SKETSA EARTH HOUR 2010
Nama nya Atub.
Ibu dan bapanya menamakannya begitu kerana sebab tertentu.
Dia dilahirkan ketika bulan mengambang terang.
Namun hingga sekarang tiada cahaya pernah menembus matanya.
Aku berjumpa Atub.
Kubacakan kepadanya entri terkiniku mengenai earth hour 2010.
.....betullah tu kata Atub.
Usahkan 60 minit earth hour tuh.
Aku dah 60 tahun bergelap.
Aku boleh berjalan.
Aku boleh membaca.
Aku boleh membeli belah.
Tengoktu kraftangan yang aku hasilkan, cantikkan?
Anak-anakku 8 orang semuanya.
6 orang dah kahwin pun.
Aku telah lalui kesemuanya.... dalam gelap.
Aku tak boleh lalukannya di dunia terang.
Aku bimbang.
Aku tak boleh lakukan semua itu, dalam terang!!!
Tabik kat Atub.
60 tahun dalam gelap, banyak yang telah dilakukannya.
18 comments:
syabas atub!
huhuhu..hati2nya cukup2 terang, cikgu..sy pun tak mampu nak lakukan spt ape yg dia lakukan...
naman,
atub tak abes cerita...satu ari dia ter'flying kick' kat seorang peragut masa dia gi beli belah ngan isteri dan anak-anaknya...iskk..insaf peragut tu di buatnya!
ya sahromnasrudin,
pilihan di tangan kita,
nak terang mata ke..
nak terang hatike...
nak terang kedua-duanya sekali..
ada manusia terang mata tapi buta hati,
hadiah istimewa tak pernah disyukuri,
sifat takbur dan sentiasa lupa diri,
tingkah laku sebegitu janganlah didekati,
ambil ikhtibar dari kisah Atub yang hebat sekali...
izakhairi,
bila mata kabur,
dah dekat ngan kubur...
chayok! atuk mmg hebat
itulah kelebihan atub. dah 60 thn hidup tanpa cahaya...bagaimana dgn kita baru nak buat 60 min dah kecoh.
bersyukur dgn apa yg allah beri kpd kita.
maiyah,
apa kurangnya maiyah..
anda tak kurang hebatnya!!!
zue,
atub dengan keistimewaannya,
kita amat mengaguminya dan kalau nak dibandingkan kita didunianya...memang kita ketinggalan..
kisah nih buat saya berfikir sejenak..
yelatu finaz,
fikir pelita hati....pejam lama sket..leh fikir lama gak...
salam cikgu..
Yang paling bertuah...terang dimata, terang juga dihati..
Yang bertuah...gelap dimata terang dihati..
Yang kurang bertuah...Terang dimata gelap dihati
Yang langsung tak bertuah....gelap dimata, gelap juga di hati...
dimana kita?
ustaz eds,
kita yang di akhir sekali tuuuu harap tidaklah begitu.. insyaAllah.
salam,
erk... ahaaa dah paham...
dalam gelap ada cahaya...
datangnya dari hati yang bersih dan ikhlas tunduk dan patuh pada suruhan Ilahi...
:-)
yang baik,
dalam terang kita kelam,
dalam gelap cahya berbalam,
kelam berbalam,
siang dan malam,
kita semakin menghampirinya..
itulah kelebihannya yang Allah swt beri ....syabas Atuk
sonata,
tahniah atas kelebihan dan keistimewaan anda juga.
Post a Comment