MUTIARA KATA HARI INI

Monday, January 17, 2011

CETAK PENYATA GAJI SECARA ONLINE

Bermula pada Oktober 2010, semua kakitangan kerajaan tidak lagi menerima penyata gaji masing-masing secara "hardcopy" seperti biasa di pejabat masing-masing. Kerajaan telah mengambil inisiatif mudah dan menjimatkan dengan memperkenalkan SISTEM e-Penyata Gaji secara atas talian.


Untuk mengakses sistem ini, anda boleh klik pada pautan ini di Jabatan Akauntan Negara ataupun pada banner yang ada di bawah laman blog ini.

Kepada pengguna baru, berikut adalah cara-cara untuk mengakses maklumat tersebut.

1. Taipkan alamat berikut http://www.anm.gov.my dan paparan berikut akan muncul.2. Kemudian klik pada pautan yang disediakan disebelah kiri. Klik pada pautan e-Penyata Gaji dan Laporan
3. Setelah itu, paparan di bawah akan muncul. Klik pada pautan seterusnya, Akses Sistem.

4. Kemudian, paparan ini akan muncul. Untuk pengguna yang telah punya kata laluan, anda hanya perlu memasukkan no Mykad anda serta kata laluan tersebut.5. Bagi pengguna baru, klik pada pautan Pertama Kali Mendaftar.

6. Isi borang ini dengan lengkap, dan kembali pada langkah 4 untuk mengakses maklumat gaji anda.***Jom Lawat Blog Sekolah Sg Galah, klik sini

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, January 12, 2011

Pilihanraya 1969


Aku baca surat khabar. Tengok gambar. Ada banyak gambar kapal layar.

Habis baca. Aku ambil lidi dua batang. Ikat bersilang. Ambil gunting dan gam. Pakai nasi je. Ambil surat khabar yang sudah dibaca, sudah tengok gambar kapal layar, buat layang-layang.

Surat khabar melayang. Kapal layar belayar di udara. Aku gembira.

Ada kawan-kawan yang ambil poster parti - juga buat layang-layang. Sungguh harmoni bersama berlenggang di angkasa raya.

Angin semakin kencang. Layang-layang berpusing. Tersangkut pada pokok durian. Pokok durian Mekah di tepi padang. Atau nama lainnya Pokok Durian Belanda.

Aku kejar. Tak sedar aku sudah berada di pucuk pokok durian belanda. Wah! aku sudah pandai panjat pokok!. Terima kasih kapal layar kerana mengajarku cekap memanjat sampai ke pucuk pohon. Aku akan selamatkan kamu kapal layarku....ataukah kau akan menyelamatkan aku? Isssyyyhh....kat pangkal pokok durian belanda ini pun dia orang tampal poster. Ada gambar kapal layar, gambar roket, gambar kulit kerang - terpaksa kupijak kesemuanya. Maafla. Itu laluanku.


************

Kisah berputar kembali di kepala ketika menikmati sepotong durian belanda pemberian kakak saudara petang tadi.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, January 9, 2011

Beri Dia Makan Sama



Apa pandang-pandang?
Dah tak ada lauk ke?
Nak cari cicak?
Cicak pun dah lari. Nanti tak pasal-pasal dia jadi lauk.

Itula...., masa makan lauk sedap-sedap, kau tunduk je. Langsung tak ingat kat aku.

Aku bukan kucing.

Baca selanjutnya Kisahku...

NEGARAKU

Khas Buat Anak-Anak Didikku....moga sedikit sebanyak memberikan informasi buatmu....



Lagu Negaraku dijadikan lagu kebangsaan pada tahun 1957.Tune asli lagu Negaraku telah diambil daripada lagu keroncong bertajuk Terang Bulan (Sebenarnya,tune lagu Terang Bulan ini sama seperti lagu Mamula Moon berasal dari Island of Mahe di Seychelles. Tempat tinggal Sultan Perak satu masa dulu. French band selalu membuat persembahan dengan tune ni. Sejarahwan percaya lagu Mamula Moon dicipta oleh Pierre Jean de Beranger dengan mendapat idea daripada French Poet pada abad ke-19), sebuah lagu yang popular pada masa tu (the state anthem of Perak).


Pada masa itu, 11 negeri di Malaya (ketika tu) mempunyai lagu negeri masing-masing. Tunku Abdul Rahman, pada masa tu Perdana Menteri mencadangkan untuk memilih lagu kebangsaan yang sesuai. Satu pertandingan telah diadakan dan penyertaan telah mendapat sambutan dari serata dunia. 514 penyertaan telah diterima tapi tiada satu pun yang sesuai. Kemudian pemimpin tertinggi kerajaan membuat keputusan untuk memanggil komposer terkenal.Komposer yang telah terpilih ialah Benjamin Britten, Sir William Walton, Gian Carlo Menotti and Zubir Said (pencipta lagu singapura). Tetapi usaha mereka juga sia-sia.


Selepas tu, pemimpin kerajaan terfikir untuk mengambil lagu kebangsaan Perak sebagai lagu kebangsaan. Lirik baru telah dicipta. Pada masa tu, melodi lagu ni (semasa masih sebagai lagu kebangsaan perak) adalah sangat popular di Singapura & Malaya dengan tajuk Terang Bulan.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, January 5, 2011

Cendawan Sawit

Entah apalah nama sebenarnya. Mungkin kengkawan boleh beritahu. Ia tumbuh kat pelepah sawit yang mereput. Bukan aku yang kutip. Abah Sam (Samsuri) yang memperkenalkannya pada aku. Katanya sedap untuk apapun juga resepinya.

Aku cuba pandu try test. Celur je...Fuiiyyooo...memang sedap.!


Antaranya yang baru dikutip

........dikupas

.....dicuci

dan...........siap disudu!

Ye Kakcik...kenerebus dululah.


Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, December 29, 2010

Loceng Dah Berbunyi

wongweng
terkayan-kayan
semuanya dengan tujuan
tak bersempadan

mereka-reka.

kringggggg

terdengar pula

jom pergi sekolah.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP