CETAK PENYATA GAJI SECARA ONLINE
Bermula pada Oktober 2010, semua kakitangan kerajaan tidak lagi menerima penyata gaji masing-masing secara "hardcopy" seperti biasa di pejabat masing-masing. Kerajaan telah mengambil inisiatif mudah dan menjimatkan dengan memperkenalkan SISTEM e-Penyata Gaji secara atas talian.
Untuk mengakses sistem ini, anda boleh klik pada pautan ini di Jabatan Akauntan Negara ataupun pada banner yang ada di bawah laman blog ini.
Kepada pengguna baru, berikut adalah cara-cara untuk mengakses maklumat tersebut.
1. Taipkan alamat berikut http://www.anm.gov.my dan paparan berikut akan muncul.2. Kemudian klik pada pautan yang disediakan disebelah kiri. Klik pada pautan e-Penyata Gaji dan Laporan
3. Setelah itu, paparan di bawah akan muncul. Klik pada pautan seterusnya, Akses Sistem.
4. Kemudian, paparan ini akan muncul. Untuk pengguna yang telah punya kata laluan, anda hanya perlu memasukkan no Mykad anda serta kata laluan tersebut.5. Bagi pengguna baru, klik pada pautan Pertama Kali Mendaftar.
6. Isi borang ini dengan lengkap, dan kembali pada langkah 4 untuk mengakses maklumat gaji anda.***Jom Lawat Blog Sekolah Sg Galah, klik sini
14 comments:
Salam cikgu,
Kakak bukan kakitangan kerajaan. Kami kenalah print dipejabat sendiri. Huhuhu....
w/salam Kakzakie,
sekarang dah sama kak...kena print sendiri....baru dihargai! Kalau x tu...buangje lam bakul sampah!
bleyh la ni blajr skrg.mne la thu nti dpt kerja ngn kerajaan..hehe ^^
kiwi,
baik lagik ko sendiri jadi keRAJAan...leh tuai dwet banyaaaakk-banyaaakk...hehe.
Assalamualaikum...
Saya kerja sendiri takder payslip..:)
w/salam Abd Razak,
....payslip hanya perlu kalau nak buat pinjaman dan itu tak penting sangat....yang penting ongkosnya..
assalamualaikum cikgu..
yg ini ok lg..yg buat ramai sakit hati adalah penggunaan HRMIS..terlalu slow mengalahkan ayam berak kapor huhuhuhuh...
klik b4 jumaat, dh abes solat jumaat, masuk opis masih tak abes log in lg...
nasib baik takde sapa berani buat fan page " kami tak suka hrmis" heheheheh
w/salam rom,
tulah...kononnya effisyen...tapi line siput....selalu jem...mintak-minta pihak berwajib atasinya segera...hrmislah...emislah..tahla..
salam kunjungan cikgu.
saya dah save slip gaji bln 12. Malas nak print sbb x belum mahu guna.
w/salam shameel,
wah! tentu banyak duit shameel sebab belum guna lagi....xpe2 simpan...simpan...
Aslmkm Cikgu.
Elok la dipermudahkan begitu.
Orang pencen & orang swasta tak relevan la kan? :)
w/salam Kak G,
Orang pencen dah kaya - enjoy dengan kekayaan pengalamannya. Orang swasta pula dengan caranya tersendiri...eloklah begitu kak G...ya kann?
Salam Cikgu,
Ana dok dalam dua2 kategori. Kira mcmana tu? lagi untung kot! hehehe.
Wallahu alam.
w/salam,
kalau dua...lebih baik dari satu...tahniah.
Post a Comment