MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, September 10, 2009

DUA DUNIA



malam kita bermimpi
di mana di dunia sebaliknya
rawi mentari tersenyum

tika dan detik itu
makhluk lena dibuai

makluk leka di waktu sedar



malaikat berkunjung ke dunia makhluk

di gelita malam

di benderang siang

dan

yogia kita sedar

siang

apa lagi malam


andai kau turun di malam hari di dunia sebelah
sedarkan aku di dunia aku
yang siang ini

7 comments:

maiyah September 11, 2009 at 5:07 AM  

salam.. mudah mudahan :)

Abdul.Fatah.Firdaus September 13, 2009 at 10:12 AM  

andai kau turun di malam hari di dunia sebelah, sedarkan aku di dunia aku yg siang ini.

berbekas ayat ni. seronok ulang baca2. ;)

lama tak jalan2 perak. khir dah kat terengganu. lama tak jumpa dia. hm

ahmad humairi September 13, 2009 at 5:45 PM  

salam buat maiyah, muhammad faiz,fatah dan syahbandar,

maiyah,
mudah-mudahan...diri sendiri akan merasainya...

muhammad faiz,
saya ingin berkawan dengan semua..namun tetap ada musuh.

fatah,
isy... ayat kamu lagi power...
kalo terbang, hinggap lagi dilaman pakcik.

masa kecik dulu saya pernah fikir dan tanya bapa...lailatulqadar tu turun waktu malam aje ke kat dunia ini?,..kalo camtu, dia turun 2 kalile sebab ada siang dan malam...kat sini malam...pastu kat luar negara siang...kan???

syah,
insyaAllah, mudah-mudahan ramadan tahun ini ada perbezaan peningkatan iman dari tahun lepas. Kalau serupa je...atau lebih teruk, maknenye 'lailatulqadar' belum berkunjung dalam diri...

abuyon September 15, 2009 at 3:52 PM  

salam cikgu,

Mari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam

Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya

p/s: nak duit raya pakcik yi ..
pinta anak-anakku ..hehe

Abdul.Fatah.Firdaus September 15, 2009 at 9:24 PM  

insyaAllah. haha. mana power la. merapu rapu je tu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP