MUTIARA KATA HARI INI

Sunday, September 27, 2009

RAYA HARI KE 9

Malam dah hampir pukul sepuluh. Lampu kelip-kelip aidilfitri yang mengalu-alukan tetamu ke rumahku sudahpun kumatikan. Rumahku kian suram. Aku belum tidur lagi kerana hendak menyiapkan muzik untuk pertandingan nasyid Taska Islam Daerah Kampong Gajah yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

Tiba-tiba je terdengar pintu pagar rumahku di selak. Tak sempat aku meninjau, terdengar pulak pintu rumah diketuk bertalu-talu...macam ada kecemasan je. Tebayang wajah Ardy yang dalam perjalanan pulang ke Raub , Pahang. Ah.... anak aku baru je hantar mesej yang dia dah pun selamat sampai ke rumah...ni emergency apa plak nie... bisik hatiku berdebar.

Aku meluru ke arah pintu yang diketuk bertalu-talu dengan dada yang bagai nak pecah dek degupan jantung ... dag, dig... dug!!!

Eh!!??
Pak Ya!!!
Masuk, masuk....
mana Kak Zah??
ha...kak Zah, meh masuk....pelawaku.

Aku yang tak berbaju terus meluru masuk kebilik untuk memakai baju longgar bagi menutup tubuh yang semakin kurus ini...

Hari ini dah pun masuk hari yang ke sembilan hari raya Aidilfitri. Itulah kunjungan dari warga lama SK Tok Pelita - Pak Ya and family dengan isteri, 3 orang anak beserta seorang cucunya yang sudah menjangkau umur setahun.

Isteriku...penat lamanya masih belum pulih hundered percent, yang berkira-kira nak berehat...terpaksa layan....

Pak Ya kalau datang bukan dengan tangan kosong...ade je buah tangan yang dibawanya. Malam tadi selambak buah mempelam harumanis masak dibawanya. Kalau tak lalu makan, panjang-panjangkanle....., pesan Pak Ya.

Aku sebenarnya dah nak tutup akaun...tapi malam tadi terpaksa bukak balik sebab nak kasi duit raya kat anak-anak dan cucu Pak Ya tuh.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KE SEMBILAN.

6 comments:

al-basri September 27, 2009 at 10:53 PM  

selamat dan salam buat cikgu
semoga tak terlalu ketinggalan ni,
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...
semoga sejahtera sentiasa.

Anonymous,  September 28, 2009 at 2:11 AM  

Minal Aidzin Wal faidzin....!!
Mohon Maaf lahir dan Batin...

kuina September 29, 2009 at 2:42 AM  

sy datang beraya nie..
nak duit raya gak...
ngeh3x..

pecinta_Islam September 29, 2009 at 2:49 AM  

selamat hr rye cikgu..muga sihat2 sentiasa
:)

Rizkyzone September 29, 2009 at 4:18 AM  

lebaran dah habis tapi bulan syawal satu bulan, munal aidin wal faizin maaf lahir dan batin

ahmad humairi September 29, 2009 at 6:29 AM  

Salam,
selamat lebaran juga buat anda semua - al-basri, kibagus, kuina, syahbandar, Rizky2009, semoga sukses selalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP