TIGA ABDUL
Al kisah ada seorang ibu dengan tiga menantu daripada perkahwinan ketiga-tiga puterinya yang cantik. Si ibu mentua ingin tahu adakah ketiga-tiga menantunya itu sayang kepada mentua atau cuma anaknya sahaja.
Lalu dia memutuskan untuk menguji mereka secara perseorangan. Suatu hari dia mengajak menantu yang pertama naik perahu bermotor ke tengah laut.
Di sana, dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam laut. Si menantu, tanpa berfikir panjang terus terjun menyelamatkan ibu mentuanya.
Esoknya ketika keluar rumah, si menantu pertama melihat kereta Nissan Grand Livina diletakkan di hadapan rumah dan sehelai kertas bertulis : "Dari ibu mentuamu".
Giliran menantu kedua pula diajak ke tengah laut. Sekali lagi si mentua berpura-pura terjatuh dari perahu. Menantu kedua terus terjun menyelamatkan mentua tercinta.
Esoknya di depan rumah, menantu kedua melihat Toyota Alphard dengan sehelai kertas tercatat tulisan : "dari ibu mentuamu".
Kini giliran menantu ketiga (agak cerdik orangnya dan selalu mengambil tindakan lain dari orang lain) diajak ke tengah laut. Si mentua kembali mengambil tindakan terjun ke laut. Tetapi malang, kali ini si menantu bercekak pinggang memandang ibu mentuanya yang tercungap-cungap di dalam air.
Dia berkata, "Rasakan!!!", sambil memusingkan perahunya ke daratan.
Esoknya ketika menantu ketiga itu bangun, di hadapan rumahnya kelihatan Mercedes S-Class terbaru bersama sekeping nota tertulis : "Daripada ayah mentuamu".
14 comments:
kahkahkahkahkahkah
memag kelakar....
besh kalau dapat ibu mertua mcam tu
jangan marah....nanti kena jual!!!!
kena tuka la pulak...
jangan marah...nanti kena buang dalam laut!!!!
hu hu..
gelak ingkak
ini lawak versi terkini
petang jadi berseri..
:)
ha ha ha ada-ada saja! Menghibur sekali! tapi kasian ibu mertua, tak baik itu mantu walaupun dalam mimpi....ha ha ha ha ha!
kah..kah..kah.....
si ayah dah lama kena 'gari' rupenye..
salam dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/
salam perkenalan dari kami...
kami dah baca story 3 Abdul tu...
ade ibu mertua ku dan bapa mertua ku...
jangan marah ye... walau pun cerita nya cam tu aku tetap enjoy... senyum simpul lah...
muahaha.. syabas menantu :D
salam semua,
BuLaN iTu aKu,
issyyhh...gile punya mak mentua..
ONE ZABA,
bolehlaa tukar skrip..
Nuansa Pena,
mimpi...boleh jadi apa sajaa..sekadar hiburan.
Batara Guru,
begitulah kisahnya...
Afzanizam,
..dunia hanya pinjaman..kekadang benda yang sama diberi nafas baru untuk dikongsi bersama dan bermakna pada yang belum mengetahuinya....perkara biasalatu..
maiyah,
terus ketawa...ubat penawar duka..
kelakar gila..
salam oang pahang - endiem,
enjoy....senyum selalu
senyum lebar...jangan senyum simpul je...
hehe macam2 la..
salam cikguyiee
macam astro jugak la....
ini kes ayah mentua syok kat menantu ketiga nie erk
salam sahromnasrudin,
xpela sah, sajeje...untuk suka-suka je.
Post a Comment