SPECIAL RAYA CARD
Dah lebih lapan tahun aku tidak menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sanak saudara dan kawan-kawan. Aku hantarkan ucapan-ucapan ini melalui SMS dan e-mel, namun kad terus aku terima dan jumlahnya berkurang dari tahun ke tahun.
Setakat cerita ini ditulis, aku baru menerima dua keping kad raya. Satu di alamat sekolah (seperti dalam gambar) dan satu lagi di alamat rumah.
Entah ape mimpinya...Cikgu Naziruddin Hambali bagi kad kat aku. Dia sangat kamcing dengan aku.
Masa dia jadi Penolong Kanan Pentadbiran, aku guru biasa. Kini dah jadi Guru Besar, aku jadi PK dia plak di SK Tok Pelita. Lama juga kami bersama.
Masa bersama, banyak keje yang kami buat bersama-sama. Pantang ada dinding kosong kat sekolah, kami contengkan mural. Tingkat yang tinggi tetap kami capai. Bila dah siap...tengok dari jauh... Fulamak!! lawalah. Bukan aku sorang yang kata, yang lain pun cakap camtu. Cikgu Naziruddin bagi aku markah tertinggi dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan mengalahkan cikgu-cikgu senior yang lain.
Bila ada function kat sekolah (Hari Ucapan, Sukan, Merdeka, dll), akule yang teruk menyiapkan persembahan. Peel dia ni pun satu - bila buat persembahan atau sambutan, kena grand - tak mau hancai je. Bila suatu hari, dia ambik 'pemuzik luar' dalam satu acara sambutan, terasa jugak dalam hatiku nak memboikotnya... Apa boleh buat, aku cuma menurut perintah.
SK Tok Pelita, terletak dalam kawasan Kompleks Sejarah Pasir Salak. Memang teruk terlibat dengan majlis anjuran Daerah. Yang jadi mangsa, pihak sekolah. Kena buat kain rentang sambutan, buat drama, buat koir dan macam-macam aznillah.... Muke inilah yang kena jadi headnya.
Cikgu, kadmu membawa seribu satu macam nostalgia. Terima kasih cikgu. Kad cikgu dah aku lekatkan di pintu masuk bilikku di sekolah menjadikan aku sentiasa mengimbau kenangan lalu.
Selamat Hari Raya khas buat Cikgu dan semua pengunjung. Maaf Zahir dan Batin dan maaf atas segala-galanya.
5 comments:
Salam,
Benar cikgu, sekeping kad akan mengimbau pelbagai kenangan silam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
selamat hari raya :D
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
*Tiada kesalahan yang sengaja dilakukan dan tiada kesalahan yang tak dapat di maafkan.
salam i'd fitri
ziarah sebelum raya
ya lah cikgu..jaman skrg nie kn dh cggih mggih...org dh lupa kad2 raya nie...sms main forward dgn sms ja..keh3
Post a Comment