KONSIDERASI
aduhai,
sakit bergendangan,
ditelinga ini,
kerana bahasa yang kaututurkan,
bahasa indah,
tajam menghiris,
bahasa pinjaman dari iblis,
teramat indah,
lalu kau zikirkan seharian.
kutanyainya,
sepantas reaksi kimia kaujawab,
...jujur ingin kukongsikan,
...cuma kau hati sensitif.
hati terhiris,
parah berkecai.
jangan kata apa,
diam sahaja,
jujur itu perlu,
begitu juga konsiderasi.
(...mr kay...tak kisah kan?)
sakit bergendangan,
ditelinga ini,
kerana bahasa yang kaututurkan,
bahasa indah,
tajam menghiris,
bahasa pinjaman dari iblis,
teramat indah,
lalu kau zikirkan seharian.
kutanyainya,
sepantas reaksi kimia kaujawab,
...jujur ingin kukongsikan,
...cuma kau hati sensitif.
hati terhiris,
parah berkecai.
jangan kata apa,
diam sahaja,
jujur itu perlu,
begitu juga konsiderasi.
(...mr kay...tak kisah kan?)
24 comments:
salam cikgu, maaf sy kurang memahaminya..seakan2 seseorang memuji sang iblis..benarkah begitu??
abah, tak kisah pun ^_^
sahromnasrudin, let me ^_^
ini tentang seseorang yang cara cakapnya, gaya bahasa sangat kasar, menyakitkan hati..
bukan memuji sang iblis, tapi membudayakan amalan sang iblis. jgn salah faham. huhu
budi bahasa budaya kita.
salam.
sahromnasrudin,
frasa berikut mungkin menjawab sedikit sebanyak :
...huh!..sape kentut nih...wanginya..."
mr kay.
terus berkarya..
zue,
agak sukar menjaga hati orang lain...
salam,
nk kene carik kesantunan lam berbahasa...
kalo sampai memuji sang iblis mmg le x patut
IP,
orang berbudi, kita berbahasa...
maiyah,
memang no patut..
diam itu lebih baik dari berkata-kata jika kata-kata tersebut adalah sesuatu yang menyakitkan pendengaran dan hati....tak gitu
perdengarkanlah sesuatu yang indah...pasti hati kan tenteram
salam cikgu
kata-kata yang tak terkawal akan menyebabkan hati terguris dan meninggalkan parut yang lama untuk hilang
zikir itu pengubat dan penenang jiwa
salam sahabat,
firman Allah
"serulah manusia ke jln rob kamu dgn hikmah dan pelajaran yg baik"
Fatonah atau bijaksana/hikmah itu sepatutnya menjadi amalan terutama dalam pertuturan seharian
** mmg ada spesies yg begini - nak jujur kononnya, sampai terlupa hati dan perasaan org
ada pro ada kontra, tp byk mudaratnya berbanding manfaat
"maka tinggalkanlah mereka dgn cara yg baik"
diam ubi....berisi cikgu khairiza...
ustaz,
benar seperti yang dikata.
semoga kita sentiasa dapat mengawal hati dan perasaan sendiri...jua orang lain....tidak semudah yang kita fikirkan...
tinta kasturi,
terima kasih atas penambahan kefahaman serta firman Allah yang diberikan.
...baik pada kita, mungkin memudaratkan yang lain, soal hati dan perasaan sukar dirungkai....
namun benar...mudah-mudahan dapat kita tinggalkan mereka secara baik dan berhikmah.
karya2 cuma part time,
belajar paling penting..huuhu
http://amadkhir.blogspot.com/
gaya bahasa ni saya tak faham....saya jenis brutal...ngeh3x...puitis sangat!
ye K, belajar betul2...
sonata,
sajeje ko nih...
ikutle kefahaman memasing..
nanti jadi lebih menarik...lebih meluas...
susah menjaga kata-kata sebenarnya.. cuma hati akal yang mendahului bisa mengawal dari melukai hati sendiri dan orang lain
iKhRam,
memang susah...kita sering mohon maaf atas segala ketelanjuran..satu pengucapan mudah namunska dimengertikan...
Kata orang,
Salah pulut, santan binasa,
Salah mulut, badan binasa.
Hati-hati bila berkata,
Susun ayat biar berpada.
terima kasih kak nora,
ayat-ayat power berhikmah, sukar digubah..
Post a Comment