MUTIARA KATA HARI INI

Saturday, November 28, 2009

KIAN KAU HAMPIRI

Kau kini kian menghampirinya

Matamu yang bersinar terang
Tangkas mentafsir
Font Times New Roman bersaiz 10
Tercetak di kertas A4 - pada jarak 100 sentimeter
Mudah kau baca
..........berbantukan kaca mata
..........kini kabur

Kulitmu nan halus
Tanpa sebarang garisan
Lihat "me at thirteen"
Sungguh fotogenik
Bak tomato ranum
..........berbantukan moisturiser
..........kini kendur

Gigimu yang tegap
Kuat mengokak epal
Krup, krup, rangup
Geraham dicabut
Missed-match - atas dan bawah
Tak dapat mengunyah
..........berbantukan pengisar
..........kini satu satu gugur

Rambutmu yang hitam berkilat
Di remos berjambul ala Elvis Presley
..........berbantukan gel penahan
..........kini uban bertabur

Mata kabur,
Kulit kendur,
Gigi gugur,
Uban bertabur,
Kau hampiri kubur,



**Kau adalah aku
Masih bersemangat
Untuk terus berlari di muka bumi ini.........

11 comments:

fatah85 November 28, 2009 at 8:36 PM  

teruskan berlari selagi mampu.
teruskan.

ahmad humairi November 29, 2009 at 12:11 AM  

salam maiyah,

kita tidak sama...
setiap manusia berbeza..
cuma kengkadang ada pelanduk dua serupa,
tapi masih berbeza dari beberapa aspek...

ahmad humairi November 29, 2009 at 12:14 AM  

salam fatah,

terima kasih atas penyemarakan ini,
pakcik akan teruskan larian ini...rasanya sempat sampai melihat fatah, pong serta rakan-rakan sepenumbukmu menggenggam seperti apa yang digenggam dalam avatarmu itu...

Muallim Adham November 29, 2009 at 1:37 AM  

salam..
slmt mnyambut ibadat korban buat cikgu sekeluarga.. semoga ibadat tahn ni lebih mantap dr sebelumnya...

ahmad humairi November 29, 2009 at 2:08 AM  

salam cikgu adham,

selamat berkorban apa saja...
nak join main futsal????

Idalara November 29, 2009 at 3:58 AM  

hanya bekalan di sana kelak perlu kita sediakan secukupnya...

Afzainizam November 29, 2009 at 4:33 AM  

Rasulullah s.a.w bersabda: "Wahai manusia! Sesungguhnya syaitan telah berputus asa untuk menggoda kamu di tempat kamu ini tetapi dia telah redha kerana kamu mengikutnya dengan melakukan dosa yang keji. "Sesungguhnya setiap orang Islam merupakan saudara kepada orang Islam yang lain. Setiap orang Islam adalah bersaudara dan tidak dihalalkan (diharam) kepada mereka menumpahkan darah serta mengambil harta saudaranya kecuali dengan keizinan. Sesungguhnya aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.. Apabila mereka mengucapkannya, darah dan harta mereka akan terselamat daripadaku kecuali dengan hak. Balasannya hanya terpulang kepada Allah.
Oleh yang demikian janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri. Jangan kamu kembali kepada kekufuran selepas kematianku dengan menzalimi antara satu sama lain. Sesungguhnya aku telah tinggalkan sesuatu yang tidak akan menyesatkan kamu selama-lamanya jika kamu berpandukannya iaitu: Kitab Allah s.w.t. Bukankah aku telah sampaikan kepada kamu? Orang ramai menjawab: "Ya." Baginda s.a.w bersabda: "Saksikanlah wahaiTuhanku."

Thanks datang ziarah blog kami tempoh hari.....
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

fatah85 November 29, 2009 at 7:04 AM  

ya. terima kasih pakcik. insyaAllah. baru jumpa pong hari tu. rindu dia. ;)

ZaridaIshak November 29, 2009 at 5:02 PM  

setelah gigimu gugur
satu persatu
masih mampukah
kau kunyah walau secebis jambu batu?
hehehe...
idea dan pengalaman mendewasakan kita atau kita yang mendewasakan pengalaman?

ahmad humairi November 29, 2009 at 6:47 PM  

salam,

Idalara,
bekalan setara,
sebagai perantara,,
kan dibawa bersama...

Afzainizam,
komen penuh azam,
fikiran dipertajam...

fatah,
kau memang petah,
ayat-ayat penuh bermadah...

Yang bai,
datang tak pernah serik,
hanya secebis dapat kucarik,
walau gigi dah tak menarik...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP