MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, July 30, 2009

GENRE DARI PANGKOR




Khas buat Cikgu Mat Daud bin Dahari, Sek De La Salle

mengantuk
lalu muka kulekapkan ke meja
di majlis wacana ini, bagai tiada apa
di kamar yang selesa di mata
tidak serupa selesanya di minda
kerana setiap jam dilalui sampai ke pagi
aku terjaga
teringat orang di sayang tiada di sisi

mesej masuk mengejutkan aku
tit-tit...bzzzz... dalam mood gegar
penceramah terus berkata-kata tanpa mempedulikan
nada-nada dering berserakan

jari jemariku pantas menari, molompat papan kekunci
mesej datang dan pergi
aku tak ngantuk lagi
tit-tit...bzzzz... bergegar berselang-seli
ilmu dicari lari
hilang ditelusuri detik, nada dan melodi...

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 20, 2009

LOGO MERDEKA



1976 - KETAHANAN RAKYAT
1977 - BERSATU MAJU
1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
1979 - BERSATU BERDISIPLIN
1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
1987 - SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
1988 - BERSATU
1989 - BERSATU
1990 - BERJATA
1991 - WAWASAN 2020
1992 - WAWASAN ASAS KEMAJUAN
1993 - BERSATU MENUJU WAWASAN
1994 - NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
1995 - JATIDIRI PENGGERAK WAWASAN
1996 - BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
1997 - AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
1998 - NEGARA KITA TANGGUNG JAWAB KITA
1999 - BERSATU KE ALAF BARU
2000 - 2006 - KERANAMU MALAYSIA
2007 - MALAYSIAKU GEMILANG
2008 - PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
2009 - SATU MALAYSIA

.....apa lagi.....jom conteng kat dinding sekolah yang kosong tuh!!...ataupun boleh buat peraduan melukis logo hari kebangsaan malaysia..buat kain rentang...pastu gantung sana-sini sempena bulan kemerdekaan nih...!!!

Baca selanjutnya Kisahku...

CERITA TAK MENARIK



cerita dah tak menarik lagi
pasal mu lawan malaysia
kalah memang dah diduga
tapi kalah tipis gak 2-0
kalah tetap kalah
walaupun 1/2 - 0...
adeke????



semua orang respek team malaysia smlm..
even x menang..tapi semangat tu..hebat la..

sekarang sume puji team malaysia..
pasni...menang kena angkat, kalau kalah..
sah kene kutuk!

malaysia boleh!
malaysia boleh!!
malaysia boleh!!!
(....kang ada yang jawab boleh b***h)

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, July 17, 2009

MY STORY 2



Kat atas tu ada 2 keping siling satu sen yang aku jumpe masa aku main nyorok-nyorok dengan abang dan kakak aku masa kecil-kecil dulu.... Aku nyorok kat bawah katil, sambil tu cuba masuk dalam beg kotak yang ade kat situ..tak muat..tapi aku terjumpe satu buntil duit siling tu..wah ada kat 100 keping...tapi mase tu dah tak laku lagi.

Lepas main aku tanya mak...aku nak main dengan duit tu...mak pun let go je.. Kata mak dulu satu duit tu boleh beli satu keropok sebesar pinggan dan di dalamnya diisi dengan bihun goreng lagi..... campur telur dan sambai ikan bilis... isyy..beso nililainya satu sen tuh!!!

Kini duit tu masih dalam koleksi aku..tapi tinggal 10 kepingje...

Cerita pasai ke teluk intan tempoh hari....
Dah sampai...yang paling aku seronok bila ayah uda beli ais kepal..harganya 5 sen sekepal sebesar saiz bola takraw. Di atasnya taruh air gula berwarna merah..taruh atas kertas surat khabar. Sejuk atau bocor...kira tanggung sendiri... srup, srup.. aku cepat menghabiskannya.

Masa time nak balik - nasib malang....polis tahan ayah uda. Ayah uda disabit kesalahan menunggang basikal berdua. Fight kat mahkamah.

Masa dalam court, ayah uda bawa aku bersama dengan anaknya. Kami bertiga. Bila pertuduhan dibacakan..ayah uda steady je.

'....Kamu didapati bersalah kerana menunggang basikal berdua....", mengaku salah atau tidak?

Ayah uda menjawab, "Saya tidak bersalah, saya tidak menunggang berdua....tapi tige...nia dia saksinye..", sambil menunjuk ke arahku..

Ayah uda dilepaskan kesnya.. sebab statement pertuduhan telah bercanggah...

Baca selanjutnya Kisahku...

KOLEKSI SAYA

Ni dia koleksi saya (sebahagiannya yang sempat disnapkan gambarnya).
Khas buat sesiapa yang berminat. Saya rasa sayang jugak nak dipindahkan ke tuan yang baru...tapi rasanya saya boleh harapkan seseorang untuk terus mewarisinya dan menjaganya dengan baik. Anak-anak? Nampaknya mereka tak berminat langsung....
Ada setem Malaya dan Malaysia...
Koleksi duit siling...
Sampul surat hari pertama....
dan wang kertas....

Baca selanjutnya Kisahku...

Tuesday, July 14, 2009

MY STORY


Personal Stories Beyond The Call Of Daily Life

Waktu itu aku tak ingat tahun yang tepat. Yang aku ingat aku ke bendang kampung mak saudara aku di Parit 9 kat Sungai manik, naik bas tambang dengan mak bapak yang berulang alik tripnya dari Ipoh ke Telok Anson. Sekarang dah tak ada trip tu lagi sebab semua orang dah ada kereta ataupun at least motosikal. Telok Anson pun kini dah tukar namanya kepada Teluk Intan. Ingat tak Menara Condong tu. Masa tu aku dah naik ke tingkat atas menara tersebut. Meriahnya jualan di situ..tapi masa tu menara tersebut masih tegak straight!

Hari itu ada kenduri kat rumah Ayah Uda aku. Sibukle kenduri kendara. Kat tepi ban aku memancut...dan ditegur oleh Wan Siah...O Meri!!...buat apa??, dengan nada yang berlagu. Selamba aku jawab...buat kencing.... Haa..pastu jadi modal demele sekarang menyakat aku.

Aku pergile tolong kumpulan tu mengopek kerang... bukannya banyak dikopek...tapi banyak yang masuk ke mulut aku. Hish...Meri tengok tu....banyak taik kat kerang tuh...itu yang kamu lantak????, larang mereka. Sejak itu aku tak makan kerang lagi...

Ayah Uda nak pegi Telok Anson. Aku menggatal nak ikut. Ayah Uda pun layan ... Aku bertenggek di palang basikal tua nya dan di belakang sepupu aku ikut duduk kat lenteng.

To be continued......

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, July 10, 2009

TAHNIAH


Tahniah
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di atas pucuk pimpinan anda untuk 100 hari.

Malaysia telah melakar satu detik bersejarah - implementasi konsep 1Malaysia.

1Malaysia memupuk semangat untuk menjana kejayaan kita sebagai seorang insan dan juga sebuah negara. Pada masa akan datang negara ini pasti akan mencapai prestij dan prestasi yang lebih cemerlang. Dengan itu marilah kita bersama-sama meraikan kegemilangan 100 hari pertama bersama Perdana Menteri Malaysia.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, July 6, 2009

MEI 1969


Tahun 1969.
Ketika itu umur sudah menjangkau 9 tahun.
Berada di darjah 3 SK Sungai Galah.
Poster ditampal di sini sana.
Hinggakan di pangkal pokok nangka di depan rumah pun mereka tampal.

Ada gambar kapal layar, gambar roket dan kulit kerang.
Aku dengan kawan-kawan pergi koyakkan poster-poster tersebut.
Bebudak...
Manalah tahu peraturan dan undang-undang

Esok lusanya riuh-rendah suara...
Hooi.... kapal layar sudah tenggelam!!! roket sudah naik!!!!

Berlaku perintah berkurung.
Suatu malam aku bertandang ke rumah kakak di sebelah.
Nak tengok tv.
Ada 'askar' berkawal dan dia cuba menyorok bila melihat aku keluar.

Bebudak....
Tak tau apa sangat ketika itu
Tak takut kene tembak ke!!?? kata ayah.
Aku dah lupa...
Aku takut ke tidak waktu itu...

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, July 5, 2009

RUKUNEGARA






Saya dah menghafalnya ketika saya berada di darjah 4. Bukan setakat yang 5 rukun tu...tapi keseluruhan falsafahnya. Cikgu kata sesiapa yang menghafalnya akan diberi hadiah. Saya membacanya di hadapan perhimpunan sekolah dengan bangganya..tapi...hadiah cikgu tak bagipun!!!

Namun yang lima itu tetap menjadi amalan sehingga kini.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, July 4, 2009

MERDEKA!!!

SATU MALAYSIA..... LOGO HARI KEBANGSAAN MALAYSIA YANG KE 52. SENANGJE NAK LUKIS KAN?? UNTUK LOGO-LOGO HARI KEBANGSAAN TAHUN-TAHUN YANG SEBELUMNYA, BOLEHLA LAYARI http://ahmadhumairi.blogspot.com. CEPAT!! BLOG INI SEMAKIN SAYA TINGGALKAN..PASTU NAK PADAM TERUS.

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, July 2, 2009

MELODI INDAH


lama kuberpusing di tepian galaksi
yang belengkok berseni
terperasan aku
rupanya diri tak setinggi mana
lantas aku turun dari galaksi
menari-nari di tepian
sambil menatap muka depan akhbar hari ini
ahh... bertelagah lagi pemimpin
semua cakap dia dibetulkan
yang salah jadi tepat
namun kebenaran tersingkap

kucampak akhbar
ditarik graviti mentari
terbakar, hangus, hilang
berhenti menari, dahaga sebentar
rehat di tepi kali yang punca airnya makin kering dan tandus

hari ini aku seorang sendiri
kaki menemani kaki dan badan menemani badan
aku mencari pokok
aku bersandar di bawah rimbunan hijau dedaunnya
kepala dan badan kusandar terus ke batang pokok
tiada buah, cuma daun hijau-kuning pucuk pisang
pembesar suara bersaiz telinga kusumbat ke dalam telinga
kedua belah telah tersumbat
lagu beralun kupasang
tenang dan melapangkan
kubiarkan melodi indah itu menyeret aku ke alam lain

alam yang jauh berlapis-lapis
aku akhirnya hilang lagi
hilang dalam melodi indah mengasyikkan
sedarkah aku..

from "melodi memuji" @ http://ismiaku.blogspot.com

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, July 1, 2009

SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA


Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.

Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.

Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber di mana segelintir masyarakat kini mempamerkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.

Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.

Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.

Komuniti Demi Negara.

SUMBER : BLOG DEMI NEGARA

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP