kena tegak. Nyamuk gigit pun takleh tampar.. :)
kiwi pernh degr lgu terang bulan..member bg...
memg nk sme gk ngn negaraku..music la..^^
SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN
Salam cikgu,
Anak kakak minggu pertama sekolah dah belajar menyanyi lagu Negaraku. Siap kena lukis bendera. Bintangnya dia suruh kakak dia lukiskan.
Negara dihormati, bangsa disanjung tinggi, agama tetap di dalam hati...
w/salam Abd Razak,
...saya masih lagi menyanyikannya pada setiap kali perhimpunan sekolah dan juga pada function-function tertentu.
w/salam AA,
nyamuk memang jahat...lepas gigit dia bising-bising lak kat telinga...ermmm...memang menguji kesabaran.
kiwi,
lagu terang bulan..juga bukan lagu original...
w/salam LF,
LF mungkin masih menyanyikan lagu Negaraku?
w/salam Kakzakie,
di sekolah...anak-anak disemai sikap patriotik pada negara...ermmm maknya tak tolong warnakan sama ke??
assalamualaikum cikgu..sy terharu bila negaraku dinyanyikan sebelum perlawanan final suzuki cup tempoh hari di gelora bung karno..sangat terasa semangat cintakan negara semakin membara...
w/salam sahrom,
Betul tu...tegak bulu tengkok dibuatnya!!
Post a Comment