MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, May 26, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Esok 28 Mei kita cuti lagi - Hari Wesak

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran dan Kematian Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

* Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

* Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

* Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Selamat Hari Wesak. 1 Malaysia kan....

14 comments:

penjejak maya May 26, 2010 at 6:54 PM  

salam,

kat sarawak tu esok dah start cuti panjang..

ahmad humairi May 26, 2010 at 6:58 PM  

penjejak maya,

ada cadangan kat sini pun start cuti panjang tu...tapi tak jadi..

sahromnasrudin May 26, 2010 at 7:11 PM  

itulah harmoninya negara kita..orang lain punya perayaan, kita ikut bercuti...perayaan kita, lagi bertambahlah cutinya coz plus cuti rehat lagi..stat ptg nier, semua lebuhraya akan mula sesak..gaji baru kua, semua kan cuti2 1 Malaysia heheheh

ahmad humairi May 26, 2010 at 9:01 PM  

sahrom,

begitulah uniknya Malaysia kita.

zue May 26, 2010 at 9:04 PM  

mmg x sabar tunggu cuti ni...dpt lah ajar anak2 ni sbb minggu depan dia org periksa.

ahmad humairi May 26, 2010 at 9:11 PM  

zue,

Kat sini bebudak tengah pekse.
Wow, bagus. Berkobar-kobar semangat Zue. Selamat maju jaya buat anak-anak Zue.

Che' Pit May 26, 2010 at 9:51 PM  

hehe esok wesak, CP arini dah cuti dah..

tapi bukan cuti nak sambut, cuti saje, baru blk ouststaion mlm tadi.. esok blk kg yuhuu..

ZaridaIshak May 27, 2010 at 1:18 AM  

cuti tu cuti juga.. keselamatan dan kesihatan harus dijaga...

ahmad humairi May 27, 2010 at 6:13 AM  

CP,
x perlu sambut, kita wish je..
...selamat cuti balik kampong...

ahmad humairi May 27, 2010 at 6:16 AM  

yang baik,

alhamdulillah setakat ini sumenye terkawal..

ustaz eds May 27, 2010 at 4:07 PM  

salam cikgu,
kemane kite cuti2 ni? takkan memerap kat umah aje..
apapun, bio je deme raye...kite, cuti aje...hu3

ahmad humairi May 27, 2010 at 7:51 PM  

Teman setuju ustaz,

teman nak pegi Sungkai lagi...tapi majlis pertunangan anak sedara..

shameel Iskandar May 28, 2010 at 7:58 PM  

cuti2 wesak 3 ari jer. Tapi kena siapkan marking paper. huhuhu

ahmad humairi May 30, 2010 at 6:45 PM  

salam,

marking paper beres...nak key-in markah dan siapkan keputusan sebelum cuti...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP