KITA PEMUSNAH ALAM
Mengikut kajian Bank Dunia, bencana alam meningkat kepada 30 peratus sejak 1990. Peningkatan ini berpunca daripada perubahan cuaca akibat dari tindakan manusia yang menipiskan lapisan ozon. Negara-negara sedang membangun dikatakan sangat terdedah kepada kesan negatif perubahan cuaca, dengan kenaikan suhu sebanyak 2 darjah celcius dijangka berlaku tahun depan dan kejadian bencana diramalkan sebanyak 75 hingga 80 peratus. Proses industri yang meningkatkan tahap karbon dalam udara, kesan rumah kaca menaikkan suhu dunia dan pembakaran hutan adalah antara punca kerosakan alam. Begitu juga tindakan manusia yang menggunakan sumber alam secara boros dan berlebihan. Semuanya menyumbang ke arah kejadian bencana yang mengerikan. Kecut perut dibuatnya apabila membaca laporan demi laporan mengenai kemerosotan alam dalam Blog Woldbank. Setiap kali membaca kisah sedih mangsa bencana alam di negara jiran baru-baru ini, kita pasti teringat lagu Berita Kepada Kawan nyanyian Ebiet G Ade. Rangkap terakhir lirik lagu itu sangat mengesankan.
Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita,
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa,
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita,
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang...
Kita menuju kehancuran. Dunia makhluk tidak kekal...
18 comments:
slm.. yup mmg betul.. kawe pun teringat lagu khabar buat teman tu.. lagu ni kami hayati semasa kem pendidikan luar semasa final year d upsi huhuhu.. syngguh menyedihkan..
salam,
benar manusia pemusnah ekosistem nombor satu. alam indah kurniaan Tuhan ini satu persatu lenyap akibat kerakusan manusia.atas nama pembangunan. padahal ada hidupan lain berkongsi sama. menyebabkan kepupusan.Bencana yang berlaku menyampaikan 'kemarahan bumi'.
Assalamualaikum Cikgu Humairi;
Dunia ini rosak dek tangan manusia.
Alam semakin parah. Bagaimana nasib generasi akan datang? Sungai yang mengalir jernih, ikan dan udang banyak, di kampung ayah saya 3 dekad lalu, kini apabila saya pulang, ia hanya tinggal longkang kecil.
tak yah tengok jauh, tengok je depan , belakang bawah kita je. Berapa banyak bangunan tinggi yang dibina, berapa banyak besi yang menyucuk bumi....tengok je bawah kita berapa banyak kabel ditanam....tengok je berapa banyak telaga minyak digerudi...dan berapa banyak saluran gas dan minyak bawah tanah...walau pun teknologi yang canggih digunakan...suatu hari nanti akan terjadi juga musibah atas kerakusan ini...kata mereka pembangunan...tengoklah berapa banyak bukit yang gondol..ah banyak lagi kalau nak cerita...kita la yang mempercepatkan proses yang dinamakan KIAMAT tu...sedar atau tidak...
lagu yg sungguh menyayat hati dari ebiet g. ade..cikgu post la sekali lagu tue atau video clip dia..pas ti smua insaf mendengarnya..ebiet g adelah seorang yang berbakat besar..
Dunia ini tiada yang pasti..
akhirat sana tempat abadi..
harap lapororan2 sebegini boleh menginsafkan kita semua
baru lepas hadiri seminar 'green computing awareness' hurmmm..
cikgu Adham,
teringat jugak lagu konvokesyen 'Hidup Berbakti'...cukup patriotik.
Insan Pendidik,
Bila bumi 'marah'...rasakanlah akibatnya..
um. masyitah,
memang...sg galah yang terkenal dengan udang galah dah hampir tiada...yang tinggal hanya generasinya yang kecikkkk je...
SM,
benar...dunia menuju kiamat...pasak bumi dah digondolkan manusia yang rakus...
sahromnasrudin,
dengarkanlah...ia sentiasa menyentuh hati dan perasaan..
cikgu yiee,
akhirat tempat abadi,
carilah kesejahteraan hakiki..
syahbandar87,
laporan sentiasa ada bagi yang benar-benar sedar...
fardlee,
...ermmm...jom kongsi seminar tuh...
salam cikgu...
betul tu kita lah pemusnahnya tp industri diperlukakn utk pembangunan.
pembangunan memerlukan pengorbanan.. inilah yg kita krbankan sekrang.
sy suka lagu tu...
barangkali disana ada jawabnya
mengapa di tanah ku terjadi bencana ...
salam kuina,
pembangunan tanpa kemusnahan...itulah islam...
Post a Comment