MUTIARA KATA HARI INI

Friday, October 30, 2009

HARI ANUGERAH DAN PENYAMPAIAN SIJIL KEDAP



Persembahan Kebudayaan Tradisional

KEDAP bermaksud Kelas Dewasa Orang Asli Pribumi. Malam tadi telah berlangsungnya Majlis Hari Anugerah dan Penyampaian sijil kepada 25 orang muridnya Di Sekolah Kebangsaan Sungai Galah.

Sekolah ini mempunyai 52 buah keluarga orang asli yang anak-anaknya bersekolah di sini. Ibu bapa serta penjaga yang tidak mempunyai kemahiran membaca, menulis dan mengira telah dipilih mengikuti kelas ini. Kelas di tamatkan dan mereka diberi sijil dan berbagai anugerah tamat latihan.


Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Perak, En. Abdul Majid bin Yusuf menyampaikan ucap utama.


Guru Besar SK Sungai Galah - En. Abdul Razak bin Hj. Adam menyampaikan ucapan alu-aluan.


Tok Batin - En. Panjang bin Ngah Lebor - turut menyampaikan ucapan.



Suasana majlis




10 comments:

sonata anak kancil October 30, 2009 at 7:34 PM  

cikgu ngajar orang asli dewasa? ini sekolah orang asli...tentu banyak pengalaman bersama orang asli ini...

izakhairi October 30, 2009 at 8:56 PM  

salam cikgu,
seronoknya ada pengalaman sebegini...yang tidak mungkin dapat dirasai oleh semua guru di Malaysia...tahniah

Batara Guru October 31, 2009 at 3:14 AM  

ooo ada KEDAP. Dapat tambah pendapatan tu dan dah lama saya tak tonton 'sewang'!

tinta kasturi October 31, 2009 at 11:57 AM  

tengok gambar tarian budaya tu,
teringat tarian budaya dalam cerita laskar pelangi..
teringat moral dan pelajaran sangat menyentuh perasaan disebalaik kisah itu..

cikgu dah tengok cerita tu?
bagus untuk ditonton baik oleh pendidik, mahupun yang dididik`

cara motivasi yang mudah,
tayangkan sahaja kisahnya

ahmad humairi October 31, 2009 at 9:41 PM  

salam semua,

sonata anak kancil,
saya bersekolah di sini,
bergaul dengan kengkawan orang asli,
dah jadik cikgu..berjumpa balik dengan kawan lama - tapi situasi berbeza...saya jadi cikgu, dia plak jadi murid..paling tua berumur 65 tahun!!

izakhairi,

mohonlah jadi tenaga pengajar KEDAP, tapi syarat kene ngajo kat sekolah yang ada oang aslile...

Batara Guru,

...bolehle buat paymen keta...

tinta kasturi,

..dah moden dah, x pakai daun kelapa lagi...

syahnamdar87,

tak pe, nanti di posting lain saya masukkan gambar saya..kalau lulus utk tayanganle..

Maiyah November 1, 2009 at 4:17 AM  

inilah pengalaman yg akan buat kita lihat perbezaan hidup, cara dan sebagainya :)

Ahmad Zulfadhli Zulkefli November 1, 2009 at 5:04 AM  

tahniah sksg! usaha murni pihak sekolah nie harus dipuji dan disokong oleh semua...

sahromnasrudin November 1, 2009 at 4:42 PM  

semoga org asli tidak tertinggal dek arus pemodenan negara..teruskan khidmat bakti cikgu untuk membangunkan msykt pribumi ini..

ahmad humairi November 1, 2009 at 7:00 PM  

salam :

maiyah,
pengalaman adalah guru paling berkesan mengajar kita...

putra al-maliki,
terima kasih atas sokongan anda...

sahromnasrudin,
kalau ada kesempatan...jom masuk ke perkampungan mereka...fuh..serba lengkap...siap ada astro lagi...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP