MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, May 9, 2010

sabarkah

kucuba melawan graviti bumi
aku tersungkur berpusing
bintang datang berkeliling
membawa mesej pening
ku jamah roti gardenia
nikmati ia bersama air tawar bermasak
tak habis sekeping
...burrrrr ia keluar balik
aku dibawa keklinik
baring dikatil kecemasan
mc 2 hari - isnin dan selasa
hari rabu masih tidak dapat ke sekolah
rehat bersama komputer riba disisi
sebagai terapi tambahan
jumpa tok moh
katanya aku keteguran
minum air penawar
mandi biar segar
pergi sekolah hari khamis
aku ditemuramah habis
tanda simpati kengkawan
buat aku rasa ok
tak ok jugak
jumaat aku mc lagi
sabtu ada program hari profesional
kos melepaslah jawabnye
ini yang terakhir?
harapnya tidak
kawan-kawan...doakan kesihatan aku ye!
apa khabar esok
aku ingin terus berada pada hari esok

14 comments:

sahromnasrudin May 9, 2010 at 5:21 PM  

minum air zam-zam cikgu.klu ada jiran2 yg pi umrah, minta sikit..sy doakan cikgu sihat sejahtera..mungkin benar cikgu keteguran..apapun, teruskan membaca ayat-ayat suci al-quran..

penjejak maya May 9, 2010 at 6:33 PM  

salam,

kudatang ke sini
untuk kali kedua
menyapa dirimu
dan berdoa
agar kamu nanti
cepat sembuh...

Temuk May 9, 2010 at 7:15 PM  

Assalamu'alaikum Cikgu Humairi
Semoga Allah mengembalikan kesihatan cikgu semula. Andai perlu, teruskanlah ikhtiar mendapatkan ubat- moden, komplementari, tradisional, atau gabungan. Insya Allah, lengkapilah dengan doa. Juga, bersabarlah. And take care!

ahmad humairi May 9, 2010 at 7:36 PM  

shahromnasrudin,
penjejak maya,
Abang Temuk.

terima kasih atas doa anda,
menjadikan diri ini bertambah kuat lagi. insyaAllah kan bertambah baik.
Bahgia selalu.

zue May 9, 2010 at 8:01 PM  

salam cikgu humairi,
mcm mana keadaan hari ni dah bertambah baik.

ahmad humairi May 9, 2010 at 8:25 PM  

terima kasih zue,

atas doa anda juga...saya bertambah baik hari ini....insyaAllah.

ummu May 9, 2010 at 9:17 PM  

salam Cikgu Myri

demi cinta yang telah bersemi
pada nusa bangsa tak pernah bertepi
azam dikekar menjulang tinggi
sakit bertamu tanda cintaNya
doaku padaNya
Cikgu Myri moga sihat sejahtera
kerna anak bangsa
masih memerlukan khidmat bakti
seorang cikgu sepertimu.

Maiyah May 10, 2010 at 1:12 AM  

moga dah ok, skrg ni mcm2 pnyakit..

ustaz eds May 10, 2010 at 8:05 AM  

salam cikgu

Camna hari ni cikgu...Doa Teman moga cikgu diberi kekuatan dan segera sembuh...

Sesungguhnya sakit itu tanda Allah sayangkan kita..tanda Allah masih Ingat pada kita...moga kita selalu ingat padaNYA.

ahmad humairi May 10, 2010 at 5:08 PM  

salam kembali :

ummu,
maiyah,
ustaz,

terima kasih atas doa kalian. Allah masih sayangkan kita semua serta memberi ruang dan peluang meneruskan hidup di dunia ini....insyaAllah...moga kita selalu ingat padaNya.

ZaridaIshak May 11, 2010 at 9:46 PM  

salam,
semoga Cikgu segera sembuh...dengan kesembuhan yang tiada lagi berulang sakitnya

ahmad humairi May 12, 2010 at 5:26 PM  

yang baik,

hidup ibarat roda...
terus berputar...
dan...
rodaku
sentiasa di bawah...
alhamdulillah!

tehr May 16, 2010 at 10:20 PM  

sakit apa ni cikgu? darah tinggi ke?
try chek hospital tengok
doa saya moga2 cikgu cepat sembuh
jangan takut makan ubat - hehehe

ummu May 18, 2010 at 8:07 AM  

moga esok ada mentari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP