MUTIARA KATA HARI INI

Friday, July 10, 2009

TAHNIAH


Tahniah
YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di atas pucuk pimpinan anda untuk 100 hari.

Malaysia telah melakar satu detik bersejarah - implementasi konsep 1Malaysia.

1Malaysia memupuk semangat untuk menjana kejayaan kita sebagai seorang insan dan juga sebuah negara. Pada masa akan datang negara ini pasti akan mencapai prestij dan prestasi yang lebih cemerlang. Dengan itu marilah kita bersama-sama meraikan kegemilangan 100 hari pertama bersama Perdana Menteri Malaysia.

4 comments:

Kejadah 1Malaysia,  July 11, 2009 at 1:25 AM  

1 Malaysia... kerajaan tipu.. jika benar 1Malaysia.. kenapa kami cikgu khususnya dan semua penjawat awam yang bertugas di sarawak kena pakai passport bila nak masuk sarawak.. kena cop passport.. macam INDON & Bangla plok kami nih.. kemana 1Malaysia tu??? tipu!!!

mantan July 11, 2009 at 1:49 AM  


Sebagus mana sekalipun YAB PM menerajui negara, akan tetap ada orang yang memberi tentangan. Akan tetap ada yang tidak berpuashati.

Pihak pembangkang ni, memang kerja dia, tak ada sesuatu pun yang dilihat sebagai baik.

Jika ada sesuatu yang mereka tak berpuashati, maka seratus kebaikan yang lain tidak akan dihargai.

Begitulah cara pemikiran generasi kini. Mereka hilang pertimbangan kerana taksub dengan sokongan kepada politik kepartian.

CIKGU NAMAN July 11, 2009 at 7:37 AM  

ADA TYPO SKET CIKGU..bajib

ahmad humairi July 11, 2009 at 8:11 PM  

Terima kasih kepada yang respon:

Kejadah 1Malaysia,
Itulah prosedur yang kita kena patuhi. Kerajaan 1Malaysia tak tipu, sebaliknya kitalah yang menipu jika prosedur tersebut tidak dipatuhi.

mantan,
Jawapan saya sama seperti komen saya dalam posting anda - SETUJU/TIDAK SETUHU tuh. Kitak tida seharusnya terjebak dalam perkara BETUL / SALAH sesebuah idea. Sungguh indah ciptaan tuhan ini....

n@m@n,
Terima kasih n@m@n...tersilap taip daa..!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP