SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA
Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.
Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.
Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber di mana segelintir masyarakat kini mempamerkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.
Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.
Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.
Komuniti Demi Negara.
SUMBER : BLOG DEMI NEGARA
4 comments:
Cikgu Myri,
Benarlah, salah satu punca kebobrokan pemikiran dan tingkahlaku dalam kalangan sesetengah warga Malaysia terhasil daripada sistem pendidikan Vernakular itu.
Hal ini sudah mendesak dan harus ditanangani dengan pintar, tegas dan segera.
Anehnya, ada juga segelintir dalam kalangan masyarakat kita, yang sepatutnya mempertahankan kedaulatan negara bangsa, terikut-ikut juga akan perilaku 'orang-orang yang tidak "menjunjung langit di bumi yang dipijak" ini'.
Kepala kita seakan sudah dipijak-pijak.
Pensyarah saya pernah menceritakan tentang 'kurang ajarnya' segelintir rakyat Malaysia memperlekeh negaranya ketika beliau belajar di luar negara....ni lahir dari sistem itulah kot Mantan...
Salam Sejahtera Tuan/Puan,
Kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) berterima kasih kerana memuatkan sesuatu berkenaan dengan logo SSS di artikel Tuan/Puan. Kami menganggapnya sebagai suatu tanda sokongan.
Kami berharap sudilah kiranya Tuan/Punya memaparkan logo SSS ini di laman Tuan/Puan kerana kami berharap untuk menyenaraikan laman citra Tuan/Puan di senarai e-Patriot kami.
Kami sedang mengemaskinikan senarai e-Patriot kami dan berharap Tuan/Puan dapat menghubungi kami dengan meninggalkan catatan di laman SSS (halaman e-Patriot), sekiranya Tuan/Puan memaparkan logo SSS di laman citra Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
"SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA"
Admin SSS
Post a Comment