MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, March 21, 2010

RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM

Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang, bermesyuarat serta melayari internet.


Kismis
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang nencukupi untuk disalurkan ke otak.Adab memakannya ialah mengadap kiblat, membaca bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.


Susu segar
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.



Telur
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.


Halia
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.


Buah delima
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda nabi Muhammad SAW : "sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

18 comments:

zue March 21, 2010 at 2:49 AM  

bermcm2 mknan yg berkhasiat yg boleh kita dpti melalui ilmuan islam..tetapi kita sering terlupa dan trlalu ghairah sgt akan pemakanan barat.

Anonymous,  March 21, 2010 at 3:03 AM  

aok, yg tuh Busu Segar ker Susu Segar? Kalo Busu yg Segar.., dia nampak hensem tak? hehehehe... sori aok saya gurau jer... jgn amik hati ye..

Oh! aritu beli jus buah delima ori, mahal betul 100ml RM20 tapi sekarang baru tahu kenapa harga dia cenggitu...Thanx ya for the info!

~Ikut Rentak Jari~ March 21, 2010 at 3:37 AM  

salammm ...
info yg berguna ... thx

Idalara March 21, 2010 at 3:57 AM  

terlalu banyk khasiat dalam makan2an yg dinyatakan..dalam AlQuran telah dinyatakn dengan terperinci..apa kata kita amalkan tiap hari..insyaallah pasti berkesan.

ahmad humairi March 21, 2010 at 4:25 AM  

zue,

ramai yang lebih kenal kfc, mc donald, pizza, burger, hot dog dsb...

ahmad humairi March 21, 2010 at 4:30 AM  

finaz,

ada jus kismis jugak di pasaran...
eehh..silap taip tu....dah dibetulkan, tima kasih cikgu!!!

ahmad humairi March 21, 2010 at 4:31 AM  

cikgu lin,

terima kasih...sharing is caring..

ahmad humairi March 21, 2010 at 4:32 AM  

idalara,

insyaAllah. Jom kembali kepada amalan pemakanan ilmuwan islam tuh!

ustaz eds March 21, 2010 at 7:19 AM  

dalam Islam, peranan makanan bukan setakat untuk kesihatan, bahkan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seseorang....sebab itu kita disarankan memilih makanan yang baik,halal dan berkhasiat..moga kita selamat didunia dan diakhirat

sonata anak kancil March 21, 2010 at 8:53 AM  

ikut sunnah nabi! makanlah seperti Nabi & sahabat makan....cuma delima tu jarang jumpa la...lain2 tu ade

Maiyah March 21, 2010 at 11:15 AM  

Allah telah ciptakan utk kita hasil dari bumi dan sekitarnya yg tersembunyi

sahromnasrudin March 21, 2010 at 4:59 PM  

salam cikgu..ada terbaca dlm berita minggu semalam..pasal anak cerdik makan makanan diatas kan....mmg alam semulajadi nie byk kelebihannya jika pandai diteroka..

ahmad humairi March 21, 2010 at 6:27 PM  

ustaz,

insyaAllah. Seronok ziarah blog ustaz..banyak ilmu dapat dikongsi bersama.

ahmad humairi March 21, 2010 at 6:28 PM  

maiyah,

kita kena rajin menerokanya..

ahmad humairi March 21, 2010 at 6:30 PM  

sahromnasrudin,

betul..saya salin semula (suruh anak yang taipkan dan publish) untuk dikongsikan di sini pulak..

Alimaz-Kembara Terasing March 22, 2010 at 12:52 AM  

minum madu tak pa jangann bermadu sudah....ekekekekeke...salam ziarah...salam ukhwah

ahmad humairi March 22, 2010 at 3:36 AM  

madu memang manis...
bermadu...tak tau nak ceghita..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP