SUATU KETIKA, SATU CERITA
Kelas yang tadinya bercempera kerana tiada guru, kini menjadi senyap dan sunyi. Baru sebentar tadi Pelajaran Sivik Dan Kewarganegaraan berakhir. Di papan putih masih terpampang nama-nama Parti Politik di Malaysia yang baru dipelajari. Kini giliran cikgu Bahasa pula memulakan proses Pengajaran dan Pembelajarannya. Agak garang cikgunya...
Selamat pagi cikgu.
(Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Apa, petang dan malam, saya tak selamat ke?
Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Isyy..panjang sangat!! Tak pernah dibuat orang!!! Katalah selamat sejahtera. Senang dan penuh bermakna.
Selamat sejahtera cikgu!
Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang antonim - iaitu perkataan berlawanan dan kamu perlu menjawab dengan pantas. Faham!?
Faham cikgu.
Saya tak mahu sebarang gangguan.
*****
- senyap -
Pandai!
Bodoh!
Tinggi!
Rendah!
Jauh!
Dekat!
Berjaya!
USNO! (Parti Politik Sabah)
Salah!
Betul!
Bukan!
Ya!
Oh Tuhan!
Ya Hamba!
Dengar sini!
Jangan dengar sana!
Diam!
Bising!
Itu bukan jawapannya!
Ini ialah jawapannya!
Mati aku!
Hidup kami!
Rotan baru tahu!
Akar tak tahu!
Malas saya ajar kamu!
Rajin kami belajar cikgu!
Cukup!, Cukup!
Kurang! Kurang!
Sudah! Sudah!
Belum! Belum!
Habis aku!
Kekal kami!
OK pelajaran habis!
KO pelajaran bermula!
Sudah!
Belum!
Berdiri!
Duduk!
Saya kata USNO salah!
Kami dengar BERJAYA betul!
Rosak!
Baik!
Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Kami semua dilepaskan pagi hari itu!
****
senyap
Cikgu mengambil buku-bukunya lalu keluar dari kelas. Murid lega dan rasa amat bangga kerana semua soalan cikgu tadi dapat dijawab senada dan serentak!
2 comments:
kihkihkih...OK jugak budak-budak tu ya cikgu...sehingga cikgunya KO!...kahkahkah...
salam cpj,
bebudak sekarang...baru darjah empat tu.....
Post a Comment