MUTIARA KATA HARI INI

Wednesday, October 21, 2009

IMEJAN


umur setua ini,
sudah kucundangi segala,
pada aurora merah muda,
bersentuhan kecundang.

aura auroranya,
bawaan ion positif,
terkesan peningkatan prestij,

.....
tua-tua penyakit,
muda ubat,
sudah tersepit,
baru tahu akan sifat.

.....
sudah kalah,
baru berkubu(?)

6 comments:

yangbaik October 21, 2009 at 10:33 PM  

salam, cikgu la... katakan... ini mesti masa muda...dulu-dulu suka bermadah gurindam...

hidup! cikgu

Batara Guru October 22, 2009 at 2:23 AM  

tatabahasa peringat tinggi ni!!
jenuh nak menyirat!!

izakhairi October 22, 2009 at 1:01 PM  

Salam cikgu,
Saya baca berulang kali
bagi mencari maksud yang tersembunyi
Hampa rasa hati
kerna masih tak terjumpa apa yang dicari
Mungkin masih belum boleh lagi menjadi jauhari....

ahmad humairi October 22, 2009 at 4:57 PM  

salam semua,

yangbaik,
kurik kundi, merah saga,
yangbaik budi, indah bahasa...

Batara Guru,
issyh...tatabahasa tah pape..lenggok merapu yang lebih. Cuba menyelirat siratan tatabahasa nih...banyak tafsiran, menjadi lebih seronok...

izakhairi,
jangan hampa,
terus mencari,
pasti jumpa...

sahromnasrudin October 22, 2009 at 5:33 PM  

terima kasih cikgu singgah dan komen di blog saya..terima kasih banyak2..oh ya, dbp ada buat peraduan menulis esei.karya cikgu amat baik sekali.join la peraduan esei tersebut.tq

ahmad humairi October 22, 2009 at 5:47 PM  

salam sahromnasrudin,
karya merapu adala....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP