MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, July 2, 2009

MELODI INDAH


lama kuberpusing di tepian galaksi
yang belengkok berseni
terperasan aku
rupanya diri tak setinggi mana
lantas aku turun dari galaksi
menari-nari di tepian
sambil menatap muka depan akhbar hari ini
ahh... bertelagah lagi pemimpin
semua cakap dia dibetulkan
yang salah jadi tepat
namun kebenaran tersingkap

kucampak akhbar
ditarik graviti mentari
terbakar, hangus, hilang
berhenti menari, dahaga sebentar
rehat di tepi kali yang punca airnya makin kering dan tandus

hari ini aku seorang sendiri
kaki menemani kaki dan badan menemani badan
aku mencari pokok
aku bersandar di bawah rimbunan hijau dedaunnya
kepala dan badan kusandar terus ke batang pokok
tiada buah, cuma daun hijau-kuning pucuk pisang
pembesar suara bersaiz telinga kusumbat ke dalam telinga
kedua belah telah tersumbat
lagu beralun kupasang
tenang dan melapangkan
kubiarkan melodi indah itu menyeret aku ke alam lain

alam yang jauh berlapis-lapis
aku akhirnya hilang lagi
hilang dalam melodi indah mengasyikkan
sedarkah aku..

from "melodi memuji" @ http://ismiaku.blogspot.com

5 comments:

iqbalsyarie July 2, 2009 at 8:30 PM  

best la cikgu~tapi nape cikgu letak gmba powerpuff girl?hehehe

ahmad humairi July 2, 2009 at 9:54 PM  

Iqbalsyarie...sbbdia dari galaksi yang lain..

Anonymous,  July 5, 2009 at 9:02 AM  

cikgu, macam pernah terbaca hasil tulisan ni.

ahmad humairi July 5, 2009 at 7:17 PM  

ini ko yang punya..ko yang tulis kan.
maafkan pakcik sebab x bagi kredit kat hang f***h kan???

Abdul.Fatah.Firdaus July 5, 2009 at 10:11 PM  

hehe. takpe2. cuma terkejut je. haa. itulah namanya, yang datang rumah pakcik,bakar2 ikan ngan khir, menjala. macam2

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP