MUTIARA KATA HARI INI

Monday, September 21, 2009

LAMBAIAN KEMENANGAN

Allahuakbar....
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Besar
Allahuakbar walillahilhamd.

Ucapkanlah bait-bait kemenangan ini
Laungkanlah gema takbir ini
Kerana kita telah berjaya melaluinya
Bukan calak menang berhitung

Pejam celik pejam celik
pantas masa berlalu
Andai pejam tak celik lagi
Ucapan kemenangan ini
Tetap terpahat di sini.

6 comments:

maiyah September 22, 2009 at 2:52 AM  

Salam lebaran.. moga sentiasa celik dlm segalanya :D

imanshah September 22, 2009 at 3:30 AM  

Semoga Aidilfitri tahun ini, bukan terakhir buat kita

ahmad humairi September 22, 2009 at 5:28 AM  

salam maiyah,
insyaAllah doamu mencelikkan lagi hati ini.

salam imanshah,
kita semua mengharapkan agar panjang umur dan bertemu beberapa kali lagi di aidilfitri yang mendatang, insyaAllah!

insan pendidik September 22, 2009 at 8:09 AM  

Salam,

Bersyukur kerana kita dapat melalui Ramadan ini. Kesayuan juga Ramadan dah berlalu. Moga Ramadan ini juga menjadikan kita lebih beramal taqwa. Insya'Allah.

Batara Guru September 22, 2009 at 8:11 PM  

Bersama-sama kita nikmati kejayaan ini dengan penuh kesyukuran.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP