MUTIARA KATA HARI INI

Thursday, October 22, 2009

TETEGO


Pada minggu lepas, teman tak berapa ada di sekolah sebab membereskan hal-hal peperiksaan UPSR 2009. Balik ke sekolah, pada hari Isnin teman dapat cerita bahawa salah seorang murid sekolah teman 'tetego' (kena tegur dek makhluk halus). Makhluk halus tersebut dikhabarkan menumpang ditubuh murid berkenaan. Dia kelihatan lemah. Ditanya, dia hanya mengangguk-angguk tanda faham dan mengisyaratkan sesuatu :

- Adake 'orang' tu?
Mengangguk.
- Mana dia?
Menunjuk ke suatu arah.
- Siapa 'dia'?
- Orang tua perempuan dengan dua orang cucunya...(bersuara lemah)

...dan beberapa orang murid menceritakan pengalaman mereka terserempak dengan beberapa 'orang' lagi makhluk halus lagi di sekitar sekolah. Gambarannya menegakkan 'bulu tengkuk"

......kini pihak sekolah cuba memulihkan semangatnya dengan mengadakan majlis membaca surah Yaasin dan solat hajat. Majlis baru sahaja selesai sebentar tadi. Mudah-mudahan syaitan tidak lagi mengganggu anak-anak murid di sekolah ini belajar dan menuntut ilmu.




Soalat Hajat dan Bacaan Yaasin di ketuai oleh ayahanda Imam Taib bin Ngah Satin.




10 comments:

sahromnasrudin October 22, 2009 at 8:49 PM  

cikgu, kalau tak kebah jugak cuba hubungi pusat perubatan darus syifa..bole tgk kat internet cawangan di perak.insyaAllah mujarab..kita kne berusaha kan

ahmad humairi October 22, 2009 at 9:23 PM  

salam sahromnasrudin,
terima kasih atas keprihatinan saudara. saya dah masuk ke kelas murid tu tadi. alhamdulillah, beliau dah kembali ceria...

sonata anak kancil October 22, 2009 at 10:22 PM  

semoga anak murid cikgu semakin pulih...

ahmad humairi October 23, 2009 at 1:16 AM  

salam sonata anak kancil,
insyaalah, dia kini semakin pulih dan semakin ceria.

Batara Guru October 23, 2009 at 5:46 AM  

alhamdulillah murid dah semakin pulih....sama2lah kita berdoa agar makhluk tu jauh dari persekitaran kita!

zai October 23, 2009 at 7:46 AM  

Syaitan mmg suka menguji iman manusia..yang tak tahan dugaan akan kecundang...sebaik2nya sentiasa beringat2 dan perhatikanlah apa yg kita makan dan minum takut2 ia turut menjadi antara sebab mengapa syaitan suka mendampingi kita.

ahmad humairi October 23, 2009 at 8:04 PM  

salam :

Batara Guru,
terima kasih kerana sama-sama berdoa. Mudah-mudahan doa anda menguatkan azam dan iltizam kami di sekolah ini.

zai,
benar. Yang tak tahan diuji akan terjebak. Murid memang diajar berdoa sebelum kelas bermula, sebelum makan dan yang lainnya...mungkin ada kelalaian di mana-mana..

Unknown October 25, 2009 at 5:27 PM  

assalammualaikom...

mahkluk nie ada di mana2 kan?
berusaha lah cikgu...
ada perkhemahan 1 malaysia di sekolah nie harap2 tiada yang buruk...

ahmad humairi October 25, 2009 at 6:52 PM  

salam anakkhas,
benar, ia ada di mana-mana sahaja...berhati-hatilah. Kita dah tahu perisainya..amalkanlah, insyaAllah selamat.

CikguYiee October 29, 2009 at 8:37 PM  

Aku berlindung daripada syaitan yang direjam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP