MUTIARA KATA HARI INI

Tuesday, January 18, 2011

CABARAN KAKCIK

Klik header ini untuk maklumat selanjutnya.


MEDITASI ANEKA KUIH

Kuih talam milik siapakah,
Karipap-karipap di dalam balang,
Apam cawan merah merekah,
Lepat ketayap berbatang-batang.

Idea sampai tak kunjung padam,
Bergurau sampai naik mual,
Pabila semuanya bergurindam,
kuih mengundang gangguan seksual.

Apa sahaja boleh difikirkan,
Makna kembiri pun menjadi ilham
Jangan difikir yang bukan-bukan
Fikir permata hati sebagai saham.

Kalau nak makan halwa maskat,
Kakcik seroja boleh sediakan,
Gurau senda sakat menyakat,
Jangan sampai hati termakan.

Siap pakaian untuk mendaki,
Sajak ulang tahun kelahiran dideklamasi,
Di puncak gunung bergema sepi,
Aneka kuih turut bermeditasi.

Di puncak gunung asyik bertafakur,
Zombi kampong pisang pula menjelma,
Karipap, apam, kelapa kukur,
Di sentap zombi yang dah jeling lama.

Jika terdengar suara azan,
Bergema sayup menjelang pagi,
Bangunlah wahai kawan,
Mentafsir mimpi sambil gosok gigi.

31 comments:

Abd Razak January 18, 2011 at 7:00 PM  

Assalamualaikum...

Hebat...boleh menang ni..:)

ahmad humairi January 18, 2011 at 7:19 PM  

w/salam Abd Razak,

...belum tahu lagi...ada yang lain yang lebih hebat...saudara sendiri umpamanya.

sahromnasrudin January 18, 2011 at 7:31 PM  

assalamualaikum cikgu...

hebat, mantap dan begitu teliti cara penulisannya...kalau kakcik buat pengadilan secara undi, maka saya akan undi cikgu...

saya doakan cikgu menang..saya belum berkesempatan nak join, insyaALLAH jika ada kelapangan

ahmad humairi January 18, 2011 at 8:31 PM  

w/salam sahrom,

jom join...sahrom pasti boleh melayang minda!

white rose January 18, 2011 at 11:19 PM  

assalamualaikum...
waahh...hebat2...anda memang hebat...

cikgu humairi pegi surau,
naek moto songkok terlayang,
kakchik pun pandai bergurau,
sure cikgu humairi menang...

ZaridaIshak January 19, 2011 at 4:39 AM  

wah !... semoga berjaya ..
cabaran ape yer?

Kakzakie Purvit January 19, 2011 at 10:37 PM  

Salam cikgu,

Best....hebat....
Mesti kakcik gembira dengan penyertaan ini.

aby January 19, 2011 at 11:36 PM  

salam AH,

terkedu aby baca,
tk terjamkau otak aby
utk ngikut...

satu luahan yg bagus skali..

ahmad humairi January 20, 2011 at 3:19 AM  

w/salam white rose,

mike pon suke begurau....

ahmad humairi January 20, 2011 at 3:20 AM  

YB,

Kalau saya berjaya...nasib baik je..

ahmad humairi January 20, 2011 at 3:20 AM  

w/salam,

Kakzakie pun tyak kurang hebatnya...semoga kakzakiejuga beroleh kejayaan.

ahmad humairi January 20, 2011 at 3:21 AM  

w/salam aby,

tah hapa-hapa saya tulisss...

Anonymous,  January 21, 2011 at 12:18 AM  

Aslmkm Cikgu.
Selamat melayan ye.
Agaknya kerana Kak G tak minat main tag-tag cenggini la makin ramai sudah menjauhkan diri! :( Redha je le.
Sepertinya juga angin berpuak-puak sedang diseru supaya menderu kuat - e.g. ada seruan untuk daftar jadi ahli blog anak Pahang, anak Perak, anak Kedah etc ... dll. Pantas, & berpusu-pusu mendaftar diri.

ahmad humairi January 21, 2011 at 12:29 AM  

w/salam Kak G,

Saya pun tak berminat bila di tag dan menjawab beberapa tugasan, tapi yang ini bukan tag - hanya jemputan - memang saya berminat dan sebab ada idea jua untuk menyertainya...tiada paksaan.

Yang berpuak-puak tu biarlah...mereka tak kacau kita, ya kan?

shameel Iskandar January 21, 2011 at 11:40 PM  

Salam cikgu.

Hebat sekali penulisan cikgu. Bagus juga cabaran kak cik ni.

shameel Iskandar January 21, 2011 at 11:40 PM  

Salam cikgu.

Hebat sekali penulisan cikgu. Bagus juga cabaran kak cik ni.

ahmad humairi January 22, 2011 at 1:46 AM  

w/salam shameel,

tah hapa-hapa tu....tapi cabaran kakcik tu menyebabkan saya tertulis cam tu, tapikan shameel lagi hebat, tulisla, kakcik tentu suka.

shameel Iskandar January 23, 2011 at 5:34 AM  

cikgu,

saya tak pandai mana puisi ni.

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE January 23, 2011 at 5:44 PM  

salam cikgu,
Er...tak brapa nak paham la pulak...
Puisi citer ttg apakah ini? kuih talam smua ada....hehe.

ahmad humairi January 23, 2011 at 5:54 PM  

shameel,

tapi kan...shameel bijak mengarang, cubalah shameel pasti boleh sambil memeriakan lagi cabaran kakcik tuu..

ahmad humairi January 23, 2011 at 5:56 PM  

w/salam aa,

macam mimpi.....
sumuanya nampak real,
namun maknanya bergantung atas tafsiran masing-masing,
apa-apa pun boleh...
ini bukannya nak mentafsir kitab,
wallahualam.

MOH KEMBARA January 23, 2011 at 9:54 PM  

Salam Cikgu, mana nak lawan cikgu...Pe kabor cikgu?

ahmad humairi January 24, 2011 at 5:20 PM  

w/salam Kak Heli,

kabo baik...sego asenye lepaih minom kopi...

ummu January 24, 2011 at 10:29 PM  

assalamualaikum cikgu
Subhanallah..cikgu memang Anak Ibu Kandung Suluh Budiman..saya bangga dengan cikgu,tahniah.good luck ya
p/s; suka dengar slot Prof sidek baba waktu prtang di ikim.fm,gaya bahasanya tringat kepada kajian sejarah saya terhadap tokoh2 pelajar SITC-MPSI-IPSI...

ahmad humairi January 25, 2011 at 7:03 PM  

w/salam ummu,

ummu pun tak kurang hebatnya...kita kan bersaudara - adik beradik suluh budiman?

fatin January 25, 2011 at 8:44 PM  

salam perkenalan.. wow..disini ada pantun.. ;)

AzMaslenda January 25, 2011 at 8:52 PM  

Assalamualaikum..

Syabas.. empunya cikgu pandai mengarang pantun. Selamat berjaya.

miloaiskurangmanis January 25, 2011 at 11:26 PM  

salam ziarah...

wow! berbeza...
sy suka entry style pantun

good luck ye!

ahmad humairi January 26, 2011 at 7:28 PM  

w/salam fatin,

salam perkenalan jua..

ahmad humairi January 26, 2011 at 7:29 PM  

w/salam azmask,

same to you too..

ahmad humairi January 26, 2011 at 7:30 PM  

w/salam miloais,

...sama-sama kita meriahkan cabaran kakcik tuu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP