MUTIARA KATA HARI INI

Monday, May 17, 2010

SMS TANDA INGATAN


memang memenatkan hari ini, tapi minda segar walau lutut dan sendi-sendi longgar...sekali sekala main...sakit badan. gambar antara hadiah yang kuterima hari ini..terima kasih anak didikku.

SMS yang pertama dari Cikgu Shamsul Azraai :

(setiap tahun smsnya yang pertama aku terima)

Jadilah seorang guru yang hadirnya ditunggu,
hilangnya dirindu,
ilmunya di buru,
nasihatnya diseru,
tingkah lakunya ditiru,
selamat hari guru.

SMS kedua dari Kakak Fatimah Razali :

SELAMAT HARI GURU

SMS ketiga dari Cikgu Kamaruzzaman :

Guru, dalam ajarnya ada harapan,
dalam tegurnya ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam dian ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina,
Selamat Hari Guru.

SMS keempat dari Cikgu Noraini Samad :

Guru, oh guru,
bila cikgu duduk murid berdiri,
bila murid diseligi, guru pula kena gari,
murid datang naik BMW 7 siri,
cikgu datang naik motor kapcai road-tax pun dah mati,
murid pi belajar sampai phD,
cikgu baru berkira-kira nak sambung degree,
namun begitu di dunia cikgu berbakti,
moga di akhiran, syurga tempat kita kekal abadi,
Selamat Hari Guru.

SMS kelima dari Cikgu Abdul Muttalib :

Terima kasih cikgu, selamat hari guru.

SMS keenam dari Cikgu Ahmad Hamiza :

Bad teacher complains,
Good teacher explains,
Better teacher demonstrates,
Best teacher motivates,
Great teacher inspires...
Happy teacher's day.

...dan dari semua rakan maya
yang sentiasa susah senang bersama.

Moga Allah sentiasa merahmati anda semua!

21 comments:

yangbaik May 17, 2010 at 1:27 AM  

saya sayang cikgu saya...tak kiralah kena marah ke, kena rotan ke... oops... belum pernah lagi kena rotan,...huhuhu..

ahmad humairi May 17, 2010 at 1:30 AM  

yang baik,

yang kena cubit tu tak ingat???

sahromnasrudin May 17, 2010 at 1:44 AM  

memang ye..cikgu yg merotan dan garang tue biasanya kita ingat dibandingkan cikgu yg lemah lembut coz ilmunya sgt berbekas...

ahmad humairi May 17, 2010 at 3:45 AM  

sahromnasrudin,

berbekas....bila anak didik mencium tangan gurunya,
bila ada ucapan terima kasih...

Temuk May 17, 2010 at 7:36 AM  

Cikgu Humairi
Main apalah tu sampai longgar lutut & sendi2. Baik cepat peketat dgn skrew, takut goyang ke kanan kiri masa mengajar. Amat indah betul bunyi sms2 yg diterima tu. Hiba ada, seronok ada. Mengenang kita digurui & kita menggurui!

penjejak maya May 17, 2010 at 10:21 AM  

salam,

bestnya jadi cikgu nih..

ahmad humairi May 17, 2010 at 5:21 PM  

Abang Temuk,

alahai...main x seberapa, tapi bila main dah x ingat badan sakit..boleh ke laman sekolah sungai galah atau facebook sekolah untuk turut merasai kemeriahannya. eerrmm..esok saya cuti rehat untuk perketat skru-skru yang dah longgar tuh...salam ceria!

ahmad humairi May 17, 2010 at 5:23 PM  

penjejak maya,

beske?

dari zaman bebudak....sampai pencen pergi sekolah...memang seronok!

Kak Nora May 17, 2010 at 9:14 PM  

Salah satu keseronokan menjadi guru, jasa dikenang melalui pemberian hadiah. Dah hilang penat?

ahmad humairi May 17, 2010 at 9:26 PM  

kak nora,

dah...
skrg nak tumpu plak program SIT NKRA...
nak keja insentif kalo dapat!!!

maiyah May 18, 2010 at 12:53 AM  

sy rasa x wish lagik..
slmt hr guru..
mrk memberi kata pnghargaan krn dirimu begitu berharga ngeeee

ahmad humairi May 18, 2010 at 3:19 AM  

terima kasih maiyah,

macam lam iklan...ngeeee

ummu May 18, 2010 at 8:06 AM  

salam cikgu
selamat hari guru
moga pengorbanan cikgu dirahmatiNya

zue May 18, 2010 at 7:39 PM  

x terlambat utk zue ucapkan selamat hari guru khas buat cikgu humairi dan guru2 d m'sia.

pengorbanan guru d ibarat lilin yg menerangi kegelapan.
teruskan berbakti.

ahmad humairi May 18, 2010 at 9:48 PM  

ummu

terima kasih,
moga pegorbanan kita dirahmatiNya..

ahmad humairi May 18, 2010 at 9:49 PM  

zue,
guru...jadilah seperti bulan...berkongsi cahaya matahari untuk menerangi kegelapan malam...

DDrfauziah May 19, 2010 at 2:28 AM  

Salam singgah ukhwah dari Kak G. Ceria2kan hari anda. :)

Misi seminggu ini: Singgah2 memanjangkan silaturrahim & bertanya kabar. :)

A belated greeting: Selamat Hari Guru.

ustaz eds May 19, 2010 at 2:56 AM  

salam cikgu...
banyaknye dapat hadiah....tahniah, lambang guru yang sentiasa diingati dan disayangi..

ahmad humairi May 19, 2010 at 5:19 PM  

terima kasih Kak G....err apa komen Kak G tentang pasukan badminton kita?

ahmad humairi May 19, 2010 at 5:23 PM  

ya ustaz...murid dah ucap terima kasih dah memadai..tapi anugerah guru popular ala-ala APBH tu satu kategori pun tak melekat...huuuu

tapi aku popular jugaklakan sebab setiap kategori....aku yang dicalonkan...heh3x

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP