TERBANG KE BULAN
kuingin terbang jauh, sayup
tinggi sampai ke bulan.
di dingin malam ini,
gerimis mengapas halus
bak salju,
dan bulan menampakkan cahaya
aku nampak olah
di koloniku
yang juga tekad bersama
terbang tinggi sampai ke bulan
terbanglah bersama.
kini berpusing mengorbit bulan.
laron di neon,
bak bulan di kumpuan retina laron.
hangat neon,
membakar sayap laron.
laron bertaburan bersama sayap-sayap lekang
di lantai nan tiris.
Klik pada gambar Kamus Dewan di sebelah bagi mencari makna perkataan berwarna merah
5 comments:
mengapa mahu terbang ke bulan...
terbang jangan seorang. bawa teman, mungkin boleh menggantikan kepak yang kejang akibat jauh perjalanan menggapai bulan. ;)
org melayu nak terbang ke bulan tak perlu guna NASA...
salam semua,
tinta kasturi,
semua makhluk mempunyai cita-cita tinggi dan kadang-kala tak tercapai...
abdul fatah,
kepak bukan saja kejang, malah patah dan memakan masa untuk tumbuh dan terbang semula.
silbi abigil,
heh3x, ayam jalak dah pun sampai ke bulan - berkokok setiap kali terbit fajar...
wah indahnye.....bulan itu cita2 setiap yg mengerti..dan sy jg turut bercita2
Post a Comment