MUTIARA KATA HARI INI

Monday, October 26, 2009

KHABAR DARI POHON



Dia kembali! Berdecit riang. Sibuk ke hulu ke hilir, membina kembali syurga yang ke sekian lama ditinggalkan. Wah...!, masih teguh tergantung....aku masih lagi diterima di sini....bisiknya.


Terbang pergi dan terbang datang lagi. Renovate....menambah sebuah bilik lagi dan berkongsi dinding ala semi-D. Sambil membina, sambil menyanyi. Aeyman datang pun dia tak peduli. Dia tak kesah....bukan Aeyman yang tak kesah.


Sisa-sisa bahan binaannya berserakan. Aku memijaknya terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Isyyhh..., bersepah. Takpe la...itu rezeki... sahut isteriku.


Rezeki??? Biarlah, sampah itu merupakan harta...debu mungkin jadi permata. Siapa sangka?.


Aku mengadakan rumah terbuka untuknya. Kusediakan aneka selera buat perut dan ginjalnya. Namun senjata tetap ku hala tanda siap siaga. Bimbang kelicap jadi garuda.



Baca permulaan cerita ini..klik perkataan berwarna biru

14 comments:

Batara Guru October 27, 2009 at 3:27 AM  

seronoknya bila alam semulajadi dekat dengan kita, hilang tension!

Putra Al-Maliki October 27, 2009 at 7:14 AM  

nape x bersihkan debu tue? nanti awak boleh sakit tau.. hehe..

mr kay October 27, 2009 at 4:59 PM  

biar burung tu di situ..

sahromnasrudin October 27, 2009 at 5:41 PM  

huh..tak pasal2 leh dpt telur burung free kan..tak pun, leh tengok anak burung menetas..nnti send la gambo tue kat blog nie erk..pengalaman berharga tue..

ahmad humairi October 27, 2009 at 7:15 PM  

salam semua,

Batara Guru,
seronok bila mendengar ia menyanyi.
Bila sisa sarangnya mengotorkan lantai di bawahnya...ada sikit mara jugaaa...


Putra Al-Maliki,
x pe, saya dah siap siaga sebarang kemungkinan....segalanya mungkin!!


mr kay,
Biarlah...ada rezeki lebih tu...


sahromnasrudin,
iye, iye...nanti saya usahakan..insyaAllah.

Anakkhas October 27, 2009 at 9:10 PM  

assalamualaikom...

kalau burung tu dah taknak tinggal di situ bagi alamt rumah saya pada dia yer....

sama macam tumbuhan yang ditanam. kalau ulat makan buahnya. kumbang menyedut madunya kita akan mendapat pahala sedekah.
anakkhas setuju dengan isteri cikgu.

ahmad humairi October 28, 2009 at 2:49 AM  

salam anakkhas,
bagi alamatnyer...

maiyah October 28, 2009 at 9:30 AM  

mmg sronok tgk burung apalagi bila nyanyi

tinta kasturi October 28, 2009 at 11:36 AM  

salam cikgu.

bagusnya
pencinta flora dan fauna
tanda kasih tak bertepi
kasih pada semua manusia dan alam

moga dirahmati
:)

ahmad humairi October 28, 2009 at 5:38 PM  

salam...


maiyah,

memang mendamaikan.


tinta kasturi,

kasih tak bertepi
bak maya tanpa sempadan
agar rahmat tidak sepi
seharum kasturi di badan...

izakhairi October 29, 2009 at 9:18 AM  

Salam Cikgu Humairi,

burung datang membina sarang,
tanda rahmat bukan sebarang,
tuan rumah janganlah larang,
pastinya hati sentiasa girang.

ahmad humairi October 29, 2009 at 6:14 PM  

Salam kembali Cikgu Khairiza,

terdetik hati hendak membuang,
sarang tergantung merosak pandang,
dalam hati mengundang bimbang,
namun rezeki terus datang....

CikguYiee October 29, 2009 at 8:36 PM  

amboi buat pertandingan berpantun plak ke ni?

ahmad humairi October 29, 2009 at 9:01 PM  

salam cikgu Yiee,

cikgu komen komen, bukan komen posting nih...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP