MUTIARA KATA HARI INI

Monday, March 8, 2010

KEBERSIHAN CUCIAN WASHING MACHINE DIRAGUKAN


Teringat cerita ketika Pak Dollah (orang tua kampong) telah kembali ke rahmatullah (17 April 2009). Al Fatihah khas buat allahyarham. Saya turut menziarahinya.

Ketika menanti jenazah diuruskan...seperti biasa, ramai yang bersembang - bertanya khabar serta berbual mengenai pelbagai isu. Saya duduk bersama kumpulan Pak Aji Mat dengan Pak Aji Saie. Mereka berdua 'bertengkar' mengenai masalah kebersihan pakaian yang dicuci dengan "washing machine".

Aji Mat kata pakaian yang dicuci itu bersih dan boleh dipakai bawak sembahyang. Aji Saie kata pakaian itu tidak benar-benar bersih. Mereka berdua lantas menoleh kepadaku untuk meminta pendapatku. "Ce tanye cikgu tu....camane...bersih ke tak...?"

Aku cuba bercerita berdasarkan pengalaman....

Pakaian tu bersih dan berbau harum apabila selesai dicuci... kataku. Pak Aji boleh pilih untuk cucian otomatik sepenuhnya atau cucian 'manual'. Kita yang kawal mesen tu... Bila pusingan pertama cucian tamat... air akan di buang dan kemudian di ganti dengan air baru...air bersih.

"...Ha..tula tak caya kata Aji Mat. Pastu air bersih bilasan terakhir akan diganti pula sebelum di 'spin' untuk dijemur...kan gitu cikgu??? Bersih ke tak bersih???...", tanya Aji Mat kepada Aji Saie.

Aji Saie tak puas hati. Kasihan aku melihatnya. Aku meneruskan cerita...

"Sebenonya orang yang 'canggih' yang tahu kebersihan, memang tak mengakui kebersihan cucian dari mesen basuh ni... kataku. Ini kerana apabila berada di tahap terakhir cucian mesen, air 'bersih' itu akan di 'gerodak' - diulang-ulang menjadikannya air yang tidak mutlak lagi, yakni air yang sudah digunakan berulang kali... - bukan 'air lalu'. Ini yang Pak Aji Saie ragukan kataku sambil memandang kepada Aji Saie.

Aji Saie nampak gembira. Betul tu cikgu katanya...

Aku menyambung lagi...kita bukan tak boleh guna mesen tu.....boleh.... bila peringkat terakhir...gunalah 'air lalu' kataku.


Aku teringat pada arwah ayah....dia mencuci semua pakaiannya sendiri. Dia membilas dengan 'air lalu' pada semua pakaian yang dicucinya. Apabila menyidai di ampaian ayah akan terlebih dahulu mencuci dawai ampaian tersebut. Aku tengok je...ade taik burung kat dawai penyidai ni... kata ayah. Aku tak nampak pulak taik burung tuh.....

Al-fatihah jua buat arwah ayah...

18 comments:

sahromnasrudin March 8, 2010 at 7:13 PM  

sy pernah terbaca kenyataan seorang ulama (luper plak nama dia)..dia mmg kater bersih dan bole buat solat..yg penting, kiter kne yakin..biler dh was-was..mende yg halal leh jd haram tp mende yg haram, takkan leh jd halal..
p/s : matlamat tidak boleh menghalalkan cara

ustaz eds March 8, 2010 at 7:20 PM  

salam, cikgu..
al-fatihah untuk arwah ayah cikgu
sebetulnya yang kita tak dapat sangkal, apa-apa pun yang asli itu lah yang terbaik....namun oleh kerana peredaran zaman, dah semua pakai mesin basuh...terpaksalah kita pun pakai...macam kata sahrom...kita yakin insyaAllah...

ahmad humairi March 8, 2010 at 7:33 PM  

sahromnasrudin,
ianya berkaitan dengan bab-bab air serta keyakinan kita....tahap keimanan seseorang juga berbeza...wallahualam.

ahmad humairi March 8, 2010 at 7:36 PM  

terima kasih ustaz,
insyaAllah..kisah dan teladan ini sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan kefahaman kita terhadap kebersihan pakaian kita , insyaAllah.

tinta kasturi March 8, 2010 at 7:41 PM  

salam cikgu,

buat yang terbaik adalah yang terbaik..

cuma elakkan pembaziran

ahmad humairi March 8, 2010 at 7:58 PM  

benar tinta kasturi,

membazir adalah saudara syaitan...

mesin basuh adalah baik..jadikannya lebih baik lagi, insyaAllah.

~Ikut Rentak Jari~ March 9, 2010 at 4:22 AM  

salam cikgu ...

yang penting kita yakin akan kesucian dan kebersihannya ..

kalo ragu dan was-was .. jangan gunakan ..

ahmad humairi March 9, 2010 at 5:13 AM  

ceguLin,

boleh guna washing machine tu...
..air bersih kena bilas beberapa kali sampai tahap tiada was-was lagi..

ahmad humairi March 9, 2010 at 4:52 PM  

maiyah,
was-was bisikan syaitan...jangan dilayan!

insan pendidik March 9, 2010 at 5:50 PM  

salam,

kebersihan itu sebahagian daripada iman kite...

ahmad humairi March 9, 2010 at 7:49 PM  

IP,
begitulah hadis nabi...

Ayub Khalid March 9, 2010 at 8:06 PM  

salam,

dlam hal,,kalau ikut ayah sya,,dia akan bilas dgan air lalu dhulu sblum dikeringkan.....
bila baca post ni,,mmg tringat kmbali cara2 cuci baju jt rumah.....skang kt hostel gune washing machine je,,xsmpat nk bilas blik....
sbb nya bnda tu ad 3 pringkat,,bfore drying process.....
oleh itu,,sya yakin la baju2 tu dh brsih.....

ahmad humairi March 9, 2010 at 8:24 PM  

Ayub Khalid,

Kalau guna pusingan ekonomik (pada sesetengah mesen) dia hanya drain sekali, pastu bilas sekali...mungkin yang ni agak meragukan. Kalau dah bilas 2 atau 3 kali...ini dah kira bersih dah. Nak ok lagi...masa step yang last sekali tu jangan biarkan mesen 'berpusing dan mengulangi air yang sama' sebelum draining dan spin.
wallahualam.

zue March 9, 2010 at 11:03 PM  

smpai skrg ayah sy sanggup basuh baju sendiri dgn tgn sbb dia kata mesin tu x bersih.

ahmad humairi March 9, 2010 at 11:31 PM  

zue,

begitulah 'tarbiah' yang mereka terima, kita mengaguminya..

Temuk March 14, 2010 at 9:21 AM  

Salam Cikgu Humairi
Boleh dijangkakan sebahagian besar orang Islam di seluruh dunia menggunakan mesin basuh. Jadi sama ada dianggap suci atau tidak hasil basuhan mesin perlu jelas dan penting kpd kita. Agaknya adakah rakan-rakan bloggers kita yg pernah terbaca kalau-kalau di Malaysia telah pernah ada fatwa mengenai penggunaan mesin basuh ini.

ahmad humairi March 15, 2010 at 6:55 PM  

salam kembali Abang Temuk,

Tiada salahnya mesen basuh tu, cuma kefahaman kita mengenai bab-bab air - air mutlak, air musta'amal dan air muttanajis itu yang perlu jelas...

jika ada fatwa, silakan, bolehlah kita kongsi bersama.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP