SIAPA PENGIBAR JALUR GEMILANG PADA KENDERAAN DI JALAN RAYA YANG PERTAMA?
Anda tahu, siapakah yang memulakan kibaran Jalur Gemilang pada kenderaan persendirian di jalan raya? Persoalan ini tidak pernah diperkatakan.
Pada 31 Ogos 1988, sebuah kereta Proton Saga 1.3 berwarna Biru Samudera bernombor pendaftaran ABJ 4414 telah dilihat mengibarkan Jalur Gemilang Plastik (berharga 20 sen) pada kenderaannya di lebuh raya Karak. Kibarannya begitu megah sehingga menarik perhatian semua yang memandang. Malang, di separuh jalan, bendera itu tercabut dan melayang entah ke mana. Agaknyalah...dari idea itu, lahirlah jalur gemilang mini khas untuk kereta seperti sekarang.
Sayalah tuan punya kereta tersebut - saya bangga memiliki kereta nasional itu serta tidak pernah ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali sambutan Hari Merdeka.
Tahun ini aku kibarkan Jalur Gemilang kebanggaanku. Aku kibarkan tinggi mencecah awan. Ku kibarkan beberapa buah yang rendah juga supaya lebih meriah.
Kibaran yang tinggi dipatahkan bayu lembut, tapi kuat!
Kibaran rendah di sapu bebudak nakal!!!
Apa kamu ingat bendera ini aku dapat free ke??? hatiku berleter.
Namun, aku izinkan peristiwa semalam...moga semangat patriotik bebudak nakal itu terus membara..
9 comments:
abj 4414 tu kete lame cikgu
Hebat idea cikgu.Salam kemerdekaan.
benar ke karut?
haha..
kereta lama...
MR KAY,
YANG BENAR ITU SUKAR DITERIMA.. DAN YANG SALAH ITULAH SELALU DIIKUTI...
Yang tu cerita sejarah ke atau cerita penglipurlara.
yang tu tak masuk sejarah malaysia GURU_CIKGU ...tapi sejarah saya yang jadi penglipur lara buat anda..
salam merdeka.. kat kete sy pun ada bendera gak hehe
wah.cikgu mmg hebat..tahniah atas patriotik cikgu tu..sy amat mengaguminya..MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!
:)
yeke ?
salam merdeka !!
=))
Post a Comment