MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, May 23, 2010


Lagu ini kutujukan buat Atub.

Pertemuan kita tempoh hari membuatkan aku lebih sabar dalam melalui liku-liku hidup ini.




Senyap dan sunyi

Tabir malam menyelimuti

Isi alam dilamun mimpi


Terkenang nasib sendiri

Nak memandang tak daya lagi
Ku pandang kiri, ku pandang kanan

Hitam gelap yang kelihatan


Cantik molek putih dan hitam

Sama saja tiada beza sebarang ragam


Alam nan luas

Banyak gunung dan banyak jurang
Wahai anak, dan banyak jurang

Gunung tinggi engkau daki
Jurang dalam engkau jauhi

Kalaulah aku boleh memandang

Aku pandu engkau berjuang


Kalaulah besar anakku sayang

Sesal ayah kerana tidak dapat memandang.

(Dendangan P Ramlee)

14 comments:

ZaridaIshak May 23, 2010 at 7:29 PM  

salam,
sedihnya...
yang sanggup baca
baris2 terakhir... sobs

sahromnasrudin May 23, 2010 at 7:58 PM  

" cantik moleh putih dan hitam"
pujangga pernah berkata hidup ini sebenarnya cume ada hitam dan putih..pilihla warna mana kita mahu..jika selain dari warna diatas, bermakna kita berada di persimpangan tanpa arah tuju

ahmad humairi May 23, 2010 at 9:12 PM  

yang baik,

selamat bersedih....

ahmad humairi May 23, 2010 at 9:15 PM  

shahrom,

putih dan hitam
dua warna yang hanya terdapat dalam mimpi...

alam yang beraneka warna ini menarik kita ke arahnya. pili yang membawa ke jalan yang lurus!

penjejak maya May 23, 2010 at 9:39 PM  

salam,

bila berjalan sentiasalah memandang ke depan..

ahmad humairi May 23, 2010 at 9:44 PM  

penjejak maya,

pandang juga 'side-mirror' agar sentiasa waspada.

pecinta_Islam May 23, 2010 at 11:32 PM  

salam ziarah cikgu..lama sungguh x singgah sini sbb dh jarang bkk internet..ingin rasanya saya menanti seperti dlu2 hasil ilham cikgu yang unik itu.huhu

Anonymous,  May 23, 2010 at 11:51 PM  

Aslmkm Cikgu.
Hidup ini adalah kewajipan untuk melakarkan warna jalan persinggahan yang penuh berliku ini berlandaskan WahyuNYA. Apa yg kita corakkan di sini akan menentukan rupa corak destinasi utama yang pasti di sana.

zue May 24, 2010 at 1:26 AM  

lupalah rentak lagu p.ramlee ni.

liriknya mmg bagus sekali.

ahmad humairi May 24, 2010 at 5:18 PM  

syahbandar,

komitmen kita pada perkara lain juga diperlukan...tidak hanya mengadap internet sahaja...

ahmad humairi May 24, 2010 at 5:20 PM  

Kak G,

Ramai orang yang suka menempuh jalan nan luas terbentang yang membawa kepada kehancuran daripada memilih jalan nan sempit berliku yang membawa erti sebenar kehidupan dunia dan akhirat.

ahmad humairi May 24, 2010 at 5:22 PM  

zue,

boleh je goooogle sendirik, pasti boleh ingat balik.

Maiyah May 25, 2010 at 1:39 AM  

liriknya rasa sedey le huhuu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP