MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH......KHAS BUAT AEYMAN SYAFIQ


Hari ini 19 November, telah diumumkan keputusan penuh UPSR bagi tahun ini di dewan SKSG.....Seramai 6 orang telah mendapat 5A. Mereka ialah Nurul Najwa, Nor Emma Zarima, Muhammad Azeem, Muhammad Fikri, Muhammad Khairullah Hafiq dan Nor Maisaratul Ain. Sementara itu 2 orang telah mendapat 4A 1B iaitu adik Nor Aini dan Nursyazwani manakala adik Anisah Nur Shahira telah mendapat 3A 2B...TAHNIAH kepada semua yang berjaya!!!!

Peratus lulus keseluruhan juga meningkat dan mencapai 75% pada tahun ini. Tahniah buat seluruh warga SK Sungai Galah.

Tahniah juga buat khas Aeyman Syafiq kerana telah berjaya walau hanya mendapat 1A, tapi anda telah menunjukkan peningkatan dari prestasi yang agak lemah dan anda berjaya mendapat 1A, 1B, 2C. Jangan kecewa, anda boleh berjaya dengan lebih cemerlang lagi pada peperiksaan seterusnya...

Klik untuk maklumat selanjutnya..

14 comments:

Batara Guru November 19, 2009 at 6:29 AM  

Alhamdulillah....terima kasih buat guru2 yang telah bekerja keras....memang seronok lihat anak2 didik kita berjaya.......

ahmad humairi November 19, 2009 at 6:38 AM  

salam Batara Guru,

Alhamdulillah..
Banyak bersyukur,
Allah menambah lagi..

tinta kasturi November 19, 2009 at 8:45 AM  

salam cikgu myri..

tahniah!

bagus la cikgu bagi perangsang kat aiman.

siti ajar bt yaakob November 19, 2009 at 9:55 AM  

hari ini anak saya juga dapat 5A...ramai juga yang dapat 1A, 2A dll. tetapi A di sini bukanlah kayu pengukur yang sebenar...sebaliknya hanya pencapaian akademik je...di harap dalam apa bidang pun anak2 kita akan dapat A...barulah sempurna...tidak perlu berbangga bagi yang banyak A dan tidak usah mengalah bagi yang kurang A...hidup adalah perjuangan...

Maiyah November 19, 2009 at 11:10 AM  

itu tnda usaha yg membina, tahniah pd yg berjaya dan terus mempersiapkan diri utk peper yg seterusnya nanati :)

Pn Kartini November 19, 2009 at 3:02 PM  

Salam..:)
UPSR..hanya permulaan..Masih panjang perjuangannya lagi...Semoga ia menjadi pemangkin utk terus berusaha ke arah itu..

Bulan Dilangit Osaka Biru November 19, 2009 at 4:15 PM  

tahniah adik2 chumel..
kakak pun teringin mau ulang semula UPSR

izakhairi November 19, 2009 at 8:09 PM  

Cikgu Humairi,
Tahniah dari saya buat semua warga SKSG. Semoga terus cemerlang dalam hidup.

keputusan sudah ada dalam tangan,
yang berjaya tahniah diucapkan,
yang kurang ini bukan pengakhiran, tingkatkan usaha teruskan perjuangan,

insan pendidik November 19, 2009 at 11:03 PM  

salam cikgu,

tahniah untuk kejayaan itu. kejayaan dalam upsr merupakan satu titik permulaan kepada pelajar. Cabarannya bakal menjadi besar bila masuk alam menengah nanti. Untuk yang kurang berjaya buktikan pada PMR nanti.

mantan November 22, 2009 at 6:16 AM  
This comment has been removed by the author.
ummu November 23, 2009 at 8:49 AM  

Salam,alhamdulillah Tahniah
selamat hari Raya Aidil Adha Cikgu Humairi

ahmad humairi November 24, 2009 at 4:37 AM  

terima kasih semua :

Batara Guru,
Tinta Kasturi,
siti ajar bt yaakob,
maiyah,
pn kartini,
Bulan itu aku,
izakhairi,
Insan Pendidik,
Putra AlMaliki,
um.masyitah,

selamat menyambut aidil adha..

ummu December 6, 2009 at 7:55 PM  

salam cikgu Humairi,
nama ini mengingatkan seseorang yang dekat dengan saya,seorang anak mangsa perceraian...mungkin nanti saya boleh tuliskan sesuatu tentangnya jika diizinkan Allah kesihatan yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP