MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, January 12, 2011

Pilihanraya 1969


Aku baca surat khabar. Tengok gambar. Ada banyak gambar kapal layar.

Habis baca. Aku ambil lidi dua batang. Ikat bersilang. Ambil gunting dan gam. Pakai nasi je. Ambil surat khabar yang sudah dibaca, sudah tengok gambar kapal layar, buat layang-layang.

Surat khabar melayang. Kapal layar belayar di udara. Aku gembira.

Ada kawan-kawan yang ambil poster parti - juga buat layang-layang. Sungguh harmoni bersama berlenggang di angkasa raya.

Angin semakin kencang. Layang-layang berpusing. Tersangkut pada pokok durian. Pokok durian Mekah di tepi padang. Atau nama lainnya Pokok Durian Belanda.

Aku kejar. Tak sedar aku sudah berada di pucuk pokok durian belanda. Wah! aku sudah pandai panjat pokok!. Terima kasih kapal layar kerana mengajarku cekap memanjat sampai ke pucuk pohon. Aku akan selamatkan kamu kapal layarku....ataukah kau akan menyelamatkan aku? Isssyyyhh....kat pangkal pokok durian belanda ini pun dia orang tampal poster. Ada gambar kapal layar, gambar roket, gambar kulit kerang - terpaksa kupijak kesemuanya. Maafla. Itu laluanku.


************

Kisah berputar kembali di kepala ketika menikmati sepotong durian belanda pemberian kakak saudara petang tadi.

30 comments:

Kakzakie January 12, 2011 at 8:34 PM  

Salam cikgu,

Kalau ikut sejarah 13 Mei juga berlaku tahun itu. Nasib baik masih belum mengerti apa kan. Main layang-layang tak tahu ada kepala bangsa kita yang melayang.

Tak lama ada pilihanraya lagi agaknya. Layang-layang gambar kapal layar tinggal nostalgia. Apa yang pasti akan ada yang melayang meinggalkan kenangan....

ainhany January 13, 2011 at 1:29 AM  

salam cikgu,

ohh itu gayanya surat khabar lama..:)
Mmbayang apa yg drasai namun payah nak fahami...pengalaman cikgu adalah satu universiti yg hebat..! terima kasih mmbawa saya balajr besama kapal layar..hihi
Tapi saya hanya mengenali durian belanda itu...baik utk kesihatan..hihi

aby January 13, 2011 at 2:50 AM  

salam AH ..

back tu the future tuh ...

hu..hu..

surat khabar rumi atau jawi ...

ahmad humairi January 13, 2011 at 4:24 AM  

w/salam kakzakie,

Benar kak, pernah pada suatu malam di musim itu, saya keluar rumah mencari kucing saya...dan saya terserempak dengan 'askar' yang melaksanakan perintah berkurung ketika itu....saya selamba je...x tau apa-apa pun.

ahmad humairi January 13, 2011 at 4:25 AM  

w/salam ainhany,

kalau masa tula, sebiji durian belanda hanya untuk saya seorang sahaja.

ahmad humairi January 13, 2011 at 4:27 AM  

w/salam aby,

surat khabar rumilah walu saya lancar membaca edisi jawi...tapi tulisan jawi saya hormati...takut 'terlangkah'.

Abd Razak January 13, 2011 at 6:37 AM  

Assalamualaikum...

Kenangan lalu ya! Rupanya nama durian belanda tu durian mekah.

white rose January 13, 2011 at 7:44 AM  

jom kita bermain layang2...
kalau terputus tali, panggil cikgu humairi,
biarkan ia melayang2...
nanti tau la dia cari jalan sendiri...

DDrfauziah January 13, 2011 at 8:48 AM  

Aslmkm Cikgu.
Nostalgia kapal layar kira era Almarhum Tunku ... kita belayar bahtera merdeka.
Hmmm ... kerana dikemudi, boleh juga singgah di 'Mekah & Belanda' ya? :)
Sekarang Dacing yang ada sudah timbang tak sama ... asyik jongkit & senget sebelah! Camne?

aliaazuan January 13, 2011 at 5:11 PM  

Salam cikgu.
Ana tak penah naik kapal layar, mabuk laut.

ahmad humairi January 13, 2011 at 5:53 PM  

w/salam Abd Razak,

Ntahla...saya silap kot sebab orang tua-tua saya menyebutnya begitu, mungkin saya silap...mungkin 'merekah' bila masak jadi disebut mekah...wallahualam.

ahmad humairi January 13, 2011 at 5:55 PM  

w/salamk white rose,

jalan sendiri...akhirnya jatuh di padang...dipijak lembu.

ahmad humairi January 13, 2011 at 6:01 PM  

w/salam Kak G,

Dacing dengan fungsinya menimbang, menjadi senget bila dibeban....menunjukkan berapa nilai bebanan itu.

Kak G kena repot kat polis...dacing yang mana senget tuu..

ahmad humairi January 13, 2011 at 6:02 PM  

w/salam AA,

Ada ubatnya AA...belayarlah!

Kak Nora January 14, 2011 at 3:13 AM  

Salam cikgu,
Kapal layar dah belayar entah ke mana? Layang-layang cikgu pun dah putus tali!

DDrfauziah January 14, 2011 at 9:14 AM  

Aslmkm Cikgu.
Hmmm. Nak debat santai la! :)
Ternyata banyak repot dibuat & difailkan. Tapi jelas kelihatan Dacing semakin terjongkit lagi bagi mereka yang terang kantanya! Camne?

Temuk January 14, 2011 at 2:38 PM  

Assalamu'alaikum CIKGU HUMAIRI

Kot layang-layang gune poster bulan, mungkin lagi tinggi ke naiknye? Kotlah die nak caghi bulan kat langit. Tapi kenelah teghebang malam!

Camne cikgu, bile kape boco sikit, kite tuko ke dacing. Bila dacing mule senget, kite tuko ke dughian belande. Kot dughian belande tak masak-masak, kita cata roket Obama, bawa dia naik kateh ikut layang-layang.

Hihihi, gurau saja cikgu. Yang sah, saya suka pati haruan dan capati.

Insan Marhaen January 15, 2011 at 1:53 AM  

tak payah pi belanda. kat sini pun ada duriannya, ya!

shameel Iskandar January 15, 2011 at 5:25 AM  

salam cikgu.

kapal layar lambang parti perikatan yg kini bertukar nama dan lambang...

Apa yg pasti hidup ini adalah pelayaran. Adayg belayar nak ke putrajaya. ada yg belayar utk mengapai bermacam cita-cita.

Paling ptg, kita perlu belayar utk mendarat dg nsejahtera di akhirat sana,

luahfikiran January 16, 2011 at 5:53 AM  

SALAM,
BIJAK CIKGU BERMAIN BAHASA !

sahromnasrudin January 16, 2011 at 4:53 PM  

assalamualaikum cikgu...

adakah kapal layar itu belayar pada lautan yang betul???

adakah jurumudinya seorang yang mampu mengawal anak buahnya???

semoga kapal layar itu akan menyelamatkan kita semua..

dari banjir buatan tangan-tangan jahat manusia..
yang semakin rakus membelah lautan samudera..
untuk menenggelamkan kapal layar itu....

ahmad humairi January 16, 2011 at 5:50 PM  

w/salam Kak Nora,

Kapal Layar kat duit singgit dah masuk dalam album koleksi mata wang saya..

ahmad humairi January 16, 2011 at 5:52 PM  

w/salam Kak G,

Kalau debat ngan Kak G...saya surrender dulu, tapi santai aje xpelah..

...dacing semakin terjongket, bermakna semakin banyak bebanan yang tertanggung olehnya!

ahmad humairi January 16, 2011 at 5:59 PM  

w/salam Abang Temuk,

Kalau poster bulan...dia jadi wow bulan. Bulan tetap diangkasa cuma cahaya pinjamannya hanya bersinar ketika malam.

Macam-macam cap layang-layang ada. Kesemuanya indah dipandang....awaslah dipijak lembu andai jatuh di padang ragut.

ahmad humairi January 16, 2011 at 6:00 PM  

IM,

durian kita kok dah sampai Belanda?

ahmad humairi January 16, 2011 at 6:03 PM  

w/salam shameel,

setuju...hidup adalah pelayaran, dikemudi dilautan berombak...jangan sampai tenggelam.

ahmad humairi January 16, 2011 at 6:05 PM  

w/salam LF,

essyyhhh...Bahasa Malaysia biasa je.

ahmad humairi January 16, 2011 at 6:07 PM  

w/salam rom,

Kapal layar tu macam robot transfomer kot...boleh tukar-tukar bentuk.

yangbaik January 19, 2011 at 4:49 AM  

salam,
alahai kenapa la letak gambar durian belanda tu... kecor ayor liyor teman.... mana nak cari... lepas pantang nanti nak lepas geram pulak...

ahmad humairi January 20, 2011 at 4:54 PM  

w/salam YB,

maafla...buat mike mengidam plak....tapi kan pokok ni banyak yang tumbuh di Sg Galah ni....suruh aje hasban carikkan. InsyaAllah dapat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP